Jumaat, 27 November 2009

KEINSAFAN SEORANG SITI













SALAM AIDILADHA UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG SITI FARHANA WEE ABDULLAH

KOMEN YANG BAIK IBARAT JUADAH MENJADI DAGING

KOMEN YANG MEMBENCI IBARAT DAGING BUSUK MENJADI MUNTAH

APA YANG SITI SAMPAIKAN DALAM PERTEMUAN SINGKAT INI

HANYALAH

KEMAJUAN KOTA BELUD ITU DI ALAM FANTASI BERSALUT PEMBOHONGAN

SEDANG MASIH RAMAI RAKYAT MISKIN

TIDAK PERNAH DIBELA HINGGA MAKAN SIREH KELITIP

MASIH MINUM AIR LOPAK, TIADA LETRIK DAN TIADA JALAN RAYA

YANG ADA CUKUP SEKADAR JANJI PALSU

KEHEBATAN DATUK SERI PANGLIMA SALLEH TUN SAID KERUAK DAN TAN SRI PANDIKAR AMIN
HAJI MULIA

YANG SITI PUJA DAN PUJI DALAM BLOG HTTP://WWW.BANASAB.BLOGSPOT.COM

HANYA UNTUK DIRI MEREKA SENDIRI

DAN BALACI-BALACI MEREKA-MEREKA ITU

ITU SEMUA HANYA PUJIAN SINDIRAN

BUKTINYA KLIMAKS CORETAN ADALAH

OTAK `KEMAJUAN ' MEREKA BAKAL DIGUNAKAN

JEPUN DAN ISRAEL UNTUK MENAKLUK NEGARA MISKIN

JOM KITA FIKIRKAN BERSAMA

RENUNG DAN TENUNG

UNTUK MENILAI DARJAH TULUS DAN TELUS

SEBELUM MENGATAKAN

BANA SAB.


BYE

Khamis, 26 November 2009

Baror Penasihat Pak Min, Pardan advisor Salleh















Ramai yang marahkan Siti bila Siti menulis pasal kemajuan di alam fantasi Kota Belud.

Boleh dikatakan Kota Belud maju dan pesat membangun di dunia berdasarkan tulisan Si Siti Farhana ini.

Kota Belud seolah-olah kota paling maju di dunia sedang hakikatnya paling mundur infrastrukturnya meliputi air bersih, letrik dan jalan raya.

Dan paling ramai rakyat miskin.

Siti akan ceritakan kenapa Siti buat begitu pada akhir coretan ini...

Siti mahu bercerita pasal si Baror Sawi Penasihat Berkaliber Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Formula kemajuan DUN Tempasuk yang diasaskan Pandikar Amin yang berunsur perkauman disokong dan didokong oleh Baror tanpa sedikit tentangan biarpun menindas kaumnya sendiri.

Baror yang juga Ketua Pemuda Umno Kota Belud terkenal dengan kebijaksanannya dalam Matematik bagi membantu bossnya Pandikar Amin memajukan Kota Belud khususnya DUN Tempasuk.

Dalam temuramah dengan Utusan Borneo pada 2007 beliau mengatakan pekerja di Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Tempasuk seramai 10 orang dengan nisbah kaum SEIMBANG yang meliputi tujuh Iranun, dua Bajau dan seorang Kadazandusun atau nisbah:

7: Iranun
2: Bajau
1: Kadazandusun

Ini katanya mengikut jumlah kaum dengan majoriti adalah Iranun, diikuti Bajau dan Kadazandusun.

KESEIMBANGAN peruntukan juga berlaku pada era pemerintahan bosnya kata Baror dengan perkampungan Iranun memperoleh projek rangkaian jalan raya bernilai JUTAAN RINGGIT, etnik Kadazandusun dapat ladang getah bernilai RATUSAN RIBU RINGGIT dan Bajau memperoleh jambatan gantung bernilai RATUSAN RINGGIT atau nisbah formula rakyat:

90: Iranun
9: Kadazandusun
1: Bajau

Baror mungkin berbangga kerana memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Matematik Dengan Belian seperti tohmahan rakyat Tempasuk menjelang pilihan raya Umum Ke-12 ketika itu.

Bijakkan Baror menasihati bossnya.

YB Musbah Jamli yang dikutuk Baror bagi Siti lebih hebat daripada Pandikar Amin dan Salleh Said Keruak.

Musbah pejuang rakyat manakala Baror pengipas pemimpin...

Mungkinkah Baror baru hisap syabu ketika memberi nasihat, atau baru kalah sabung ayam...

Opps takkan lah Baror masih macam dulu... dah jadi usahawan berjaya dan penasihat Speaker Dewan Rakyat pun!

SI PARDAN Selaku The Chief Advisor Salleh Said Keruak pula, begitu ligat memburuk-burukkan orang lain yang tidak menyokong bekas CM itu.

Ponteng kerja di MDKB dan asyik memburu YB untuk dapat projek... ulun lah katakan.

Malah dia yang bersahabat baik dengan Baror sering diperalatkan oleh Baror untuk mengugut orang lain.

Kerap menang G7 dan AJK Bahagian Umno Kota Belud atas tajaan SSK.

Itulah Pardan Maji Penasihat Bekas Ketua Menteri yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kipas Mengipas dari ULD (Ulun Langau Lemiang).

Patutlah ramai tidak percayakan Siti bila Siti tulis pasal kemajuan Kota Belud, rupa-rupanya penasihat pemimpin sanjungan Siti orang-orang berfikiran rendah tapi kuat mengipas dan mengeji.

Kota Belud miskin kerana pemimpinnya terutama SSK dan Pak Min asyik memberi harapan dan banyak cakap mengenai kemajuan seperti dalam coretan Siti sebelum ini.

Itu semua hanyalah angan-angan Siti dari terjemahan ungkapan pemimpin hebat berpidato tapi gagal membela rakyat.

Maaf ya rakyat Kota Belud...

Menteri Kewangan Jepun Shoichi Nakagawa meletak jawatan selepas kelihatan mabuk dalam satu sidang akhbar.

Presiden Korea Selatan, Roh Moo-Hyun membunuh diri akibat daripada tuduhan rasuah terhadap beliau.

Dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert terpaksa meletakkan jawatan kerana menghadapi tuduhan rasuah.

Jadi bagi mereka di Kota Belud yang gagal membela rakyat ada baiknya meletak jawatan kerana hanya memberi bebanan kepada rakyat kesan pembohongan mereka.

Peristiwa SIREH KELITIP banyak mengajar Siti erti kemanusiaan.

Siti tidak mahu ceritakan pada coretan terakhir ini... cukuplah Siti katakan ada orang hanya makan sireh kelitip di Kota Belud kerana mereka ditindas.

Rabu, 25 November 2009

Firma Jepun dan Israel Kaji Takat Kebijaksanaan Salleh dan Pandikar




Kejayaan Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak MEMAJUKAN Sabah dan kejayaan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia MEMBANGUNKAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk mendapat perhatian pengamal genius di Jepun dan Israel.

The genius of Johnny Kitagawa yang berpangkalan di Hiroshima, Jepun akan mengkaji kebijaksanan Salleh.

The myth of Israel's strategic genius yang berpelabuhan di Tebing Barat pula akan mengkaji kegeniusan Pandikar Amin.


Hebatkan pemimpin pilihan Siti.

Hebat-hebat otak geliga dan genius orang Jepun dan Yahudi di dunia fana ini, tewas juga ditangan SSK dan Pak Min.

Siti mendapat maklumat ini dari rakan baik Siti di Tokyo dan Baitulmaqdis.

Ini semua kesan kejayaan Pandikar Amin dan Salleh membangunkan rangkaian jalan raya semua aspal sehingga ke tangga rumah penduduk.

Semua penduduk Kota Belud minum air paip dengan tiada minum air telaga tiub, air telaga, air hujan dan air sungai.

Semua rakyat juga menikmati bekalan elektrik dan telekomunikasi merangkumi telefon talian tetap dan komputer ada rangkaian broadband serta streamyx.

Rakyat yang dulu miskin kini ada ladang kelapa sawit, ladang getah, jelapang padi, ladang lembu tenusu dan ladang lembu pedaging.

Manakala bagi nelayan mereka ada kelong, ladang rumpai laut dan kolam ikan komersial, kolam kupang berskala besar dan kolam tiram untuk pasaran luar negara.

Kejayaan ini diperlukan dan akan diterjemahkan Firma Genius Jepun dan Israel untuk menakluk negara miskin.

Selasa, 24 November 2009

Salleh Bakal Setiausaha Agung PBB, Pandikar Amin Ketuai UNDP





SIAPA sangka dua anak Malaysia kelahiran Sabah, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia bakal menggegarkan dunia.

Salleh bakal Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) manakala Pandikar Amin selaku Ketua Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Salleh bakal menggantikan Ban Ki-moon dari Korea Selatan manakala Pandikar Amin mengambilalih tugas Helen Clark dari New Zealand.

Nama Pandikar Amin mula menjadi idaman PBB selepas kejayaan cemerlang sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Persatuan Anggota Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Negara-negara Komanwel (CPA).

Ini dibantu kejayaannya memajukan rakyat pelbagai kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk sehingga tiada lagi kemiskinan.

Rangkaian jalan raya semua aspal sehingga ke tangga rumah penduduk.

Semua penduduk DUN Tempasuk minum air paip dengan tiada minum air telaga tiub, air telaga, air hujan dan air sungai.

Semua rakyat juga menikmati bekalan elektrik dan telekomunikasi merangkumi telefon talian tetap dan komputer ada rangkaian broadband serta streamyx.

Rakyat yang dulu miskin kini ada ladang kelapa sawit, ladang getah, jelapang padi, ladang lembu tenusu dan ladang lembu pedaging.

Manakala bagi nelayan mereka ada kelong, ladang rumpai laut dan kolam ikan komersial, kolam kupang berskala besar dan kolam tiram untuk pasaran luar negara.

Kejayaan ini diperlukan dan akan diterjemahkan PBB untuk membangunakn negara miskin.

Salleh pula bakal menjadi Setiausaha Agung PBB kerana karismanya menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Sabah ketika menjadi Ketua Menteri dan penyatuan rumpun Bajau sedunia dalam USBO.

Malah usahanya membangunkan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) bukan saja berjaya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat pelbagai kaum malah menarik pelabur pelbagai bangsa dari seluruh dunia kecuali Israel.


Siap sangka petani miskin di Kampung Labuan dan Kampung Wakap kini menjadi jutawan selepas tanah mereka diambil untuk laluan Kudat Bypass.

Sehektar tanah bernilai RM1 juta. Dulu petani miskin kini jutawan.


Inilah kekuatan Salleh dan Pandikar Amin yang melayakkan mereka menjadi Setiausaha Agung PBB dan Ketua Pentadbir UNDP.

Kejayaan terbilang ini membolehkan mereka akan disokong dan didokong Pertubuhan Negara-Negara Asean, Pertubuhan Negara-Negara Komanwel, Kesatuan Eropah (EU), Rangkaian Kerjasama Asean-China, Kesatuan Negara-Negara Afrika, Kesatuan Negara Amerika Utara, Kesatuan Negara Amerika Latin dan Kesatuan Negara-Negara Oceania.

Isnin, 23 November 2009

Almuddin Kaida di Tempasuk, Wetrom di Tandek
























Siti sependapat dengan pandangan bloggers Watasikadi dan Datu Sulaiman bahawa Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Almuddin Kaida boleh bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dengan kompromi dua parti komponen Barisan Nasional (BN) terbesar Sabah iaitu Umno dan PBS.

Namun Siti tidak bersetuju pertukaran kerusi DUN Tempasuk dengan DUN Kadamaian seperti dicadangkan kedua-dua bloggers itu.

Mereka sependapat, Almuddin bertanding di DUN Tempasuk manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Saudara Awadnir Matanggal di Kadamaian.

Siti setuju dengan cadangan Almuddin bertanding di DUN Tempasuk dengan menukar kerusi itu dengan DUN Tandek di Kota Marudu yang ditandingi Umno.

Maksud Siti, Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Wetrom Bahanda bertanding di DUN Tandek.

Siti membesar di Kota Marudu dan tahu aspirasi rakyat yang sekian lama mengidam wakil rakyat di kalangan anak tempatan.

Sejak merdeka sehingga sekarang tiada anak tempatan yang menjadi YB sehingga Kota Marudu menjadi antara daerah termiskin di Malaysia.

Sebagai pemimpin berprinsip, Wetrom mampu berjuang dan memajukan ekonomi, pendidikan dan kemudahan infrastruktur semua rakyat di daerah Kota Marudu.

Perjuangan beliau bukan saja rumpun Kadazandusun malah menjangkau semua kaum termasuk Bajau dan Iranun.

Pencalonan Almuddin membolehkan beliau mengembalikan imej PBS yang pernah diwakili calon Bumiputera Islam sebagai menteri penuh dalam Kabinet Persekutuan (Tan Sri Kasitah Gaddam selaku Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi - Kasitah kemudian masuk Umno) dan Datuk Baharom Abu Bakar Titingan (Timbalan Ketua Menteri).

Agak lama Bumiputera Islam yang setia bersama PBS ketiadaan calon Menteri Penuh dalam Kabinet namun kehadiran Almuddin akan merubah catatan itu.

Manakala kehadiran Wetrom membawa tuah kepada rakyat asal Kota Marudu yang sudah sekian lama menanti YB anak tempatan.

Sama-sama kita nanti.

Ahad, 22 November 2009

Si Yakub Tidak Kenal Pejuang Sejati Umno


Siti terkejut mendengar berita orang yang berjasa kepada Umno diusir di Pejabat Badan Perhubungan Umno Sabah.

Si Yakub tu perlu belajar sejarah Umno sebelum kerja dengan Umno.

Umno Sabah sebenarnya terhutang budi kepada bakal YB pilihan Siti, aktivis masyarakat, Musli Oli.

Tanpa Musli, pasti sehingga kini sistem penggiliran CM masih diteruskan.

Musli bersama Dul Arin, Allahyarham Datu Ismail Datu Jamlang dan Kaiman Buangan, hanyalah rakyat biasa yang membuat kejutan pada 2002 apabila memohon injuksi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menghalang Tan Sri Chong Kah Kiat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah menerusi sistem penggiliran Ketua Menteri yang bercanggah Perlembagaan.

Dua tahun sebelum itu Musli mengepalai penganjuran Seminar Penggiliran Ketua Menteri Sabah di Wisma Muis (kalau tidak silap Siti sekitar tahun 2000).

Pada 2003, berakhirlah episod penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah dan hasil perjuangan murni itu maka tokoh ekonomi, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman kekal sebagai Ketua Menteri dalam tempoh yang lama.

Patut Umno menghargai jasa Musli...

Ketika Musli berjuang bersama tiga sahabatnya, ke mana Menteri Umno sekarang bersembunyi?

Yakub belajarlah sejarah Umno sebelum bekerja dengan Umno.

Sabtu, 21 November 2009

Salleh Bapa Pembangunan, Pandikar Bapa Perpaduan





















Kalau tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya.

Pilihan raya kecil Usukan sekitar awal 1980-an menyaksikan pertembungan satu lawan satu dua pemimpin hebat Sabah pilihan Siti iaitu Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak calon Berjaya manakala Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia calon Usno.

Di belakang mereka adalah bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Bapa Kemerdekaan Sabah, Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun perkuatkan kuda-kuda Pandikar Amin manakala ayahanda Salleh, Tun Said mendodoi perjuangan anaknya.

Pilihan raya ini mencetuskan pelbagai isu dan yang mengecewakan adalah perkauman membabitkan dua kaum satu kiblat iaitu keturunan ibu Siti, Bajau yang menyebelahi Salleh dan kaum Iranun bersama Pandikar Amin.

Ada yang melihat pengaruh Tun Mustapha membawa kejayaan gemilang Pandikar Amin memenangi pilihan raya kecil itu.

Dari situ Pandikar Amin meniti tangga kejayaan demi kejayaan dalam politik termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan sekarang Speaker Dewan Rakyat.

Salleh Said Keruak pula melalui perjalanan berliku apabila tewas lagi dalam pilihan raya umum pada 1986 ketika mewakili PBS, namun kekentalan semangatnya memercu keterbilangan beliau menaiki takhta sebagai Ketua Menteri Sabah paling berjaya dari dulu, kini dan selamanya (bakal CM bah kan).

Kini kedua-dua pemimpin agung Sabah pilihan Siti itu bersatu dalam wadah perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Bajau Bersatu (USBO)... sengketa yang lama hanya sejarah dan yang mendatang adalah perjuangan sejati.

Siti sebenarnya terkejut bila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulabayan, Datuk Harman Mohamad mengisytiharkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman sebagai Bapa Pembangunan Sabah pada sidang DUN minggu ini.

Salah bah itu, Bapa Pembangunan Sabah yang sebenarnya adalah Salleh Tun Said Keruak yang berjaya memercu Sabah dari negeri Ke-2 termsikin di Malaysia ke status 5 terkaya di Malaysia.

Ekonomi melonjak dan pelabur asing bertambah sehingga gagal ditampung Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP), Pelabuhan Kota Kinabalu, Pelabuhan Teluk Sepanggar dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Hasil komoditi seperti kelapa sawit, koko dan getah melonjak mendadak hasil perancangan teliti peningkatan hasilnya yang menyumbang kemajuan negeri.

Hasil padi juga semakin meningkat manakala bekalan daging ruminan yang dulu kurang berjaya ditampung.

Susu segar lain lah... juga semakin bertambah.

Justeru adalah wajar Salleh Said Keruak dimercukan BAPA PEMBANGUNAN SABAH.

Mengenai Tan Sri Pandikar, sampai kiamat pun masyarakat Iranun tidak akan dapat penggantinya (Siti memetik kata-kata bloggers hebat, Pandikar Tua dan Sambal Belacan).

Catatan dan komen Pandikar Tua yang Siti anggap guru banyak membantu untuk mencari bahan bukti kejayaan dan kekuatan Pandikar Amin biarpun abangku Pandikar Tua menghina graduan PJJ seperti Siti. Master Siti adalah PJJ tapi bukan dibeli ya.

Begitu juga Sambal Belacan yang fanatik kepada Pandikar Amin (macam Siti juga!), Siti banyak gunakan hujahnya... maaf ya bang Siti tidak makan sambal belacan... bau busuklah.. tapi Siti baca coretan abang Sambal Belacan yang sedap rasanya.

Pandikar Amin berjaya memajukan DUN Tempasuk sehingga semua rakyat menikmati bekalan air bersih, rangkaian jalan raya aspal dan bekalan elektrik 24 jam.

Murid miskin terima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Muskin (KWAMP) dan bantuan peribadinya, bina rumah PPRT dan memajukan sektor perikanan dan pertanian sehingga tiada rakyat Tempasuk miskin jauh sekali kemiskinan tegar.

Selepas kejayaan itu, akhirnya Pandikar Amin memilih berkorban untuk perpaduan rumpun Bajau.

Beliau sanggup meletak jawatan sebagai Presiden PISBA dan menerima tawaran Salleh Said sebagai Setiausaha Agung Usbo dan sekarang Timbalan Presiden Usbo.

Ini membuktikan Pandikar Amin adalah Bapa Perpaduan Sabah, kenapa Siti katakan begitu kerana sebelum ini dua kaum ini sering bertelingkah.

Kebaikannya untuk Sabah adalah mengekalkan tampuk pemerintahan kerajaan negeri kerana rumpun kaum Bajau adalah tunjang keuatan Barisan Nasional (BN).

Orang kuat Pandikar juga ramai orang Bajau seperti bekas Setiausaha Politik ketika beliau menjadi menteri Kabinet negeri sekitar 1994 hingga 1999, Jemil Haji Sidah dan bekas Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Tempasuk, Baror Sawi.

Baror yang juga Ketua Pemuda Umno Kota Belud terkenal dengan kebijaksanannya dalam Matematik bagi membantu bossnya memajukan Kota Belud khususnya DUN Tempasuk.

Dalam temuramah dengan Utusan Borneo pada 2007 beliau mengatakan pekerja di Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Tempasuk seramai 10 orang dengan nisbah seimbang yang meliputi tujuh Iranun, dua Bajau dan seorang Kadazandusun atau 7:2:1.

Ini katanya mengikut jumlah kaum dengan majoriti adalah Iranun, diikuti Bajau dan Kadazandusun.

Keseimbangan peruntukan juga berlaku pada era pemerintahan bosnya katanya dengan perkampungan Iranun memperoleh projek rangkaian jalan raya bernilai JUTAAN RINGGIT, etnik Kadazandusun dapat ladang getah bernilai RATUSAN RIBU RINGGIT dan Bajau memperoleh jambatan gantung bernilai RATUSAN RINGGIT atau nisbah formula rakyat 90:9:1.

Siti pertahankan Baror kerana peruntukan itu mengikut keperluan rakyat dan bukannya Baror gagal Matematik tahap satu sekolah rendah pendidikan khas seperti tomahan rakyat Tempasuk menjelang pilihan raya Umum Ke-12 ketika itu.

Namun pemilihan Baror dan Jemil membuktikan Pandikar Amin tidak perkauman.

Penyatuan rumpun Bajau menerusi USBO hasil perjuangan Pandikar Amin melayakkan beliau dinobatkan sebagai BAPA PERPADUAN SABAH.

Selamat Berjuang Hero Sabah di Malaysia Bapa Pembangunan, Salleh Said Keruak dan Bapa Perpaduan, Pandikar Amin Mulia.

Jumaat, 20 November 2009

SSK Hebat, Watasikadi sokong idea Siti





























DSSK juga telah mengusahakan highway KK-KB yang mendekatkan jarak dan mengurangkan risiko kemalangan.

cuba siti gambar jalan dulu dan sekarang.


Itulah hebatnya bakal Ketua Menteri Pilihan Siti, Datuk Seri Salleh Said Keruak dari manifestasi orang muda, bakal pemimpin masa depan jika masuk BN, Watasikadi.

Kalau ada mempertikaikan idea Watasikadi... anda silap kerana beliau adalah pemegang Ijazah sarjana muda perakaunan (Hons) dari di Universiti Malaysia Terengganu.

Ini diikuti juruaudit di firma audit Horwath International (KK Branch) sebelum konvo lagi sehingga meletak jawatan pada mac 2009.

Slogannya AMUN AKU PESUT, TIGAD KU BETISKU mengikut tafsiran Siti... andai saya undur, saya tetak kaki saya... dah sokong Siti dan abang Watasikadi akan terus sokong Siti.


Kalau ada mempertikaikan idea Siti... persepsi anda silap kerana pengkaji ekonomi pun sokong idea Siti.

Seliu-liu.... oi kanda Seliu-liu kembalilah ke pangkal jalan, jangan asyik kutuk pemimpin agung pilihan siti dan jutaan rakyat Sabah.

Ada yang tanya macam mana ya bijaknya Salleh bawa peruntukan kerajaan Sabah ke Kota Belud... orang Tuaran, Kota Marudu dan Libaran tidak marahkah Siti?

Jawab Siti, marah apa... ini soalan mudah... Projek Jelapang Padi buat di Kota Belud tapi nama Jelapang Padi Sabah... untuk tingkat pengeluaran beras Sabah bah bukan Kota Belud.

Kudat Bypass... namanya pun bukan Kota Belud Bypass.. so Kudat adalah zon yang meliputi utara Sabah iaitu Kota Belud, Kota Marudu, Pitas, Langkon (Siti besar di sini), Tandek, Sikuati, Matunggong dan Pulau Banggi (termasuk Balambangan lah).

Dari Pitas boleh masuk ke Paitan seterusnya Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

So, siapa yang untung? kan projek untuk rakyat Sabah namanya tu, wal hal yang untung rakyat Kota Belud.

Projek loji air, jalan raya dan paip itu jasa Tan Sri Pandikar amin Mulia ketika menjadi Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah.


Kasihan Seliu-liu, tiada idea nak lawan Siti berhujah... jom lah bang ikut perjuangan Siti...

Siti selitkan sekali bandar Kota Belud era SSK

Khamis, 19 November 2009

Bloggers Wataksikadi dan Idahan... inilah pembangunan hasil jasa Salleh Said Keruak




Wataksikadi dan Idahan... ini sebahagian berita ulang siar, harap faham lah ya.

Wataksikadi tanya gambar pembangunan bukan pantai... kan dah disiar gambar diminta... tidak apa lah ini gambar diulang siar juga.

Kota Belud yang kaya dengan tarikan pelancong termasuk budaya kuda Bajau turut menikmati limpahan pembangunan yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Antaranya projek menaik taraf jalan yang menghubungkan Kota Belud-Langkon dalam daerah Kota Marudu yang pasti akan menyumbang kepada pembangunan industri pelancongan selain menjana ekonomi masyarakat setempat.

Bekas Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Salleh Said berkata jalan raya itu memberi kemudahan kepada pelancong selain memudahkan penduduk memasarkan hasil tanaman dan penternakan, sekali gus mengubah taraf hidup mereka.

Bekas MP Kota Belud itu turut menyambut baik projek jalan raya Kota Belud-Kudat By-Pass berharga RM39.18 juta sejauh lapan kilometer yang siap awal tahun ini, sebagai membawa banyak manfaat kepada penduduk setempat.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata, selain mengatasi masalah kesesakan di kawasan pekan Kota Belud sejak sekian lama, projek itu turut membawa limpahan pembangunan di kawasan berhampiran.

Menerusi jalan pintas baru itu, pengguna dari ibu negeri menuju ke bahagian utara Sabah dan sebaliknya tidak lagi perlu memasuki kawasan pekan.

Projek ini ternyata membantu pembangunan industri pelancongan.

Salleh berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek pembangunan jalan raya yang dilaksanakan di kawasan Parlimen Kota Belud.

Daerah Kota Belud yang meliputi keluasan 1,385.6km persegi dengan penduduk kira-kira 72,335 orang terdiri daripada Bajau, Irranun, Dusun dan Cina.
Menurut Salleh, semua kemudahan asas ada disediakan di Kota Belud, termasuk jalan raya, bekalan air dan elektrik selain kemudahan kesihatan dan pendidikan.

Katanya, kira-kira 200km jalan raya di Kota Belud sudah berturap tar dan lebih 400km jalan batu kerikil; sementara bagi bekalan elektrik, 182 kampung sudah diliputi menerusi projek Grid Penghantaran Kawasan Utara selain daripada janakuasa menggunakan diesel dan lima mini hidro.

Bagi bekalan air pula, daerah ini sudah diliputi 100 peratus bekalan air.

Menurutnya, kemudahan kesihatan juga antara yang terbaik di Kota Belud yang dilengkapi Hospital Kota Belud (180 katil) selain dua pusat kesihatan dan 13 Klinik Desa. Salleh berkata bidang pendidikan memang menjadi fokus dan keutamaan di kawasan Parlimen Kota Belud.

Pendidikan prasekolah diberi perhatian menerusi pengwujudan kelas-kelas Tabika oleh Kemas, Jabatan Perpaduan dan Jabatan Pelajaran. Begitu juga sekolah agama Islam dan rakyat, katanya.

Menurutnya, daerah ini mempunyai 57 sekolah rendah dan lapan sekolah menengah, manakala cadangan projek dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) pula termasuk tiga sekolah menengah, iaitu SMK Taun Gusi III, SMK Narinang II dan SMK Arshad II.

Salleh berkata bidang pertanian dan perikanan merupakan antara kegiatan ekonomi penduduk Kota Belud.

Dalam bidang pertanian, katanya, tanaman diusahakan termasuk padi, getah, koko, kelapa, kelapa sawit, kopi, buah-buahan, pisang dan halia. Sejumlah 12,115 hektar tanah diusahakan dengan semua jenis tanaman tersebut membabitkan lebih 1,400 petani.

Malah Kota Belud dianggap sebagai kawasan Jelapang Padi dengan sawah-sawah terletak di Kampung Taun Gusi, Tempasuk, Tambulion, Piasau dan Marabau.

Untuk tujuan itu juga, beberapa projek dilaksanakan termasuk Projek Perintis PPK Kota Belud yang membabitkan 1,700 ekar meliputi tujuh kampung, katanya.

Mengenai Perancangan Jangka Panjang tanaman padi, katanya, usaha sedang diperhebatkan untuk mendapatkan hasil 10 metrik tan sehektar dengan matlamat akhir menjadikan Kota Belud sebagai kawasan pengeluar padi terbesar di Sabah.

Dalam bidang perikanan, hasil tangkapan laut meningkat setiap tahun. Pada 2004, hasil tangkapan berjumlah 3,350.11 metrik tan bernilai RM7.37 juta berbanding tahun sebelumnya hanya 1,791.9 metrik tan bernilai RM3.94 juta.

Tiga bidang lain yang juga berpotensi diusahakan di Kota Belud ialah ternakan ikan air payau, tanaman rumpai laut dan pemeliharaan kupang atau tiram.

Daerah Kota Belud juga memiliki banyak haiwan ternakan termasuk kerbau, lembu pedaging, kambing, kuda, rusa, ayam kampung dan itik.

Ternakan lembu berpotensi meningkatkan sosio-ekonomi masyarakat, sama ada lembu pedaging mahupun lembu tenusu.

Justeru, ia akan terus diberi perhatian dan keutamaan, kata Salleh.-- BERNAMA

Rabu, 18 November 2009

Kota Belud tersohor di dunia







Siti tidak mahu ulas mengenai Tamu Kota Belud yang tersohor di dunia kerana semua sudah maklum kegemilangannya.

Cuma mahu katakan kepada semua rakyat Kota Belud, berbanggalah dengan kemajuan daerah anda kesan perjuangan Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Siti menyanggah komen Musram Rakunman konon ada rakyat miskin di Rampayan Ulu yang rumah mereka hampir runtuh.

Mana ada... jangan menyamarlah brother.

Semua rakyat miskin bukan saja menerima rumah Projek Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) hasil perjuangan Pandikar Amin di DUN Tempasuk, malah mereka dilibatkan dengan projek ekonomi berimpak tinggi seperti nelayan laut dalam dan penternakan lembu pedaging serta tenusu.

Juga projek penanaman tembikai madu gred A di Kuala Pintasan.

Dulu miskin sekarang kaya raya.

Mr Musram, mana ada jalan tersekat-sekat di Kampung Rampayan Ulu sehingga sukar dicari... itu semua propaganda kamu.

Kamu ini cuba-cuba memburuk-burukkan pemimpin berwawasan besar, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia yang sudah memajukan kawasannya ketika menjadi Menteri Perhubungan dan Kerjaraya dulu dan ketika beliau menjadi ADUN Tempasuk berakhir tahun lalu, jalan itu sudah diselenggara semula.

Ini perjuangan siapa, nah harap YB masa kini.. aso no!.

Saya yakin pada masa depan Kota Belud lebih gemilang hasil kewibawaan bakal YAB SSK, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), langahku Alimuddin Kaida dan G7 Umno Bahagian Kota Belud yang popular, Denakan Musli Oli.

Salam.

Selasa, 17 November 2009

Kemajuan Kota Belud No 1 di Sabah



































Siti terkejut bila ada bloggers kata Siti big fan SSK (Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak).

Kata Siti, Siti ini hanya penyokong rakyat yang mendapat manfaat jasanya yang tidak terperi.

Kata bloggers itu penduduk menjual tanah... tapi sebenarnya tanah itu diambil alih secara baik oleh kerajaan dan rakyat pula mendapat faedah... jadi jutawan.

Kita tidak pernah menduga petani miskin menjadi jutawan...

Nah! di sinilah kehebatan bakal CM anak jati Kota Belud kita.

Kalau duit itu habis secepat kilat, itu bukan lagi salah kerajaan, itu salah pemilik tanah sendiri.

Sebenarnya penduduk Kampung Sembirai, Labuan, Wakap dan Jawi-Jawi tidak pernah menjual tanah tapi kesan perjuangan Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia mereka secara automatik mendapat bayaran sawah bernilai jutaan Ringgit kesan positif pembinaan jalan raya itu.

Ini jauh melencong daripada pandangan cetek dan terpencil bloggers, Seliu-liu konon mereka diugut menerusi Ordinan Tanah Sabah Bab 68 1930 yang akan dilucutkan hak jika menentang pengambilan tanah.

Itu Siti kata, jalan raya itu bukan penindasan, sebaliknya melahirkan jutawan Bumiputera.

Penduduk memperoleh manfaatnya...

Siti ulang bukan jual tapi dapat laba hasil kebijaksanaan idea Salleh dan Pandikar.

Terima kasih juga kerana bloggers itu menyokong pandangan Siti bahawa Salleh akan kembali menerajui negeri kita sebagai YAB SSK.

Siti sertakan gambar kemajuan Kota Belud.

Salam perjuangan.

Salleh lahirkah jutawan petani














Siti berada di alam realiti melihat kepesatan pembangunan daerah asal usul ibu Siti... Kota Belud.

Mulanya Siti mendengar banyak cerita kemiskinan, namun itu hanya khabar palsu berbentuk provokasi.

Projek Kudat Bypass yang dibina di Kota Belud menyebabkan nilai hartanah terutama tanah di daerah itu yang asalnya RM1,000 seekar kini melonjak kepada RM1 juta seekar kesan pembinaan jalan ini.

Banyak kawasan pelancongan muncul kesan jalan itu seperti Pusat Kraftangan Iranun dan ladang burung unta di Rampayan Laut serta panorama Gunung Kinabalu nan menawan berlatar sawah di Jawi-Jawi, Labuan, Wakap dan Sembirai.

Jalan ke pulau peranginan secantik Sipadan, Pulau Mantanani juga semakin dekat kesan pembinaan Kudat Bypass iaitu menggunakan jeti Rampayan Laut.

Yang untung adalah rakyat... yang kaya adalah pesawah.

Nilai pampasan tanah sawah yang diambil untuk projek Kudat Bypass melahirkan jutawan petani di Kampung Labuan, Wakap, Jawi-jawi dan Sembirai sama seperti peneroka Felda Sendayan di Negeri Sembilan dan Langkawi di Kedah.

Inilah kelebihan idea tokoh kemajuan Malaysia dari Sabah, bakal Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak pilihan Siti.

Idea beliau seiring cetusan minda Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Idea Kudat Bypass dirancang mereka berdua sejak Pandikar Amin Menteri Pertanian dan Makanan Sabah serta Menteri Perhubungan dan Kerjaraya pada era SSK menjadi Ketua Menteri.

Gandingan mantap mereka ternyata memercu martabat Kota Belud dari pekan koboi ke bandar satelit nan pesat membangun.

Ketiadaan mereka menyaksikan daerah kita merudum prestasinya hingga kembali ditomah sebagai miskin.

Jangan risau kerana SSK akan kembali yang dibantu gandingan pemimpin berwibawa Timbalan Presiden PBS, Almuddin Kaida dan aktivis masyarakat, Musli Oli.

Jumpa lagi.

Isnin, 16 November 2009

SALLEH MENERAJU PERUBAHAN






Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman melancarkan buku tulisan `bakal' penggantinya yang menjadi pilihan Siti, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak pagi tadi.

Buku berkenaan adalah tulisan SSK dalam laman web dan blognya sepanjang kira-kira dua tahun lalu.

Selain memperkayakan khazanah bacaan, buku itu menjadi himpunan maklumat dan ilmu yang dapat dikongsikan bersama.

Mengandungi 101 artikel, buku MENERAJU PERUBAHAN ini merupakan kompilasi kedua SSK selepas yang pertama bertajuk "CATATAN SEBUAH PERJALANAN" pada September 2007.

Kandungannya lebih banyak, isu yang ditulis juga lebih luas skopnya, merangkumi pelbagai topik semasa yang berlaku di persekitaran kehidupan kita.

MENERAJU PERUBAHAN dipilih sebagai judul buku itu bertujuan mengajak pembaca supaya sentiasa bersikap terbuka, berpandangan global dan berfikir `di luar kotak'.

Kita tidak lagi boleh menyempitkan pemikiran kerana ia boleh menghalang ke arah kemajuan, terutama dalam konteks dunia yang penuh persaingan ini.

Ahad, 15 November 2009

Ada pula bloggers Kota Belud tanam cili... tahniah boleh eksport ke Hong Kong



Uii na... kena tegur sudah pakaian Siti ni... tidak mengapalah, Siti hanya bisa kata terima kasih atas teguran positif.

Bagi Siti semua pembaca coretan blog Siti adalah tetamu yang perlu dimuliakan seadanya mengikut hukum agama.

Komen kalian umpama buah tangan selepas berkunjung ke rumah Siti... yang baik menjadi daging dan yang busuk akan dimuntahkan kerana kitaran badan Siti tidak bisa menerimanya.

Tahniah kepada bloggers bakal jutawan cili... boleh lah Siti tumpang pedasnya.

Eksportlah ke Hong Kong... negara asal bapa Siti... dan di sana ada guru Bruce Lee boleh bagi free kepada dia.

Berdasarkan plannya yang dihantar kepada Siti... boleh kaya secepat mimpi.

Bloggers itu berkata RM9,000 di jamin menjadi RM27,000 dan RM40,000 lepas 7 bulan. Keuntungan di Jamin HALAL.

Selamat maju jaya bloggers berwawasan seperti hebatnya Wawasan SSK dan TSP memajukan Kota Belud kita...

Kota Belud oh Kota Belud...semerbak namamu di planet bumi



Siti dapat komen ini: Mana ada air paip di kampung-kampung dari zaman TSP (Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia) dan DSSK (Datuk Seri Salleh Said Keruak) sehingga sekarang ini, apa lagi miskin tegar. Bukankah KB (Kota Belud) sampaikan diisthiarkan menjadi daerah termisikin di Sabah. - Blogers Bruce Lee.

Bruce Lee oh Bruce Lee itulah kamu ni langsung tidak mengenal dek untung, umpama kapal besar yang tiada nahkoda.

Ketika era TSP menjadi Menteri Perhubungan dan Kerjaraya semua masalah loji penapisan air bersih dan saluran paip berjaya diselesaikan membolehkan semua rakyat KB kini menikmati bekalan air bersih termasuk paip graviti. Tiada lagi minum air lopak, perigi, telaga tiub dan air hujan.. eh eh eh eh rabunkah atau buat-buat rabun.

Ketika TSP menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan masalah pengairan sawah dan jeti pendaratan ikan berjaya dibereskan. Siapa yang untung orang kita juga Bruce Lee.

Ketika DSP menjadi Menteri Belia dan Sukan Sabah - belia Kota Belud memperoleh peluang besar mengikuti pelbagai latihan untuk pembangunan modal insan. Eh eh Bruce Lee tak ikutkah program berfaedah itu atau ketika itu u di Hong Kong belajar kungfu.

SSK jangan ditanya kerana era kegemilangan Sabah dicapai ketika beliau menjadi Ketua Menteri... Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) yang menarik ribuan pelabur domestik dan global memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat khususnya Kota Belud.

Kudat Bypass menjadikan Kota Belud persinggahan pelancong antarabangsa kerana wujud pelbagai produk pelancongan antaranya di Rampayan Laut (Pusat Kraftangan Iranun dan Ladang Burung Unta).

Siapa yang untung... orang kita juga Bruce Lee sayang. Lainlah kalau u ini hanya pandai komen tapi tidak reti berusaha (maaf usik mengujik aje).

U ini tidak ubah seperti bloggers chips more yang asyik mengkritik Kudat Bypass konon jalan penindasan padahal orang kampung dia ramai dapat pampasan... ada yang jadi jutawan pun.

Kuda Berhias juga satu hal... adakah dikatanya dia hanya pandai tanam lada dan tidak tahu berbicara... jelapang padi yang diasaskan Salleh kan ada... tanamlah padi kerana bil import beras Sabah mencecah RM900 juta setahun.

Ada RM1 bilion berlegar di sawah daerah anda dan terserah kepada pesawah untuk mengaut labanya.

Maafkan Siti... hanya gurauan tapi berisi.

Kota Belud Pesat Membangun Seiring Wawasan 2020








ADA yang marah sama Siti bila Siti katakan, CM Musa Aman terhutang budi kepada Musli dan kata mereka Umno itu sendiri yang terhutang budi kerana tanpa Musli jawatan CM tidak akan disandang parti itu sepanjang masa.

Hebatnya perjuangan warga Kota Belud.

Kota Belud daerah asal-usul atuk Siti, sebelah ibu memang daerah unggul di Bumi Malaysia.

Mana ada daerah lain di Borneo yang ada dua bekas Ketua Menteri dari susur galur keluarga sama... kecuali famili Tun Said Keruak.

Mana ada daerah memiliki pakej istimewa muka buminya yang diliputi laut, belantara, gunung-ganang, air terjun, sungai dan kebudayaan pelbagai etnik melainkan Kota Belud.

Tanah juga subur untuk pertanian. Siti kagum menjadi sebahagian daripada warga daerah Kota Belud biarpun tidak pernah menetap di situ.

Namun ibu Siti sering bercerita kepada Siti tentang keistimewaan Kota Belud.

Berdasarkan pembangunan Kota Belud (Siti petik dari laman sesawang Keruak.com) termasuk artikel Kota Belud dari pekan koboi kini bandar satelit, ternyata kemajuan daerah ini mendahului daerah lain.

Kota Belud mendahului zamannya.

Rakyat Kota Belud berbanggalah dengan kejayaan legasi famili Tun Said yang merintis dan merealisasikan kemajuan ini.

Kota Belud tidak akan tertinggal dari arus perdana pembangunan negara dan Kota Belud tidak akan menjadi punca kegagalan Wawasan 2020 seperti dibimbangi oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Haji Musbah Jamli.

Kenyataan kononnya Kota Belud antara daerah termiskin di Malaysia hanyalah propaganda pihak tertentu untuk menidakkan kegemilangan `empayar' Tun Said yang memercu keterbilangan daerah ini.

Ini dibantu pembabitan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Lihatlah Tempasuk pada era Pandikar, tiada kemiskinan relatif pun dan jauh sekali kemiskinan tegar.

Semua rakyat minum air paip termasuk paip graviti dan tiada pula guna perigi dan perigi pam, semua kampung ada elektrik (nyaun makai lampung pam) dan rangkaian jalan raya aspal ada di semua kampung.

Lain lagi ladang getah di perkampungan Kadazandusun manakala orang Bajau dapat jambatan gantung.

Cuma Siti bimbang, kejayan itu mula merudum selepas ketiadaan Salleh dan Pandikar dalam landskap YB Kota Belud.

Tidak apa, akan datang mereka akan muncul semula dengan Pandikar menjadi TYT, Salleh CM, Timbalan Presiden PBS, Almuddin Kaida DCM dan aktivis masyarakat, Musli Oli selaku Ahli Parlimen.

Kita sama-sama tunggu ya.


Salam perjuangan.

Sabtu, 14 November 2009

Musa Aman patut hargai jasa Musli


Sehingga kini Siti tercari-cari biodata Dul Arin, Allahyarham Datu Ismail Datu Jamlang dan Kaiman Buangan.

Namun Siti kenal aktivis masyarakat, Musli Oli.

Musli bersama tiga rakyat biasa terbabit membuat kejutan pada 2002 apabila memohon injuksi di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu untuk menghalang Tan Sri Chong Kah Kiat mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah menerusi sistem penggiliran Ketua Menteri yang bercanggah Perlembagaan.

Dua tahun sebelum itu Musli mengepalai penganjuran Seminar Penggiliran Ketua Menteri Sabah di Wisma Muis (kalau tidak silap Siti sekitar tahun 2000).

Pada 2003, berakhirlah episod penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah dan hasil perjuangan murni itu maka tokoh ekonomi, YAB Datuk Seri Musa Haji Aman kekal sebagai Ketua Menteri dalam tempoh yang lama.

Patut YAB Datuk Musa menghargai jasa Musli.

Maaf, Siti bukan anti mana-mana kaum kerana bapa Siti berbangsa Cina manakala ibu berketurunan Bajau... ada saudara mara Siti berdarah Kadazandusun dan Murut hasil perkahwinan campur dengan adik beradik ibu dan bapa Siti.

Jumaat, 13 November 2009

Ceramah Musli Oli, ada isi tapi disalah erti


























Penulis buku politik dan aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)yang tidak asing lagi di Sabah, Saudara Musli Oli adalah di antara Penceramah Jemputan yang telah menjayakan Seminar PIBG Peringkat Daerah Kota Belud pada 22 Oktober 2009.

Memang wajar Musli atau nama penanya Khalid al-Walid diberi peluang dari perspektif keupayaan beliau muncul pelajar terbaik Sabah dalam STPM pada 1975.

Juga anak jati Kota Belud yang kedua muncul graduan Ijazah Ekonomi Dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM), antara universiti terunggul di Malaysia dan pernah muncul antara terbaik dunia.

Graduan pertama adalah Mantan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia merangkap mantan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Haji Yahya Lampong (pak cik Siti yang jauh susur galur keluarga tapi dekat dihati).

Terima kasih kanda Norawi Haji Kata kerana memberi peluang kepada denakan Musli.

Contohilah kebaikan beliau dan jangan dipandang dari sudut negatif.

Jika negatif kita fikir maka negatiflah kandungan ceramah itu.

Memang ada yang menyanggah fakta pasal kaum Punjabi yang dijadikan contoh oleh denakan Musli.

Cuma Siti juga ingin bertanya kepada diri sendiri dan harap ada Ustaz dan ulama menjawabnya tentang Hadis: Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam".

Apapun, bagi Siti ia ceramah yang bagus dan perlu diambil perhatian.

Harap ceramah ini mengangkat imej denakan Musli sebagai pemberi motivasi kepada warga Kota Belud.

Untuk rekod ceramah itu diadakan di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud (Kampung Botung).

Salleh pemimpin sejati, Pandikar Amin sukar dicari ganti



Salam. Tidak perlu Siti ulas panjang siapa Datuk Seri Panglima Haji Salleh Tun Said Keruak dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia kerana semua sedia maklum dua tokoh hebat ini cukup dikenali bukan saja di Malaysia malah di peringkat dunia.

Salleh, Bekas Ketua Menteri Sabah dikenali sebagai pejuang sejati rumpun Bajau di seluruh dunia meliputi benua Asia, Afrika, Eropah, Oceania, Amerika Utara dan Amerika Latin.

Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat pula adalah bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Ahli-Ahli Parlimen/Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Negara-Negara Komanwel (CPA).

Kini jawatan Pengerusi CPA disandang oleh seorang lagi anak rumpun Bajau iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia).

Ibu Pejabat CPA adalah di Westminster House, Mill Bank, London.

Sebab itulah Siti kata Salleh pemimpin sejati, Pandikar Amin sukar dicari ganti.

Namun gandingan Aktivis masyarakat, Saudara Musli Oli dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), pagariku Almuddin Kaida yang dalam firasat Siti bakal YB Parlimen Kota Belud dan DUN Tempasuk bakal dinanti kredibiliti mereka.

Sejauh mana prestasi mereka akan teruji bila sudah mendapat mandat daripada rakyat.

Sekarang mungkin ramai mencaci dan pada masa depan ramai pula mencuci persepsi lalu dan akhirnya mereka itulah kaki ampu.

Siapa sangka Adun Kunak, YB Nilwan Kabang dan Adun Sulabayan, YB Datuk Harman Mohamad boleh menjadi YB ketika nama mereka tersingkir pada era kegemilangan silam dan muncul pada era hampir kemalapan masa depan.

Sedangkan Musli dan Almuddin tampak masih bertenaga, bersemangat waja dan pada prestasi gemilang.

Apapun, kita serahkan kepada yang maha kuasa... kita manusia biasa hanya upaya merancang dan Tuhan penentu segalanya.

Khamis, 12 November 2009

Musram pengasas formula Bana itu Bajau - Cina


Opps ada yang marah kenapa Siti kata Musram Rakunman bloggers hebat menyamar seperti Awang Sulung Merah Muda atau Umar Umayyah....

Saya respect pagari Musram kerana bagi formula Bana melahirkan Bajau dan Cina ---

Formula ini boleh memecahbelahkan kaum... menyakiti hati orang Bajau dan menghina Cina yang diiktiraf mendiang Parti Akar Bersatu sebagai layak menjadi ahli Umno selepas parti akar ipong (mati).

Musram Rakunman juga menuduh, menghina dan memperlekeh perwakilan Umno kaum Kadazandusun dalam pemilihan G7 Umno Bahagian Kota Belud sebagai barang yang undi mereka boleh dibeli sehingga wakil Iranun semua kecundang... watak perempuan apa ini... Musram! Musram! opps Dayang Wulan oh Dayang Wulan!

Bagi Siti simple saja puncanya iaitu perwakilan Iranun terlalu bergantung kepada undi dan perjuangan kaum sendiri.

Mereka berkempen konon sebagai mewakili kaum mereka dalam Umno... sedangkan mereka perlukan undi kaum lain untuk menang.

Nasib baik jati diri ini tiada dalam jiwa pemimpin masa depan berbangsa Iranun, bakal YB Almuddin Kaida.

Dalam politik Umno Bahagian Kota Belud kita tidak boleh bergantung kepada undi kaum sendiri dan pendidikan sebaliknya public relation, boleh bergaul dengan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan tidak mempersenda orang atau kaum lain boleh membantu ke arah `falah'.

Perwakilan Bajau termasuk Awang Samad yang diperlekeh Musram tidak menyentuh langsung soal kaum dan teamnya di peringkat atasan Umno Bahagian Kota Belud yang Siti percaya antara formula kemenangannya sebagai G7 lalu.

Tindakan Musram memporak porandakan rakyat Bajau dan Iranun menerusi penyamarannya sebagai Dayang Wulan boleh menjejaskan hubungan kaum Bajau dan Iranun yang ada pasang surutnya.

Musram Rakunman dalam penyamaran watak Dayang Wulan menjadi batu api dalam kes tuntutan Grazing Reserve Kuala Pintasan oleh rakyat Labuan dan Wakap.

Ini disokong dan dokong hampir 90 peratus bloggers Iranun.

Dalam Radiamoda pula Musram menghina ramai orang termasuk blogger chips more.

Jangan marah ya denakan seliu-liu... kita terserempak dekat Milimewa malam semalam tapi abang tak kenal Siti pun.

Itulah hebatnya Musram Rakunman.

Gandingan Mantap Hero Kota Belud






Salam. Ramai yang bertanya Siti kenapa tidak bagi alasan kerana langsung tidak mengulas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan selaku Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Japlin Haji Akim dalam coretan terdahulu.

Ada apa-apa hubungan sulit kah Siti?. Jawab saya Siti, saya tidak pernah pun berjumpa secara face to face dengan YB Japlin dan YB tidak kenal pun Siti.

Ala janganlah sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula... kan YB Japlin digantung ahli dalam parti dan mustahil lah dipilih semula... Kota Belud bukan Bagan Pinang lah.

Saya yakin... bakal YB dan YAB Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak serta bakal YB Almuddin Kaida dan Musli Oli akan memercukan kembali kegemilangan daerah asal usul Siti. Bana... Banasab tu dinakan, langah dan tampinai.

Kota Belud ada laut... boleh buat kilang pengetinan sardin, bilis dan kerang.

Ada sawah... boleh bantu kurangkan pergantungan import beras Sabah yang kini bilnya mencecah RM900 juta setahun.

Ada grazing reserve... boleh ternak sapi untuk daging dan susu.

Ada kebun kecil getah... pasaran komoditi ini turun naik sama seperti Kota Belud. Namun pembangunan konsisten akan dinikmati rakyat menerusi gandingan mantap Salleh, Musli dan Almuddin.

Ada lokasi pelancongan.... darat, dasar laut (Pulau Mantanani kata Salleh lebih cantik dari Sipadan), air terjun dan belantara.

Pemandangan Gunung Kinabalu juga lebih cantik dari Kota Belud yang berlatar sawah.

Ini semua boleh dimajukan gandingan bakal YB pilihan Siti.

Selamat berjuang hero Kota Belud.