Sabtu, 14 November 2009

Musa Aman patut hargai jasa Musli


Sehingga kini Siti tercari-cari biodata Dul Arin, Allahyarham Datu Ismail Datu Jamlang dan Kaiman Buangan.

Namun Siti kenal aktivis masyarakat, Musli Oli.

Musli bersama tiga rakyat biasa terbabit membuat kejutan pada 2002 apabila memohon injuksi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menghalang Tan Sri Chong Kah Kiat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah menerusi sistem penggiliran Ketua Menteri yang bercanggah Perlembagaan.

Dua tahun sebelum itu Musli mengepalai penganjuran Seminar Penggiliran Ketua Menteri Sabah di Wisma Muis (kalau tidak silap Siti sekitar tahun 2000).

Pada 2003, berakhirlah episod penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah dan hasil perjuangan murni itu maka tokoh ekonomi, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman kekal sebagai Ketua Menteri dalam tempoh yang lama.

Patut YAB Datuk Musa menghargai jasa Musli.

Maaf, Siti bukan anti mana-mana kaum kerana bapa Siti berbangsa Cina manakala ibu berketurunan Bajau... ada saudara mara Siti berdarah Kadazandusun dan Murut hasil perkahwinan campur dengan adik beradik ibu dan bapa Siti.