Isnin, 16 November 2009

SALLEH MENERAJU PERUBAHAN






Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman melancarkan buku tulisan `bakal' penggantinya yang menjadi pilihan Siti, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak pagi tadi.

Buku berkenaan adalah tulisan SSK dalam laman web dan blognya sepanjang kira-kira dua tahun lalu.

Selain memperkayakan khazanah bacaan, buku itu menjadi himpunan maklumat dan ilmu yang dapat dikongsikan bersama.

Mengandungi 101 artikel, buku MENERAJU PERUBAHAN ini merupakan kompilasi kedua SSK selepas yang pertama bertajuk "CATATAN SEBUAH PERJALANAN" pada September 2007.

Kandungannya lebih banyak, isu yang ditulis juga lebih luas skopnya, merangkumi pelbagai topik semasa yang berlaku di persekitaran kehidupan kita.

MENERAJU PERUBAHAN dipilih sebagai judul buku itu bertujuan mengajak pembaca supaya sentiasa bersikap terbuka, berpandangan global dan berfikir `di luar kotak'.

Kita tidak lagi boleh menyempitkan pemikiran kerana ia boleh menghalang ke arah kemajuan, terutama dalam konteks dunia yang penuh persaingan ini.