Sabtu, 29 Mei 2010

Rap Kastam... tam tam tam

Tam tam kastam
Musli Oli penjenayah kastam

Tama tam kastam
Musli oli dipecat kastam

Tam tam kastam
kerana salah laku
tama tam kastam
rasuah
tam tam tam

Tam tam kastam
lepas dipecat
dia minta
baun
tam tam tam kastam

upah untuk memecat
orang baik
tiada kes rasuah macam dia
tam tam kastam.

Dapat upah RM16,000
Salleh Said Keruak
yang bayar dia
tam tam kastam.

Jumaat, 28 Mei 2010

Sifat Sejarah

Sejarah tidak boleh dipadam dengan duit berjuta.

Sejarah tetap kekal biar pengamalnya dipenjara.

Khamis, 27 Mei 2010

Dangdut Kastam... eh wah... eh wah

Mari berdangdut saudara semua
malam ini Musli Oli terima habuan
RM16,000 daripada Salleh Said Keruak
dia nak belanja kita berdangdut
ramai-ramai (umum pengacara majlis, Nordin Tani)

Eh wah.... eh wah....

Ini bukan cerita jalang
eh wah... eh wah...

Ini kisah Musli Oli
dipecat Kastam
eh wah... eh wah...

Diberi duit tauke Cina
dia gembira tidak terperi
eh wah... eh wah...

Musli lupa itu jerangkap samar
lalu dipecat oleh Kastam
eh wah... eh wah...

Eh wah... eh wah..
kalau nak syabu
nak sabung ayam
atau ubat batuk
jumpa Baror Sawi
yang duduk di sudut sana
eh wah... eh wah mari berdangdut.

Eh wah.... eh wah....

Ini bukan cerita jalang
bukan cerita ulun si Pardan Maji
eh wah... eh wah...

Ini kisah Musli Oli
dipecat Kastam
eh wah... eh wah...

Isnin, 24 Mei 2010

Kemiskinan Di Kota Politik

Daerah ku mundur kerana punya mamanda yang pendek akal
mahu kuasa tapi gagal menunai amanah.

Lihatlah tanah orang Labuan dan Wakap dirampas buat jalan raya

Lihatlah orang Kesapang dan Pintasan minum air kotor.

Bukankah itu bukti kegagalan pemimpin silam yang pegang jawatan besar
tapi gagal membela rakyatnya sendiri.

Kita hanya berbangga hidup di kota politik
yang hanya menyaksikan janji manis
dan kekayaan pejuang palsu.

Sabtu, 22 Mei 2010

Pegawai MDKB Yang Durjana!


Ada pegawai MDKB yang asyik kutuk orang pakai facebook sehingga lupa tanggungjawab menjaga harta kerajaan dan rakyat yang diamanahkan seperti tapak jualan kerbau hidup ini.

Bagus letak jawatanlah daripada makan gaji buta.

Siapa pegawai MDKB durjana yang dimaksudkan adinda Mutiara Tumpang Buas.


KOTA BELUD: Tapak jualan kerbau dan lembu hidup di Tamu Kota Belud di sini, tidak ubah seperti jerangkap samar yang boleh memerangkap orang ramai dan pelancong berikutan kewujudan tiga lubang konkrit dipercayai kunci paip, merentangi kawasan itu.

Kawasan menempatkan lembu dan kerbau sebelum dijual yang kini dipenuhi semak turut membimbangkan kerana dikhuatiri menjadi sarang haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking.

Walaupun penjualan kerbau dan lembu hidup tidak lagi dijalankan di Tamu Kota Belud sejak awal 1990-an, tapak penjualan ternakan itu seharusnya dipulihara dan diselenggara sebagai destinasi pelancongan yang dengan sendirinya menguntungkan rakyat daerah terbabit.

Penduduk Kampung Beluang Pasik di sini, Lin Harun, 55, berkata Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) wajar menjadikan tapak itu lokasi pelancongan dengan membina arca kerbau dan lembu ditimbang atau ditambat sebagai simbolik tapak itu pernah melalui zaman kegemilangan sebagai pusat jualan tunggal ternakan hidup di negara ini.

"Ia boleh menjadi daya tarikan tambahan Tamu Kota Belud seperti di zaman lampau hingga menarik pelancong dari luar negara melawat untuk menyaksikan sendiri keunikan urus niaga ternakan hidup.

"Ada pelancong yang pernah berkunjung sekitar 1980-an datang bertanyakan lokasi tapak berkenaan dan terkejut melihat keadaannya sekarang.

"Kita harap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memperbaiki keadaan supaya sejarah gemilang Kota Belud terpelihara," katanya.

Penduduk Selebuyu, Nontong Dela, 40, yang sempat menyaksikan urus niaga kerbau dan lembu di tapak berkenaan pada zaman kanak-kananya, meminta MDKB membersihkan kawasan berkenaan secara berkala.

Daripada terbiar dipenuhi semak-samun, katanya, adalah lebih baik jika MKDB membersihkan kawasan berkenaan dan memeliharanya supaya tidak lagi dianggap pemandangan menyakitkan mata.

Jumaat, 21 Mei 2010

ISU TANAH GUGAT BN KATA DR MAX

KITA HARAP PEMILIK TANAH SAWAH KUDAT BYPASS SEDAR PENGANIAYAAN DAN PENGHINAAN SALLEH SAID KERUAK KEPADA MEREKA DENGAN MEMASTIKAN KOTA BELUD BUKAN FIXED DEPOSIT CALON PEMBELOT, ZALIM DAN KAKI SYABU.


KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili bimbang Barisan Nasional (BN) Sabah akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang sekiranya isu setempat berkaitan tanah gagal ditangani dengan bijak dan cepat mulai sekarang.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata isu utama adalah berkaitan tanah rakyat membabitkan pertindihan permohonan serta pengambilan untuk projek pembangunan meliputi jalan raya, pengairan dan saliran pertanian dan diambilalih syarikat besar.

Katanya, isu itu perlu diselesaikan segera kerana menjadi masalah utama yang boleh menggugat pengaruh BN di Negeri di Bawah Bayu.

"Isu tanah sangat relevan di Sabah dan ia dilihat boleh menumbangkan BN sekiranya kerajaan tidak sensitif dan melakukan tindakan cepat untuk menanganinya.

"Misalnya kita tengok isu tanah semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Sarawak, minggu lalu, walaupun beberapa keputusan sudah dibuat bagi menyelesaikannya seperti pengumuman premium baru tanah di Sarawak dan penyelarasan atau kadar sama rata untuk premium pajakan tanah, namun semuanya sudah terlambat," katanya.

KITA HARAP PEMILIK TANAH SAWAH KUDAT BYPASS SEDAR PENGANIAYAAN DAN PENGHINAAN SALLEH SAID KERUAK KEPADA MEREKA DENGAN MEMASTIKAN KOTA BELUD BUKAN FIXED DEPOSIT CALON PEMBELOT, ZALIM DAN KAKI SYABU.

Khamis, 20 Mei 2010

MALANG BERGANDA SI MUSLI OLI

Maruah keluarga Si Musli Oli
tercalar
selepas dia dipecat Kastam
akibat salah laku berkaitan rasuah.

Sekali lagi maruah keluarga Si Musli Oli
terconteng arang
selepas dia terima habuan
mencadang pemecatan Seliu Liu
selepas Musli Oli
terima rasuah RM16,000
daripada Salleh Said Keruak.

Rabu, 19 Mei 2010

Kezaliman Salleh Said Keruak

Siapa menghina Bajau miskin
juga berpelajaran rendah
Salleh Said Keruak gerangan namanya
menerusi USBO penghinaan dijelma.


Siapa mahu memecahkan periuk nasi Seliu Liu
Salleh Said Keruak nama diberi
Bersekongkol Musli Oli Presiden PERKOSA
Disokong Nordin Tani pembela palsu.

Isnin, 17 Mei 2010

Gemilang Musli Kerana Salleh

Kegemilangan Yang Dipertua Pribumi Perkosa Sabah (PERKOSA), Musli Oli akan tiba juga kerana beliaulah calon pilihan raya yang menjadi pilihan utama Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak bagi menggantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Sejarah bakal tercipta apabila buat julung kalinya seorang yang dipecat Kastam kerana salah laku berkaitan rasuah, tauke fitnah dan kaki betina menjadi calon BN.

Siti yakin rakyat Kota Belud bijak berpolitik dan menolak calon yang bejat moralnya ini.

Gemilang Musli Kerana Salleh akan berkubur.

Sabtu, 15 Mei 2010

Musli Oli Bina Jerangkap Samar Untuk Bunuh Diri Sendiri


Apabila Musli Oli menggunakan blog pipit pekepah untuk memfitnah Seliu Liu konon sedang berunding dengan SSK untuk menggantikan tanah mereka yang dirampas Salleh Said Keruak untuk buat jalan raya penindasan rakyat, Musli Oli sebenarnya memasang jerangkap samar untuk membunuh diri sendiri.

Ini kerana Seliu Liu tidak tahu lokasi tanah Salleh, Musli yang tahu dan nyatalah dia suka meminta-minta.

Ini kerana dia tahu berapa duit Salleh dan di mana tanah Salleh yang boleh memberi keuntungan kepadanya.

Sedang Seliu Liu terus berjuang biarpun Salleh mengulun Musli meminta pemecatannya yang disokong si hati busuk Nordin Tani, kaki syabu, ubat batuk dan sabung ayam, Baror Sawi dan lulusan darjah tiga, Pardan Maji.

Siti tahu Seliu Liu bukan manusia suka meminta minta macam Musli Oli, perjuangan Seliu Liu telus sedang Musli Oli suka meminta baun.

Kalau Musli tidak diberi baun mulalah menghina guna blog dan facebook serta menyebar surat layang.

Sampai sekarang pun kanda Seliu Liu masih berjuang mempertahankan tanah keluarga yang dirampas meroon tanah, Salleh Said Keruak.

Bukan macam Musli mengutuk dan mencaci orang, dapat upah dia pun undur.

Ini kakanda Seliu Liu tidak pandang wang kerana bisa miskin dan hidup bermaruah.

Musli mendapat baun RM16,000 daripada Salleh Said Keruak untuk menggerakkan pemecatan Seliu-liu.

Dah kenyang dah isteri dan anak bini Musli Oli juga gundiknya makan duit upah untung short cut menganiaya orang.

Tindakan Musli Oli sebenarnya membina jerangkap samar untuk membunuh diri sendiri.

Jumaat, 14 Mei 2010

Salleh Kasih Londod Kami



Dalam ruangan ini Siti tidak berminat mengulas ratapan subuh Arab (awal pagi) Musli Oli meminta seorang pegawai penyiasat membelasah Seliu Liu.

Siti mahu bercerita pasal SSK ke London kami yang `londod' (lemas) dalam banjir angkara Kudat Bypass yang diilhamnya.

SSK Penasihat Sains CM, kami yang mampus akibat teori sains politiknya yang membelakangkan rakyat, yang menindas rakyat.

SSK Ketua Bahagian Umno Kota Belud, kami yang hilang kepercayaan kepada parti kerana beliau bijak mencipta `lengkebu' (lubuk dalam) tempat menenggelamkan kampung kami.

Apa lagi yang ada pada kami,

1. Sawah hilang, banjir menimpa.

2. Tanah dirampas, warung dirobohkan.

Apa kelayakan Salleh Said Keruak menjadi penasihat sains CM sedangkan beliau lulusan sains politik.

Sains itu nature dengan kajian emperikal, pemerhatian benar, hipotesis, diuji baru kesimpulan, baru bertindak, bukan seleweng fakta, manipulasi dan reka dapatan, akhirnya mewujudkan methodologi sampah macam mamanda sang mantan bendahara Salleh Said Keruak.

Khamis, 13 Mei 2010

USBO Mengarut!


Pada 2006, Persatuan Seni Budaya Bajau (PSBB) melakukan penjenamaan semula atau rebranding daripada nama Melayu PSBB kepada nama Inggeris, United Sabah Bajau Organisation (USBO).

Nama lama PSBB adalah Persatuan Sabah Bajau Bersatu.

Alangkah terkejutnya Siti apabila Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak mengisytiharkan bangsa Bajau itu miskin dan berpelajaran rendah beberapa hari selepas rebranding.

Kenyatan itu seolah-olah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah meminggirkan kaum Bajau, walhal Salleh juga adalah bekas Ketua Menteri Sabah.

Ini menimbulkan pelbagai konflik apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Japlin Akim bingkas menyanggah dengan mengatakan tiada etnik di Sabah dipinggirkan kerajaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Kota Belud di Kampung Taun Gusi (Ketika itu Ketua Bahagian adalah Datuk Musbah Jamli) dengan tegas mengatakan `tiada etnik terpinggir'.

Punya mengamuknya Musli Oli yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) USBO yang bingkas mempertahankan kenyataan Salleh.

Kenyataan Salleh menghina kaumnya sangat terkutuk kerana dalam perjuangan kuncinya adalah ikhlas... kalau kita membantu biarlah seperti tangan kanan menghulur tanpa disedari tangan kiri.

Kalau mahu berjuang, berjuanglah seikhlasnya tidak payah heboh-heboh macam ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.

Selepas empat tahun berlalu, tiada pun pembelaan USBO untuk memajukan ekonomi dan pendidikan anak Bajau.

Penghinaan tinggal penghinaan.

Namun baru-baru ini, Musli bingkas marah apabila bloggers Sang Kelembai didakwanya menghina orang Bajau sehingga membiarkan bukan Bajau menjadi CM walhal rumpun Bajau adalah majoriti ahli Umno di Sabah.

Apa motif Musli, pasti mahu mengampu CM yang berjiwa rakyat, Datuk Seri Musa Aman.

Semua orang tahu Sang Kelembai kawan baik Musli dan Salleh yang mengimpi jawatan CM adalah boss si Musli yang mengupahnya RM16,000 untuk memecat Seliu Liu.

Rabu, 12 Mei 2010

Salam Pertemuan Kembali





Selepas lama menyepi dan hanya berjuang bersama rakan dalam satu blog, Siti kembali menemui masyarakat atas permintaan sanak-saudara dan rakan taulan.

Dalam artikel sulung kemunculan semula ini, Siti mahu fokus kepada bicara ringkas tentang kemiskinan yang menjadi padang permainan bagi si kaya untuk menggula-gulakan rakyat.

Dengan adanya kemiskinan mudahlah si kaya memerintah.

Si miskin perlu ada wawasan untuk menghapuskan sumpahan hamba menerusi kejayan anak dalam pendidikan.

Arahan Presiden Usbo untuk memecat kakanda Seliu Liu dengan mengupah Presiden Perkosa untuk menyampainya kepada majikan Seliu Liu bukti ada usaha memiskinkan rakyat.

Yang berpotensi akan dipancung Salleh Said Keruak. Musli adalah tukang pancungnya.

Sekalung tahniah kepada Seliu Liu yang tidak mengalah kerana beliau sah pada posisi benar.

Musli adalah pesalah Kastam yang dipecat kerana terima rasuah manakala Salleh menghina Bajau Miskin dan berpelajaran rendah.

So, mereka ternyata berdosa pada kaum sendiri dan bangga melihat kaum miskin.

Mereka membela bangsa hanya pada kata-kata dusta.

Ini mirip dasar pecah dan perintah penjajah.

Ayuh anak bangsaku, jangan menjadi hamba duit seperti si Musli durjana.

Selamat berjuang anak-anak bangsa yang tertindas.