Khamis, 31 Disember 2009

Ketika Rakyat Kota Belud Dianggap Seperti Pokok Jelmaan Manusia




Pokok ini berbentuk seperti manusia... beginilah nasib rakyat Kota Belud, pernah ada pemimpin berjawatan besar tetapi menganggap rakyatnya seperti pokok.

Kenapa tidak...

1. Minum air kotor

2. Ada tanah buat jalanraya

3. Ada bangsa tapi dihina miskin dan berpelajaran rendah -

adakah ini menepati "Capailah tujuan percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir." (Wasiat Imam Syafie r.a) yang selalu diungkapnya!

4. Ada hasil bumi iaitu padi, ikan, lembu dan destinasi pelancongan menarik tapi rakyat termiskin di Malaysia

5. Ketua ada idea tapi cuma cakap, rakyat tetap menderita

adakah ini menepati "Capailah tujuan percakapan itu dengan diam dan capailah sesuatu keputusan itu dengan berfikir." (Wasiat Imam Syafie r.a) yang selalu diungkapnya!


6. ---- banyak lagi lah kelemahan pemimpinnya yang dulu tu tapi kini berhabis mahu kembali jadi ketua menteri... tak sedar dirikah anda gagal!

Selasa, 29 Disember 2009

Selepas jenama gagal, cipta brand barulah pula



Selepas gagal menjenamakan semula Persatuan pimpinannya kini nak jenamakan BN lah pula.

Persatuan Bajau Bersatu Sabah (PSBB) kepada United Sabah Bajau Organisation (USBO) kononya membela rumpun Bajau yang lebih 10 etnik dan rumpun Bumiputera terbesar di Sabah.

Selepas mengisytiharkan kaumnya miskin dan berpelajaran rendah tiga tahun lalu, tiada apa-apa juga kejayaan untuk membela dipraktikkan.

Gagal.... ampa pooi bana!

Kini cadangkan penjenamaan BN lah pula!

He! he! he! gelinya hati Siti...

Ahad, 27 Disember 2009

Ketika Pendusta Berkata




Janji palsu pemimpin Kota Belud terdahulu seperti peningkatan ekonomi rakyat menerusi pembinaaan Kudat Bypass terbit dari lidah si pendusta bijak berkata sehingga kata-katanya menutup derita rakyat tertindas di kalangan orang luar.

Petani derita diabai-abainya pula...

Perjuangan seorang rakan bloggers Siti yang konsisten menarik minat siti untuk kembali ke tanah air dalam tempoh terdekat untuk bersama membela rakyat tertindas!

Mana janji penyelesaian masalah air bekas YAB sedang rakyat kesapang minum air kotor... eh eh eh bohong lagi!

Tak kan tunggu TV3, RTM dan surat khabar baru mahu turun padang sebagai ketua bahagian keris taming sari berkarat yang hanyut ke Teluk Usukan...

Sudah-sudah lah datuk seri berkata dusta tapi disulam indah kerana sesungguhnya rakyat juga yang menderita!

Jumaat, 25 Disember 2009

Top Profail Calon PRU-13 di Kota Belud Yang Patut Ditolak





Mengundi pemimpin penindas rakyat

penagih dadah

penagih syabu

pengedar dadah

pengedar syabu

penagih ubat batuk

kaki sabung ayam

kaki ampu

pengadu domba

ulun

racist ideologies and discrimination

berpelajaran rendah

kaki ugut

mungkir janji

tidak amanah

pecah amanah

menghina bangsa


sama seperti mengundi orang gila dan orang mahu bunuh diri

Khamis, 24 Disember 2009

Mangat Menguasai Politik Kota Belud Pada Pru-13


Kota Belud pada polihan raya umum ke-13 bakal dibarisi calon mangat yang anti kemajuan rakyat, penagih syabu, penagih ubat batuk dan pengadu domba.

Nama-nama seperti SSK, TSP, Baror Sawi dan Pardan Maji adalah senarai terhebat pilihan Ketua Umno Bahagain Kota Belud untuk Parlimen Kota Belud (SSK), DUN Usukan (Baror Sawi/Pardan Maji), DUN Tempasuk (TSP).

SSK dan TSP terbukti mampu memperalat rakyat untuk kepentingan dan kemasyhuran peribadi sedang rakyat kekal minum air kotor di Kesapang, Labuan, Wakap, Tanjung Pasir, Tanjung Wakap, Pintasan, Kaguraan, Dudar, toburan dan Tamau.

Baror kaki syabu dan ubat batuk manakala Pardan si ulun. Kedua-duanya juga berpendidikan rendah yang perlu ditolak.

Selasa, 22 Disember 2009

Ketika Kaki Syabu dan Ubat Batuk Kata Dadah Bahaya! - Usah Percaya Bung




Ketika Ketua Pemuda Umno Kota Belud, Encik Baharul Sawi hadiahkan jam kepada Pusat Program Pendidikan Pencegahan Dadah Daerah Kota Belud di SMK Tambulion baru-baru ini ramai yang menyimpulkan itulah keinsafan bekas penagih dadah jenis ubat batuk dan syabu.

Dulu lepas menang atau kalah sabung ayam pasti menjamah barang larangan itu.

Dikatakan sangat simple yang memudahkan pihak sekolah khususnya warga pendidik untuk berurusan dengan beliau... sebenarnya `baik ada makna tu (dialog Madu Tiga arahan dan lakonan tokoh filem negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.

Selain sumbangan jam gergasi, En Baharul sebenarnya telah menyumbang markah yang besar kepada usaha SMK Tambulion kerana dalam kriteria penilaian, sumbangan daripada NGO dan pemimpin akan memberi markah bonus yang memuaskan, itu pula benefit SMK Tambulion.

Apa pun, bagi Siti... Baror telah mengali lubang aktiviti hitamnya pada zaman silam kerana jam adalah simbol masa itu emas.

Layakkah Baror mengajar remaja supaya menjauhi najis dadah sedang beliau sendiri terlibat dengan kegiatan itu pada zaman bungar-bungarannya.

Sebagai top rangking calon BN di Usukan, Sama-sama kita tahu siapa Baror? dan dia tidak layak mengajar kita tentang erti kebaikan.


Dah lah master dibeli, pernah mengugut rakan baik Siti lagi tu kerana mempertahankan pemimpin tertentu.


RAKYAT USUKAN, ANDAI BAROR CALON BN.. TOLAK JANGAN TAK TOLAK HINGGA JATUH DALAM LEBAK.

Ahad, 20 Disember 2009

Baror's journey of life






Namanya naik sebagai bakal calon DUN Usukan menggantikan YB Datuk Japlin Akim.

Ketua Pemuda Umno Kota Belud meangkap Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah itu mewakili kuota Pergerakan Pemuda Umno Sabah.

Biarpun orang DUN Tempasuk sama seperti YB Datuk Japlin, namun dalam politik itu bukan halangan yang penting pencadang dan penyokongnya rakyat tempatan kawasan pilihan raya terbabit.

Dengan personaliti yang dipersoalkan berikutan sejarah hitam sebagai kaki syabu, ubat batuk dan sabung ayam, mampukan Baror lulusan Master Matematik Dengan Belian dari University of Southern Mindanao Kabacan, Cotabatu menawan hati rakyat yang kini semakin pintar dan berpelajaran tinggi.

Sama-sama kita tunggu ya!

Jumaat, 18 Disember 2009

Pemuda Umno Kota Belud Ibarat Telur Temburuk






Kota Belud memang pernah melahirkan pemimpin pergerakan pemuda yang hebat seperti Ripin Haji Suod dan Datuk Japlin Haji Akim.

Itu cerita lama, kini semuanya sudah berubah kerana dua pemimpin tertinggi bukan di kalangan generasi hebat.

Mereka dipilih kerana pengaruh pihak tertentu yang tidak mahu ada pemimpin hebat dari kalangan Pemuda.

Akhirnya golongan profesional muda seperti Tajul Radim tersungkur.

Siapa sangka golongan yang dulu penagih syabu dan kaki sabung ayam kini berlaga hero mengeluarkan kenyataan jangan hampiri kegiatan dilarang agama dan undang-undang itu.

Tiada pelapis tiadalah pemimpin masa depan, adakah kita mahu gandingan Baharul Sawi-Arshad Bistari membentuk kepemimpinan Parlimen Kota Belud, DUN Usukan atau DUN Tempasuk pada masa depan.

Bagi Siti, bagus lagi undi rosak atau langsung tidak mengundi daripada memilih mereka.

Kepemimpinan memerlukan pendidikan dan moral tinggi, bukan ijazah dibeli dan bukan juga cakap bermoral tapi sebenarnya `temburuk' (telur buruk).

Masanya belum terlambat kerana ada lagi pemilihan Umno dan pada pemilihan akan datang jangan lagi bagi muka kepada golongan telur temburuk ini sama ada dalam kepemimpinan Pemuda mahupun Bahagian, Wanita dan Puteri.

Perwakilan perlu matang, bukannya fikir wang dan terpengaruh oleh `tukang urut ayam' di belakang calon bertanding.

Baharol pernah berkata, perubahan perlembagaan parti memberi peluang kepada golongan terpelajar memilih pemimpin peringkat Pusat.

Beliau bukan dalam golongan terpelajar dalam konteks memiliki degree, master dan PhD asli.

Malah kenyataannya salah kerana peluang golongan terpelajar masih boleh ditutup oleh undi akar umbi yang majoritinya bukan golongan berilmu.

Ternyata kenyataan Baharol ini secara automatik membuktikan beliau sendiri tidak minta diundi kerana bukan dalam golongan terpelajar.

So, akan datang tolaklah dia andai dia mahu bertanding AJK Bahagian, G7 mahu pun jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian.

Pilih pemimpin berwibawa, berpendidikan dan telus, bukannya telur temburuk yang akhirnya menjejaskan reputasi Umno Bahagian Kota Belud keseluruhannya.

Rabu, 16 Disember 2009

Calon Berpotensi PRU-13 di Kota Belud
































Mungkinkah penantian panjang mencari YB Wanita Pertama di DUN dan Parlimen Kota Belud akan berakhir dalam Pru-13?

Di atas adalah calon berpotensi mengikut tilik-tilikan Siti

Selasa, 15 Disember 2009

Calon-calonnya Dalam PRU Ke-13 Mungkin Berciri?





Tolak jangan tak tolak perasuah, pengadu domba dan khalwat.

Isnin, 14 Disember 2009

Ada Orang Sebegini Akhirnya Top Carta Calon PRU-13





Tolak juga orang sebegini andai jadi calon kerana akan songlap duit rakyat bila jadi YB.

Sabtu, 12 Disember 2009

Profail Top Carta Bakal Calon PRU-13 Di Kota Belud













JANGAN UNDI KERANA MEMBINASAKAN MASA DEPAN ANAK ANDA!

Khamis, 10 Disember 2009

Mukaris Haji Etok Dulu Sokong TSP, Sekarang Tidak








Sebagai menjawab tulisan rakan bloger yang bernama Siti Farhana Wee Abdullah (SFWA) mengenai kejayaan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia membangunkan masyarakat Tempasuk sewaktu beliau menjadi wakil rakyat.

Terpanggil kepada saya mendedahkan rintihan orang kuat Pandikar yang ditimpa musibah iaitu Saudara Mukaris Haji Etok seorang penyokong kuat Tan Sri Pandikar...

Itulah reaksi kepada tulisan Siti, masa zaman bungar-bungaran dulu.

Amu tagal digulu, okon miagal di baino kata orang Tempasuk, sekarang Siti bukan lagi penyokong setia TSP.

Siti tiada hasrat mempersenda saudara Mukaris ketika itu.

Saudara Mukaris adalah antara penyokong TSP di DUN Usukan pada 1982 yang kini beralih angin kepada pemimpin lain seperti juga rakyat Usukan yang pernah menyokongnya dulu.

So, ini mengukuhkan lagi fakta makan sireh kelitip bahawa TSP tidak akan menang mudah jika kembali dicalonkan di Usukan.

Kalau lawannya Razak Rakunman atau Ruslan Haji Mansor... Siti yakin TSP akan kalah.

Ruslan Haji Mansor biarpun berketurunan Iranun tapi ramai saudara di perkampungan Bajau dan dibantu sikapnya yang tidak perkauman.

Razak pula low profile dan mesra rakyat pelbagai kaum bukan seperti abangnya yang suka menyamar, Musram Rakunman.

Rabu, 9 Disember 2009

Musli Oli Tekad Bertanding Kerusi Parlimen KB PRU- 13




Pada 4 Disember 2009, Saudara Musli Oli (MO) secara terbuka mendedahkan hajatnya bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengakuan dibuat dalam blog Siti dan diulas kakak kesayangan Siti, Kelapa Mawar dalam blognya.

Kenyataan terbuka itu mendapat reaksi positif dan sinis daripada beberapa bloggers.

Siti bangga kerana blog Siti yang tidak seberapa itu menjadi medan MO mengumumkan hasratnya.

Sebagai penghormatan, Siti juga ingin mengisytiharkan secara rasmi akan terus sokong Saudara MO dan dalam proses berpindah Daerah Mengundi dari Kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Api-Api ke Parlimen Kota Belud dan DUN Usukan.

Berikut reaksi MO dalam blog Siti.

Salam Siti,

Samada Siti masih sokong saya atau tidak. Samada sokongan itu benar atau olok-olok, ingin saya istihar dan tegaskan saya, MUSLI BIN HJ OLI akan bertanding kerusi Parlimen KB pada PRU 13 atau PRK jika ada kekosongan.

Jangan soal apa parti kerana parti tidak penting kepada perjuangan saya.

Saya mau pertahankan legasi keluarga kerana abg saya pernah bertanding PAS dan Pak Cik saya Magit Julan pernah bertanding parlimen sebagai calon Bebas..

Soal menang dan kalah bukan isu kerana ini adalah peluang terakhir saya membawa perub ahan kepada rakyat Kota Belud.

salam MO

Disember 04, 2009

Isnin, 7 Disember 2009

Masa Rakyat Usukan Malukan Pandikar Jika Bertanding Di DUN Usukan Guna Sentimen Kaum Seperti 1982


Warga emas ini makan sireh kelitip ketika menunggu giliran mengundi pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Pada byelection 1982 mereka undi TSP atas faktor Usno dan mereka cukup marah selepas TSP khianati Almarhum Tun Mustapha dengan lompat Bersih.




Salam Kanda Kelapa Mawar yang Siti sayangi dan hormati...

Coretan Siti bagi mengulas posting kakak ini hanya berkongsi fakta.

Kenyataan kakak Jika TSP di Usukan, laluannya begitu mudah, malahan TSP boleh memperolehi majoriti besar kerana masyarakat di Usukan masih menyimpan pengaruhnya. Terkecuali jika ada calon PAS yang benar-benar berkarisma dan anak tempatan. Terlebih lagi jika itu anak dari suku Iranun... bagi Siti silap dan boleh memerangkap calon BN di Usukan andai mereka dari etnik Iranun termasuklah TSP.

Usukan majoriti pengundi adalah Bajau dan jika isu kaum menjadi sandaran TSP sukar untuk TSP menang di sana kerana akan berlaku isu "KETUANAN BAJAU" seperti isu KETUANAN IRANUN di DUN Tempasuk pada PRU-12 lalu.

Pada pilihan raya kecil Usukan awal 1980-an yang dimenangi Usno menerusi TSP, ia bukan kerana faktor undi Iranun semata-mata tapi undi Bajau juga memihak kepada TSP atas pengaruh Tun Mustapha.

Kak Kelapa Mawar juga selalu cakap, kita bina kerajaan masa depan bukan perbaiki runtuhan kerajaan masa lalu.

Dulu lain kak ooi, sekarang lain juga.

Selepas Perkampungan Iranun seperti Merabau, Kota Peladok, Rudang dan Tamau dipindahkan ke DUN Tempasuk, jumlah pengundi Iranun di DUN Usukan semakin berkurangan.

Yang ada kekal antaranya Payas-Payas, Pantai Emas, Peladok dan sedikit di Tanjung Batu.

Isu Ketuanan Iranun turut melanda Usukan pada PRU-12 yang terbukti apabila DARD tewas di DM Pantai emas.

Perlu diingat calon PBS seperti Yasser Arafat dan Pinjaman Hashim pernah guna isu Iranun di DUN Usukan tetapi gagal, begitu juga calon PAS, Nordin Aloh yang hilang deposit.

Begitu juga ketika pilihan raya umum 1990, TSP bekerja keras bantu Drs Edham Haji Sakmud (Calon Akar anak kelahiran Kampung Wakap (bapa) dan Kota Peladok (Ibu) di DUN Usukan tapi gagal.

Situ harap, jangan gunakan isu kaum dalam konteks DUN Usukan, takut tsunami Tempasuk melanda Usukan.

Musli Oli boleh memang di DUN Usukan andai isu kaum jadi sandaran TSP/BN-Umno.

Siti selalu dengar cerita ibu Siti, ramai orang Bajau marah TSP kerana tinggalkan Tun Mustapha selepas diberi peluang bertanding di DUN Usukan.

Pengundi itu masih ramai hidup dan hanya menunggu masa mengundi pembangkang sebagai tanda protes mereka jika TSP jadi calon atau pakai isu kaumnya.


Begitu juga DUN Tempasuk, Kadamaian mahupun Parlimen Kota Belud... jangan guna isu kaum.

Dalam byelection 1982 tu selain kawasan seperti kota peladok, merabau, rudang dan Tamau dalam DUN Usukan.

Kampung Bajau seperti Pirasan, Siasai, Siasai Dundau, Siasai Jaya, Pirasan, Kimo-Kimo, Lentigi dan Paka-Paka dalam DUN Kadamaian.

Adakah masyarakat Iranun akan leka bila melihat kehadiran TSP dan hanya takut beliau dicabar profesional muda etnik itu.

Adakah profesional Bajau seperti Dr Saijan Samit yang terbukti pengaruhnya pada PRU 2004 akan berdiam diri atau kembali mengatur strategi menawan kerusi itu.

Mungkin juga saudara Ir Solymone bekas Jurutera JKR Kota Belud akan menjejaki DARD ke KB dengan tumpuan DUN Usukan kerana Siti difahamkan moyangnya asal Pirasan.

Juga ramai saudara di Kampung Siasai, Kota Belud, Sembirai, Timbang Dayang, Labuan, Wakap dan Kulambai.

Jika dibandingkan Solymone di Kampung Bunga, Tenghilan dengan DARD di Kampung Serusop, Kampung Bunga lagi lebih dekat ke Kota Belud. Dan satu lagi fakta Ir Solymone lebih dekat dengan masyarakat Kota Belud.

Atau juga Datu Tiga Belas Datu Zainal Abidin, Jenar Lamdah, Badery Haji Suhod dan Jame Alip akan mencuba nasib.

Adakah pengundi Labuan, Wakap, Sembirai, Timbang Dayang, Lebak Engad, Kuala Abai, Suang Punggur, Belud Tanduk dan Kulambai yang dulu undi TSP atas faktor Tun Mustapha akan mengundinya semula.

Adakah generasi muda Bajau memilih TSP selepas perjuangan DHMJ dikhianati etnik Iranun di DUN Tempasuk pada PRU Ke-12?

Adakah isu grazing reserve Kuala Pintasan membabitkan rakyat Labuan dan Wakap (termasuk bermastautin di Sembirai, Jawi-Jawi dan Lebak Engad) boleh ditangani
TSP apatah lagi Siti difahamkan mereka marah dengan ladang burung unta di atas tapak yang dituntut mereka sudah dipindah milik kepada keluarga TSP.

Jika rekod lama juga menjadi sandaran, pada pilihan raya 1990, undi DHMJ lebih banyak berbanding TSP di DUN Tempasuk tetapi itu cerita lama, esok lain.

Sedang ketika itu seorang lagi calon mendapat sokongan orang Bajau iaitu Datuk Mohd Noor Mansor (Presiden Berjaya ketika itu).

Justeru, Siti tidak setuju dengan kenyataan kakak ku yang manis, Kelapa Mawar bahawa TSP akan menang mudah dengan majoriti besar seperti kejayaannya di DUN Usukan itu pada pilihan raya terdahulu (pembetulan kak, ketika itu TSP menang tipis).

Ternyata kenyataan kakak bahawa TSP akan menang mudah kecuali ditentang calon PAS di kalangan anak Iranun berpengaruh adalah tidak tepat.

Berikut Keputusan Pilihan Raya Umum ke-11 dan Ke-12


Jumlah Pengundi: 15,816
Peratusan Kaum: B/I: 89.48% B/B/I: 5.86% C: 4.62% L: 0.04%
1. Datuk Japlin Akim@Abd. Hamid (BN) (7,964)
2. Mohd. Shukor Abdul Mumin (PKR) (3,941)
Majoriti: 4,023

Japlin Akim @ Abd Hamid (BN - UMNO) 5950
@ Saijan Samit (IND - IND) 4215
x @ Nordin Aloh (OPP - PAS) 413
x @ Ibrahim Linggam (OPP - BERS) 122
Maj: 1735

Ahad, 6 Disember 2009

BN Tewas Andai!




























Calonkan Datuk Baror Sawi di DUN Tempasuk

Baror adalah Penasihat Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Matematik Dengan Belian.


Calonkan Datuk Pardan Maji di DUN Usukan

Pardan Penasihat Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Pardan Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ulun Kipas Mengipas dari Universiti Langau Lemiang.

Calonkan Dr Musram Rakunman di Parlimen Kota Belud.

Musram Bekas Pengerusi SAFMA berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Dalam Bidang Pertanian Lestari dari Universiti Pertanian Bogor, Indonesia.

Dan Calonkan Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak di DUN Kadamaian.

Jumaat, 4 Disember 2009

BN Tewas Andai KDM Kembali Bertaut















Bila Siti mengatakan fakta ini, bezanya, Tengku Razaleigh Hamzah (TRH) boleh menang biarpun wakil parti apa termasuk S46 sehingga Kelantan ditawan Pas + S46 (Angkatan Perpaduan Ummah) pada 1990.

Di Sabah ada Tun Fuad Stephens, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang setanding dengan TRH.

Tun Fuad Stephens ketuai Berjaya tumbangkan Usno pimpinan Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun manakala Pairin jatuhkan kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Mohd Salleh.

Mereka menjadi hero apabila menumbangkan parti gergasi yang dilihat sukar untuk ditewaskan parti ikan bilis.

Manakala Lajim runtuhkan kerajaan PBS selepas lompat Umno-BN pada 1994.

Sedang TSP dan SSK hanya boleh menang calon BN-Umno (Akar menang atas ehsan Umno di Tempasuk pada 1994) dan kubu USNO di Usukan (Pandikar diundi atas sentimen Usno bukan kerana dia Pandikar).

Jika mereka tidak takut kuasa rakyat, pasti akan bertanding PRU-12 lalu sebagai calon parti Pembangkang atau Bebas.

Saya cabar anda, kalau berani keluar Umno dan tubuhkan parti baru... Usbo kah dan sebagainya.

Buktikan anda setanding TRH, Fuad Stephens, Pairin dan Lajim.

Dulu lain, apabila Pandikar tidak pernah menang calon Akar dan Bersih, juga Salleh kecundang calon Berjaya dan PBS.

Kita mahu fakta baru dalam PRU Ke-13.

Biarkan parti tempatan memerintah macam di Sarawak.

Di situ kita ulas kehebatan mereka...

Salam dari Padang Pasir nan tandus dari Siti Farhana Wee Abdullah.


Ini jawapan Belum Pandikar iaitu orang kuat TSP atau mungkin dia inilah TSP.

Salam sekali lagi,

1. Nampaknya benci sangat sdri Siti Farhana ni kepada TSP dan DSSK.. kenapa agaknya ya?.. Sdr mempertikaikan kebolehan mereka, bagaimana pula dengan sdri?..

kalau betul sdri berkebolehan jadi pemimpin, mcm mana kalau sdri saja yang buat parti sendir dan tanding mereka?.. baru tau siapa yang lebih hebat..

kalau setakat pandai kritik, budak sekolah rendah pun pandai kritik sdri.. ATAU... sdri ada agenda tersembunyi barangkali... kalau benar, teruskan saja..

saya dan yang lain-lain tidak kisah kerana bak kata pepatah "Anjing yang menyalak bukit tidak akan menyebabkan bukit itu runtuh"..

Kebudak-budakan betul jawapan Belum Pandikar... macam anak buah Siti sikit-sikit jawab adik masih kecil selepas tidak dapat menjawab soalan adiknya.

Patut Belum Pandikar menyampaikan hujah positif... apa kekuatan TSP kalau bentuk parti baru bersama SSK.

Siti yang dicabar ini bukan politicianlah saudara!

Macam mana dengan komposisi kaum yang setara di Tempasuk... jika pun Iranun kononnya majoriti sikit, belum tentu menang andai KDM bersatu seperti pada era kegemilangan PBS dulu.

Ini kerana undi Bajau boleh berubah seperti berubahnya pola undi Iranun kepada BN dalam pilihan raya lalu.

Kalau pandai membela diri atau pemimpin tertentu tiada guna juga jika alasan macam budak-budak ooi Belum Pandikar.

Tidak payah fikir pun anak saudara Siti tahu bukit boleh diruntuhkan Bob the Builder.

Apa macam kalau di Tempasuk BN calonkan TSP, PKR, Awang Laiman Ekin, SAPP, Suwah Boleh dan atas permintaan penyokongnya Salam Gibang jadi calon Bebas.

Suwah Boleh kan boleh menang (sure boleh)!

Undi Iranun berpecahkan, undi Bajau pergi BN, Bebas dan SAPP.

Tidak semua orang Iranun suka TSP dan begitu juga orang Bajau bah kan!

Berikut statistik pengundi N6 - TEMPASUK pada PRU-12 dengan 13,968 pengundi yang mungkin tidak jauh bezanya dengan PRU-13 dengan mengambil kira kematian dan perpindahan pengundi.

Bumiputra Islam: 67.8 (Bajau, Iranun, KDM dan Cina)
Bumiputra Bukan Islam: 31.4 (KDM dan Cina)
Cina: 0.63 (Cina)
Lain-lain: 0.12

Dengan pecahan undi Bumiputera Islam yang kecil majoritinya dan ditambah perpecahan pengundi Islam manakala KDM bersatu ke mana TSP aduhai Belum Pandikar?