Jumaat, 29 Januari 2010

Musli Tidak Layak Jadi YB



Memang Siti pernah menulis mengenai Musli pemimpin masa depan, namun itu cerita lama.

Siti hilang kepercayaan kepada Musli sama seperti hilang kepercayaan kepada Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Rupa-rupanya Musli juga Barua Salleh sama seperti Baror Sawi dan Pardan Maji.

Mereka menang jawatan Ketua Pemuda, AJK Bahagian dan G7 atas tajaan SSK.

Musli mungkin berpelajaran tinggi berbanding Baror dan Pardan yang berpelajaran rendah tetapi level mereka sama saja.

Barua SSK dan tidak boleh berdiri sendiri tanpa wang Salleh.

Berikut komen Musli dalam blog Siti yang membuatkan Siti hilang kepercayaan kepada beliau.

Musli Oli: saya fikir kalau dapat upah orang bunuh SSK yang kamu benci itu, masalah kamu akan selesai....

barangkali kebencian kamu melalui tulisan2 sudah keterlaluan dan sukar utk dijelaskan. barangkali hanya kematian SSK sahaja yang dapat memujuk hati kamu.

Kerana Pairin yg jadi KM selama 9 tahun pun ada juga orang Tambunan tentang dan tidak setuju tetapi tidaklah seteruk yg kamu tulis.

salam MO

Ini mengingatkan Siti kepada komen rakan bloggers dalam blog Siti yang terdahulu.

Kisah musim bungar-bungaran yang ketika itu Siti berpakaian seksi dan penyokong setia SSK, Pandikar, Musli dan Almuddin Kaida.

Namun Siti masih puji kepimpinan Almuddin yang konsisten membela rakyat berbanding Salleh, Pandikar dan Musli.


BRUCE LEE berkata...
Salam Siti dan kuda berhias,

Dari sudut penulisan semua mengenali si Musli kau ini, akan tetapi dari sudut tingkahlaku Si Musli kau ini macam beruk dalam hutan tiada low lah.

Ini dunia cyber gelanggang musli kau itu.

Kau nie dari awal lagi puji betul si Musli kau nie.

Kau fikir dia nie insan kamil kah. Sehingga ianya layak jadi calun Usukan. Banyak lagi ahli politik yang lebih layak daripada dia. Cukup sudah kau puji Musli ini. Jangan nanti saya buka tembaling dia.

KUDA BERHIAS berkata...
Salam,
Bruce Lee. Saya tunggu film "dunia kiamat" yg dipromosi dalam Internet. Politik saya tak pandai. Tanam lada sya pandai. Saya dengar Musli pandai Tulis Buku. Saya tunggu buku dia yg baru.. Cuma saya nak berkongsi ini:-

"Sesungguhnya orang-orang yang suka agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui (segala perkara), sedang kamu tidak mengetahui.'' (An-Nur: 19).

abu berkata...
salam cik siti..

Membaca cerita Musli Oli, Saya rasa Musli ini lah bakal penganti sultan kebuayaan... yg pandai berhujah, berdalih dan suka berangan2 tinggi mcm mat jenin, dan selalu minta ufti dari satu kedai kopi ke kedai kopi... Layak benarlah mengganti sultan kebuayaan yg sedang gering. itu..hehe..

Akhir kata, selamat berangan2.

November 13, 2009

Pejuang Bangsa berkata...
Salam Siti,

Saudara Musli tidak melepasi saringan masalah peribadi.

Justeru itu, beliau tidak layak menjadi calun UMNO. Minta cadangan calun lain untuk diketengahkan.Nak tahu apa masalah peribadi Si Musli tanya Bruce Lee dan Kuda Berhias.

Sama-sama kita fikirkan kembali komen-komen berkenaan... selamat berjuang.

Rabu, 27 Januari 2010

Yong Teck Lee Lawat Kawasan Diabai Salleh


Siti memang banyak mendengar cerita kebaikan Datuk Yong Teck Lee disampaikan penduduk Likas dan Inanam.

Namun Siti baru mendengar cerita sebuah kampung di Dalam DUN Usukan yang tidak pernah dilawati wakil rakyatnya ketika itu Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak telah dilawati Yong.

Itulah namanya Kampung Tanjung Pasir atau rakyat setempat memanggilnya Torong Ungus.

Mengikut seorang penduduk Kampung Torong Ungus (penulis rahsiakan atas faktor keselamatan) Yong datang ke kampung itu atas pelawaan mereka selepas berpuluh-puluh jemputan ditongsampahkan Salleh.

Yong tidak keberatan memenuhi jemputan itu dan membawa bersama Salleh melawat kampung berkenaan kerana beliaulah Adun Usukan dan Ahli Parlimen Kota Belud ketika itu.

Yong menggeleng-gelengkan kepala kerana banyak rumah usang di kampung itu tidak disenaraikan dalam Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Selain tiada perhubungan jalan kampung sempurna.

Yang ada jalan kampung batu kerikil dan tanah hitam yang dibina zaman British lagi.

Salleh berdiri di bawah pokok nangka memerhatikan Yong, ligat ke sana ke sini menemui rakyat.

Yong turut bertanya rakyat di hadapan Salleh, YB kamu tidak pernah datang kah?.

"Tiada Datuk' laung mereka dan merah menyala muka Salleh menanggung malu.

Di sinilah episod ini berlaku:

Mengikut penduduk di tebing sungai Buah Bekat, Salleh telah dimalukan Datuk Yong kerana ramai rakyat miskin di situ tidak pernah mendapat pembelaaan menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Yong Teck Lee menyusur masuk ke bawah kolong (rumah) dan punya terkejutnya beliau melihat langit membiru kerana lantai rumah itu dan atapnya bocor.

Ini bukan sokongan kepada SAPP cuma mengatakan, inilah hikayat hidup pemimpin kebanggaan rakyat, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.

Isnin, 25 Januari 2010

Cerita Sedih di Tebing Sungai Buah Bekat



Siti masih menangis mendengar rintihan rakyat marhaen yang diabaikan bekas wakil rakyat mereka di Kampung Tanjung Pasir dan Tanjung Wakap, Kota Belud.

Bukan wang Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak yang dipinta tetapi keadilan beliau sebagai YAB, YB dan pak menteri.

Selama menjadi YB di Parlimen Kota Belud dan Usukan, Salleh tidak pernah melawat Tanjung Wakap sehingga terlupa rakyat kampung itu masih minum air kotor dari sumber perigi tiub, hujan, perigi dan sungai.

Apa punya pemimpin begini... asyik kejar jawatan CM tapi rakyat yang mengundi BN diketepikan.

Buah Bekat terletak di antara Kampung Tanjung Pasir dan Tanjung Wakap.

Di sinilah lahirnya tok mudim terkenal Allahyarham Mah Adan.

Buah Bekat dalam pentadbiran Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Wakap.

Kampung ini juga dikenali sebagai Empulau.

Buah Bekat adalah muara sungai yang menjadi pertemuan Suang Matai (Sungai Mati) dengan Sungai Tempasuk.

Jika di Kampung Tanjung Wakap, Salleh tidak pernah melawat, beliau pernah datang ke Kampung Tanjung Pasir atas pelawaan Datuk Yong Teck Lee (ketika itu Ketua Menteri Sabah yang melawat kampung itu).

Mengikut penduduk di tebing sungai Buah Bekat, Salleh telah dimalukan Datuk Yong kerana ramai rakyat miskin di situ tidak pernah mendapat pembelaaan menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


Yong Teck Lee menyusur masuk ke bawah kolong (rumah) dan punya terkejutnya beliau melihat langit membiru kerana lantai rumah itu dan atapnya bocor.

Inilah hikayat hidup pemimpin kebanggaan rakyat, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.

Jumaat, 22 Januari 2010

Padang Jarak Padang Tekukur



Kota Belud terutama Kampung Labuan, Wakap, Tanjung Pasir dan Tanjung Wakap bagai padang jarak padang tekukur digeledah banjir besar.

Siti risau andai masalah perparitan meliputi pengairan tertimbus, sungai dikambus dan pembetung kecil serta sedikit di laluan Kudat Bypass gagal diatasi akan mengakibatkan banjir besar berulang.

Yang menderita adalah rakyat marhaen, sudah lah sawah tiada, cari rezeki buat warung kopi diarah roboh, kini rumah ditenggelami banjir lah pula.

Nasib rakyat tidak boleh diabaikan hanya semata-mata taksub dengan kuasa dan mahu menjadikan rakyat hamba.

Hidup memang pendek tapi gunakanlah usia yang singkat itu untuk berbakti kepada rakyat bukan membelakangkan amanah yang akhirnya terjerumus dalam golongan munafik.

Siti bukan mengajar... kalau silap ulama dan ustaz tolong betulkan.

Kalau Siti dituduh bimbang dengan rakyat sehingga terlupa umur adalah singkat... Siti senangkan hati dengan memikirkan "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah nasib sendiri".

Siti mahu berusaha memberi kesedaran terhadap kepentingan membela diri dan meningkatkan ekonomi berbekalkan ilmu yang Siti ada.

Mari kita berjuang di landasan kebenaran...

Rabu, 20 Januari 2010

Siti Kembali Ke Sabah





Salam, Siti sudah kembali ke Sabah serta memilih Kota Belud tempat bermastautin dan berjuang.

Siti nekad menjadi petani miskin yang tinggal di gubuk buruk berjiran rakyat ditindas di kampung dirahsikan di Kota Belud atas faktor keselamatan.

Siti terima pelawan tok Panglima Wakap Embo Wakap dan Lamak Diki Biduk Diki serta dorongan sepupu Siti, Lim Yong Seng kawan baik Jomo Jawi-Jawi untuk berjuang bersama mereka membela rakyat tertindas.

Isnin, 18 Januari 2010

Rakyat Biasa Cabar Penasihat Sains CM



Bagai terpaku dan tersedak Siti bila membaca blog Panglima Wakap Embo Wakap, Biduk Diki Lamak Diki dan seliu-liu yang mencabar Penasihat Sains Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak supaya menjawab menggunakan kaedah sains bahawa banjir besar yang melanda Kampung Labuan dan Wakap bukan akibat Kudat Bypass cadangan SSK.

Kalau sayalah SSK, saya akan letak jawatan kerana gagal menjawab soalan rakyat biasa, tiada pendidikan dan hidup bergelumang dengan lumpur dan selut sawah yang mahukan jawapan beliau dari sudut sains.

Dari aspek lain, Siti bangga kerana orang kampung yang dihina, dirampas tanah dan dipersenda kini boleh mencabar orang yang berbangga dengan darjatnya.

Orang kampung Tanjung Wakap yang dulu terpencil dalam hutan dan tebing sungai kini bangkit membela keluarga dengan soalan yang mencabar sehingga SSK berdiam diri.

Jalan itu ilham SSK dan beliau wajib menjawab soalan rakyat yang boleh digunakan pihak berkuasa untuk menangani banjir pada masa depan.

Siti juga percaya kini semakin ramai anak petani berjaya dalam hidup dan mereka inilah golongan berilmu yang menjadi penasihat kepada ibu bapa mereka dan orang kampung.

Tahap pemikiran mereka dalam konteks banjir besar akibat Kudat Bypass gagal dijawab SSK dari sudut sains seperti mereka pinta.

Pesan saya kepada SSK... JANGANL LAGI CUBA-CUBA HINA ORANG LABUAN DAN WAKAP DAN JAWAB SOALAN KAMI - GUNAKAN FAKTA SAINS UNTUK MENYANGKAL KUDAT BYPASS BUKAN PUNCA BANJIR BESAR DI KAMPUNG WAKAP DAN LABUAN!

Jumaat, 15 Januari 2010

Falsampah Peneraju Perubahan Pemuda Umno Kota Belud Keletek Rakyat















En. Bahrul menyatakan Pemuda Umno Kota Belud menjunjung 1 malaysia, pencapaian didahulukan rakyat diutamakan (dipetik dari laman sesawang Pemuda Umno Kota Belud)

Cakap pun terbalik macam mana orang percaya - yang betul bukan menjunjung tetapi mendokong 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Ketawakan orang sehingga Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Belud tidak sedar mereka membuatkan orang bergelak ketawa.

Terbit kalender menggunakan falsampah Peneraju Perubahan.

Nak jadi Peneraju Perubahan tapi tiada kelayakan akademik yang membuat rakyat hilang respect.

Golongan profesional muda yang tinggi sekolahnya pasti tidak memandang anda sebagai Peneraju Perubahan, sebaliknya menganggap kalian Pak Belot.


Sedar-sedarlah diri tu siapa... jangan berlagak hero selaku Peneraju Perubahan tapi tidak mendampingi rakyat.

Atau takut mendampingi rakyat seperti pengasas falsampah Peneraju Perubahan, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak kerana rakyat sudah tahu tipu muslihatnya.

Khamis, 14 Januari 2010

Baror Bersama Pemuda Umno Kota Belud Yang Berkelulusan Rendah Dan Track Record Buruk Mahu Menjadi Peneraju Perubahan


Pemuda Umno Bahagian Kota Belud buat lucu lagi, terbit kalender perkenalkan diri sendiri konon Peneraju Perubahan di sebalik pengaruh SSK...

Nak jadi Peneraju Perubahan dan juara rakyat konon tapi barisan kalut yang kuat bertempit cipta kemelut yang memalukan diri sendiri!

Banyak cakap tapi tiada pelaksanaan, seperti ayam berkokok terpancut tahi kena ekornya!

Eh! Eh! Eh! Busuknya!

Kalau setakat pemimpin seperti ini Siti tidak gentarlah.

Golongan profesional muda yang tinggi sekolahnya pasti tidak memandang anda sebagai Peneraju Perubahan...

Pergilah tengok sawah rakyat yang teraniaya daripada berlagak hero tapi pengecut!


Itupun kalau pesawah teraniaya yang ramai anaknya graduan universiti memandang anda!

Eh! Eh! Eh! Kasihannya!

Selasa, 12 Januari 2010

UMNO Bahagian Kota Belud Pelopor Program `Kecundang Rakyat'





Pertama, tahniah kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak atas pelantikan sebagai Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berstatus menteri dan berkuatkuasa mulai 4 Jan lalu.

Semoga pelantikan itu tidak menyibukkan SSK sehingga terlupa perjuangan membela rakyat menerusi Umno Bahagian Kota Belud.

Kita bimbang SSK asyik memberi jawapan saya menteri sains kepada CM sehingga lupa amanah parti yang mahu menjadi `Juara Rakyat'.

Ini sama seperti akhir Disember lalu apabila tiada `Program Balik Sekolah' untuk membantu pelajar miskin membeli pakaian sekolah dan peralatan persekolahan anjuran Umno Bahagian Kota Belud kerana SSK sibuk dengan pelan logo baru BN.

Ini berbeza dengan bahagian lain di seluruh negara yang menjuarai rakyat apabila menganjurkan Program Balik Sekolah.

Dulu tak pangkah BN ketika jadi calon PBS, sekarang memandai-mandai pula gubah logo BN.

Ayah dan ibu Siti yang mengundi BN sejak pilihan raya pertama pun tidak mengilhamkan logo baru.

Kita bimbang SSK yang terkenal dengan sikap dan sifat `kecundang rakyat' gagal menunaikan amamah ahli Umno selepas menjawat jawatan baru penasihat sains CM.

Tadi Siti dengar Berita RTM mengenai program pendidikan meliputi pengesanan murid miskin layak tinggal asrama, bantuan khas pelajar miskin dan data e-kasih untuk penerima KWAMP menjadi fokus program Juara Rakyat dalam bulan Januari.

Umno Kota Belud tidak buat apa-apa pun kecuali merai kejayan SSK di KK.

Inilah bukti Umno Kota Belud amal program `kecundang rakyat'.

Isnin, 11 Januari 2010

Ustaz Kuda Berhias Hina Rakyat



Berikut petikan komen bloggers Kuda Berhias:

Allah telah berfirman di dalam Al-Quran: “….Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka sendiri mengubah nasib mereka….” (Ar-Ra’du:11)

TAFSIRAN YANG SALAH.... "sesungguhnya ORANG KB tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum di KB sehingga DSSK sendiri mengubah nasib mereka"-Tafsiran pemohon ehsan!

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Bidayatul Hidayah mengungkapkan: Sesiapa yang bertemu ulama su' (ulama kejam) larilah daripada mereka seperti takutkan harimau.

Ustaz dan ulama tolong betulkan andai kenyataan Siti silap.

Orang Wakap amat tersinggung dengan kenyataan Kuda Berhias kerana berkait rapat dengan Kudat Bypass.

Orang Wakap tidak pernah meminta DSSK mengubah nasib mereka tetapi SSK lah yang menyebabkan mereka hidup miskin.

Kudat Bypass idea Salleh tanpa menemui pemilik tanah... bah kata kakanda seliu-liu SSK buat andaian sendiri mengenai jalan itu seolah-olah harta Keruak dan Arshad.

Mereka tidak minta tolong SSK mengubah nasib mereka, cuma mahu SSK akui kesilapannya dan meminta maaf kepada mereka.

Siti ramai kawan di Kampung Wakap dan Tanjung Wakap dan amat memahami bahawa mereka ini bukan jenis suka meminta-minta.

Datanglah rumah SSK, kalau Kuda Berhias nampak orang Wakap minta sedekah sana, bermakna Kuda Berhias ini memang layak jadi ulama dan betullah maksud hadis songsang saudara "sesungguhnya ORANG KB tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum di KB sehingga DSSK sendiri mengubah nasib mereka"-Tafsiran pemohon ehsan!

Ahad, 10 Januari 2010

Salleh Nak Jadi Panglipurlara



Selepas SSK mengeluarkan kenyataan perlahan-lahan tangkap monyet atau Slowly slowly catch the monkey yang ditujukan khas kepada bloggers mempersendakan kepemimpinannya, muncul dua bloggers baru iaitu Panglima Wakap Embo Wakap (http://lamakdiki@blogspot.com) dan Lamak Diki Biduk Diki (http://bidukdiki@blogspot.com) turut sama mempersenda Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.

Sudah dapat tangkap bloggers cerdik itu kah datuk seri... maaf ya maruah dan perjuangan kami bukan untuk dijual!

Datuk Seri Panglima SSK hanyalah seorang panglipurlara yang bijak berkata tapi berinti dusta... racun berbisa?

HAYATI LIRIK LAGU INI - PANGLIPURLARA SALLEH NAK JADI CM

BOLEH KAH SALLEH MENJADI KETUA MENTERI
SEDANG USUKAN YANG DTINGGALNYA
MUDUR LAH BANA
SAWAH ORANG KULAMBAI TIADA AIRNYA
BEGITU JUGA DI SUANG PUNGGUR

LUPA KAH KAU ADUHAI SSK
ORANG LABUAN, WAKAP, SEMBIRAI
JAWI-JAWI, TANJUNG PASIR, TANJUNG WAKAP
BEGITU JUGA TAUN GUSI II
KEHILANGAN SAWAH BUAT JALAN RAYA

BINA WARUNG DIUSIR LAH PULA
INI SEMUA KAU PUNYA ANGKARA

PERLUKAH KITA MENGUNDI SSK
TOLAK SAJALAH KERANA DIA ZALIM

NAK REBRANDING LOGO BN
SELEPAS USBO GAGAL MEMBELA
RAKYAT MISKIN DAN
BERPELAJARAN RENDAH
YANG KAU HINA
INI PANGLIPURLARA PUNYA CERITA.

Khamis, 7 Januari 2010

UMNO Bahagian Kota Belud Lemah Membela Ahlinya!



















Ketika Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Umno semua bahagian (Kecuali Kota Belud) membawa anak orang miskin membeli pakaian dan keperluan sekolah... ke mana pemimpin bahagian dan sayap parti Umno Bahagian Kota Belud?











Ke mana SSK, Baror Sawi, Eyung Latun dan Masnatu Satong ketika ramai orang miskin anak ahli Umno Bahagian Kota Belud memerlukan wang untuk menyekolahkan anak pada sesi persekolahan 2010?

Orang miskin memerlukan perjuangan membantu mereka!

Adakah mereka lupa jasa ahli Umno yang memilih mereka sehingga memegang jawatan sekarang?

Kalau asyik bercerita kehebatan Umno membela rakyat tapi tidak berbuat apa-apa sia-sia saja harapan rakyat!

Itu perjuangan palsu untuk kepentingan diri sendiri!

SSK mahu kembali menerajui Umno Bahagian Kota Belud kerana mahu kembali berkuasa sebagai Ketua Menteri Sabah!

Baror pula bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Belud kerana mahu mempertahankan projeknya dan legasi bossnya, TSP.

Pada masa sama Baror ada hajat mahu jadi YB Parlimen Kota Belud ganti Datuk Abdul Rahman Dahlan dan mencaturkan SSK bakal YB Usukan dan TSP di DUN Tempasuk.


Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Belud, Eyung Latun seperti kita sedia maklum memang tiada harapan jadi YB namun ada semangat memimpin pergerakan Wanita Umno Bahagian.

Entah apa misinya kita tak pasti?

Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Belud, Masnatu Satong pula masih samar-samar perjuangannya.


Kasihan orang Kota Belud hanya diperalatkan untuk mengundi SSK dalam pilihan raya dan pemilihan Umno Bahagian.

Dan selepas menang rakyat serta perwakilan akan ditinggalkan.

Jumpa semula pada pilihan raya atau pemilihan akan datang dengan menghulurkan RM50 saja!

Tak sedar-sedar diri juga rakyat Kota Belud diperalatkan...

Harap akan datang ia tidak berulang!

Undilah pemimpin yang ada wawasan membela rakyat bukannya yang asyik melobi jadi YB biarpun tahu dirinya gagal...

Rakyat minum air kotor dan bangsa Bajau dihina miskin dan berpelajaran rendah itulah bukti kegagalan SSK!

Ketika Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Umno semua bahagian (Kecuali Kota Belud) membawa anak orang miskin membeli pakaian dan keperluan sekolah... ke mana pemimpin bahagian dan sayap parti Umno Bahagian Kota Belud?

Sembunyi atau sibuk menjenamakan logo parti... tak payah fikir tu Datuk Seri kerana BN masih kuat di Sabah.


Yang lemah adalah rakyat tak dibela dan asyik dijadikan hamba wang RM50...

Mana juga pembelaan untuk orang Bajau yang SSK hina miskin dan berpelajaran rendah selapas rebranding USBO tiga tahun lalu!

Bayak cakaplah kamu orang ini tapi gagal!

Rabu, 6 Januari 2010

Slowly slowly catch the monkey says SSK


Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak ketika diminta mengulas kritikan pedas majoriti bloggers Kota Belud terhadapnya berkata - Slowly slowly catch the monkey.

Nampa gayanya bloggers Kota Belud seperti Kakak Kelapa Mawar, kak Idahan dan abang seliu-liu berjaya meruntuhkan keegoan pemimpin mengagungkan diri dan legasi familinya ini sehingga mengeluarkan kenyataan menghina diri sendiri dengan menyamakan manusia dengan monyet.

Siti bukan uztazah... andai silap terjemahan ayat al-Quran ini tolong betulkan para ulama dan ustaz.

"Hai manusia, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan perempuan dalam bentuk dan keadaan sebaik-baiknya (QS. at-Tiin (9)

Jelas membuktikan manusia itu makhluk Allah paling sempurna dan tidak boleh disamakan dengan binatang.

Apakah isu bloggers seperti air kotor, jalan raya menindas rakyat, Kota Belud termiskin di Malaysia dan Umno Bahagian KB yang gagal dipimpin SSK kerana asyik kejar jawatan CM itu silap.

Adakah juga pendedahan Siti mengenai perangai bakal YB Baror Sawi silap... kalau silap kenapa keruak.com dan lam web pemuda Umno KB tidak betulkan...

Selasa, 5 Januari 2010

SSK, Baror, TSP dan Pardan di Ambang Kota Belud Bumi Subur Yang `Kontang' Ekonomi








Kota Belud hanyalah umpama tanah subur yang kontang di bawah kepimpinan SSK, TSP dan Baror...

TSP semasa pemerintahannya di DUN Tempasuk menjalankan projek berat sebelah iaitu bina jalan bernilai jutaan Ringgit di kawasan Iranun, buat ladang getah bernilai Ratusan Ribu Ringgit di perkampungan KDM dan buat jambatan hanya bernilai RM500 di kampung masyarakat Bajau.

"tetapi esok dan hari hari mendatang tidak menjanjikan apa apa jika kita leka dan tidak berusaha. kita tinggalkan 2009 dalam lipatan kenangan, kita tempuh 2010 dgn penuh cabaran"....

Kata-kata Baror Sawi ini menggambarkan betapa rendahnya martabat orang lain yang ditinggalnya dalam belukar syabu, ubat batuk dan besaung.

Juga penghinaan kepada perwakilan yang dibelinya RM50 seorang ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Kota Belud.

Setakat berpesan apa halnya, bagus gunakan sedikit harta rakyat yang kamu bolot untuk menyediakan perniagaan kecilan kepada mereka supaya meninggalkan tabiat yang melekakan.

Ya lah... ahli-ahli Umno terutama anggota pemuda memang berusaha cuma keadaan tidak mengizinkan kerana mereka tiada kabel di atas untuk meminta projek bukan macam Baror Sawi guna saja jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Kota Belud dan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Sabah, projek datang melimpah ruah macam emas....

Mungkin saudara Baror juga terlupa yang anda leka berusaha mencari harta sehingga terlupa peranan sebagai Ketua Pemuda yang diamahkan perwakilan (perwakilan dibeli RM50 seorang).

Anda lupa menyediakan prasarana pertanian, perniagaan kecil-kecilan dan penubuhan konsortium kontraktor untuk bersama merebut projek yang ada dengan syarat jangan terlebih makan sehingga rakyat yang menderita.

Cakap memang mudah... apa kah kelekaan yang dimaksudkan Baror kita tidak tahu...

Mengutuk orang (Baror suka kutuk Datuk Musbah Jamli dan orang-orangnya)... itu juga tersenarai sebagai leka berusaha menjatuhkan orang lain bah encik... itu bukan persaingan sihat! Itu leka namanya!

Saya tidak pernah nampak Baror melawat rakyat miskin yang perlukan duit menyekolahkan anak pada sesi persekolahan 2010... ini pun leka juga... ops lalai!

Baror ini sama sahaja dengan Datu Seri Panglima Salleh Salleh Said Keruak asyik bercakap tapi rakyat menderita tidak diambil tahu...

Itu namanya tidak berusaha membela rakyat... itu namanya leka mengejar kekayaan dan pangkat tetapi bila memperolehinya lalai dan enggan menunaikan amanah.

Pardan Maji Si Ulun SSK tu pun sama juga, konon-kononnya mahu buat statement ibu bapa perlu membantu program anti dadah di sekolah sehingga terlupa kawan baiknya si Baror juga masih ada peninggalan pengaruh kepada muda-mudi yang kekal menjadi penagih dadah, ubat batu dan sabung ayam..

Pardan tidak layak membuat kenyataan itu kerana dia hanyalah graduan universiti Ulun Langau Lemiang.

TSP pula ketika pemerintahannya menjalankan projek berat sebelah iaitu bina jalan jutaan Ringgit di kawasan Iranun, buat ladang getah Ratusan Ribu Ringgit di Kampung KDM dan buat jambatan RM500 di kampung Bajau.

Sebab itulah... Kota Belud hanyalah umpama tanah subur yang kontang di bawah kepimpinan SSK, TSP dan Baror...

Sabtu, 2 Januari 2010

Baror Sawi Nak Jadi Ustaz: Azam Tahun Baru 2010


hari ini lebih baik dpd kelmarin,kita mengharapkan esok lebih baik dpd hari ini,tetapi esok dan hari hari mendatang tidak menjanjikan apa apa jika kita leka dan tidak berusaha.kita tinggalkan 2009 dalam lipatan kenangan, kita tempuh 2010 dgn penuh cabaran.kita doakan kejayaan bersama...

Itulah mesej tahun baru 2010, Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Belud, Dato' Seri Baharol Sawi...

Nak jadi ustazlah pula....

Dia mungkin terlupa atau tidak mengkaji bahawa kata-katanya itu adalah terjemahan HADIS iaitu Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda "hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini....

Berikut ini petikan komen dalam blog Siti daripada seorang bernama Manuk.

Apabila bekas penagih syabu, ubat batuk dan kaki besaung, juga suka mengadu domba keburukan orang lain kepada SSK, TSP, pemimpin tertentu dan pengikutnya, mengatakan sebegini...

hari ini lebih baik dpd kelmarin,kita mengharapkan esok lebih baik dpd hari ini,tetapi esok dan hari hari mendatang tidak menjanjikan apa apa jika kita leka dan tidak berusaha.kita tinggalkan 2009 dalam lipatan kenangan, kita tempuh 2010 dgn penuh cabaran.kita doakan kejayaan bersama...


Boleh Percaya atau percayakah anda?

Sedang orang itu suka mengadu domba keburukan orang lain kepada SSK, TSP, pemimpin tertentu dan pengikutnya...

Adakah sikap ini bukan leka namanya...

Pandai bercakap tetapi pada masa sama menyalahgunakan kuasa sebagai ketua pemuda umno kb untuk mengaut kekayaan itu usaha juga kah namanya?

bukankah itu sikap orang leka membolot harta sehingga lupa amanah parti dan perwakilan yang mengundi anda...

Opps istilah baharul silap sebenarnya... bukan leka tapi LALAI bah yang betul!!!

Jawab Siti: Kekayaan yang ada dan pangkat dikecapi bukanlah key perfomance indicator hakiki sesebuah kejayaan atau seseorang itu berfikiran jauh (tidak leka)... dari mana itu kekayaan dan pangkat?

Dapat projek tapi makan habis pun leka namanya kerana memburu harta hingga lari dari perjuangan parti ya Baror Sawi...

Diangkat jadi pemimpin tapi lupa amanah... lalai namanya Baror Sawi...

Anda ada lawat ahli Umno Saudara Mukaris Haji Etok yang kehilangan rumah dalam tragedi kebakaran... pernah bantu kah?

Kalau tidak, lalai juga namanya itu....

Adakah anda menunaikan amanah sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian dengan mendapatkan maklumat daripada ketua pemuda cawangan bahawa ada ahli Umno yang menderita...

Maklumat itu penting untuk disalurkan kepada Ketua Bahagian.....

Kalau tiada encik Baror tidak payah keluar fatwalah kerana sendiri leka memburu harta dan pangkat sehingga lupa amanah perwakilan umno...

Jumaat, 1 Januari 2010

Imbasan 2009: Kudat Bypass Isu Hangat 2009, SSK Ternyata Menindas Rakyat, 2010 Tahun Mencabar Pembasmian Kemiskinan di Kota Belud




05/12/2006:

JALAN KOTA BELUD-KUDAT BY-PASS HAMPIR SIAP
Category: General

Posted by: keruak
KOTA BELUD: Projek pembinaan jalan raya Kota Belud-Kudat By-Pass yang dinantikan ramai pengguna kini sudah pada peringkat akhir pelaksanaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Projek berharga RM39,183,390 itu meliputi lapan kilometer dari KM75.6 ke KM85.3 Jalan Kudat, bakal mengatasi masalah kesesakan di kawasan pekan Kota Belud yang dialami sejak sekian lama.

Menerusi jalan pintas baru itu, pengguna dari ibu negeri menuju ke bahagian utara Sabah dan sebaliknya tidak lagi perlu memasuki kawasan pekan.

Mengikut perancangan, projek berkenaan dijadualkan siap pada 14 Januari 2007.

Apabila dibuka kepada lalulintas kelak, projek berkenaan bukan saja memanfaatkan pengguna jalan raya tetapi juga penduduk kampung di sepanjang laluan baru berkenaan, sekali gus menggerakkan kegiatan sosioekonomi penduduk setempat.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak, ketika ditemui baru-baru ini berkata projek jalan raya berkenaan bukan saja mengatasi masalah kesesakan lalulintas di sekitar pekan, tetapi juga memendekkan perjalanan ke utara Sabah .

Berikutan jalan yang lebih singkat, maka masa perjalanan juga akan dapat dikurangkan.

Salleh berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek pembangunan jalan raya yang dilaksanakan di kawasan Parlimen Kota Belud.

Projek jalan yang dilaksana ialah Ranau By-Pass sejauh 34 kilometer dengan kos RM48,228,275 yang sudah pun siapkan pada tahun 2002.

Projek berkenaan juga banyak membantu pembangunan ekonomi setempat selain memudahkan pengguna jalan raya ke daerah Ranau.

(Petikan Keruak.com. 15/12/2006)

Di sebalik isu membelakangkan rakyat ini, MP dan ADUN di Kota Belud perlu bekerja keras melaksanakan projek jalan raya yang tidak bersifat menindas rakyat pada masa depan.

Ini termasuk menaiktaraf jalan Kampung Kinata.

Projek peningkatan ekonomi seperti pertanian, perikanan dan pelancongan inap desa harus dilaksanakan.

Projek berkenaan hendaklah mengutamakan kebajikan bukan penindasan seperti Kudat Bypass.

Salleh tidak pernah jumpa pemilik sawah yang kehilangan tanah seperti dalam laporan keruak.com ini, sebaliknya membuat kesimpulan sendiri.

Dahulukan rakyat dalam konteks implementasi bukan kata indah yang menghina rakyat jelata.

Contohnya, jikalau melibatkan tanah jangan ditanya orang lain seperti dilakukan SSK sehinga rakyat menderita hilang rezeki seperti coretan berterusan seliu-liu lewat blognya.

Siti bagi lima bintang kepada kakak Kelapa Mawar, Solymone dan seliu-liu yang serius membela rakyat tertindas.

Salam 2010.. cemerlang menegak kebenaran bukan hebat pada kata-kata seperti SSK, TSP dan Baror Sawi al ubat batuk na sabung ayam...