Rabu, 4 November 2009

Bana itu Kacukan Bajau-Cina

Artikel ini dipetik dari laman sesawang blogger Kota Belud, saya menggemarinya kerana ada kaitan dengan susur galur keluarga dan kaum saya.

Penulisan emosional dan kesukuan yang tidak sesuai dengan gagasan 1Malaysia.

Tiada statistik kaum disertakan untuk mengukuhkan fakta mana kaum majoriti dan minoriti dan siapa pemimpin Bajau yang dikaitkan mengangkat saudara sebangsa Cina saya ke dalam G7 Umno.

Itu pandangan saya, jangan marah ya... ini bukan juga pandangan kaum Bajau saya.

Biarpun Suku kaum bajau di KB, merupakan suku kedua terbanyak selepas suku kaum Dusun/Kadazan, yang mendiami daerah Pantai barat ini, namun suku Kaum bajau di Kota Belud sudah lama melakar sejarah politiknya. TUN SAID KERUAK, adalah antara tokoh dari suku ini yang Berjaya menyandang jawatan Tuan Yang terutama negeri Sabah. Anaknya Datuk Salleh Tun Said juga pernah menjawat jawatan tertinggi , Ketua Menteri Sabah, selain daripada beberapa jawatan penting dalam kerajaan. Perbincangan kali ini lebih tertumpu kepada prosesisasi dan urbanisasi suku kaum bajau dalam dunia politik di daerah KB serta natijahnya kepad parti berkenaan.

Biarpun suku kaum Dusun/ Kadazan majority di KB, namun daerah ini lebih diikenali sebagai daerah Bajau kerana suku kaum ini ternyata lebih menonjol dari aspek kepimpinan dan kebudayaan. Biarpun begitu, kuasa politik ‘bajau’ dilihat masih diimbangi oleh politik suku kaum Iranun yang hamper-hampir mempunyai budaya yang sama. Kesamaan dari segi agama dan nilai hidup, itu yang mungkin membolehkan dua suku ini bergerak dalam satu aliran mazhab fahaman politik yang sama. Sebab itu sebut saja..UMNO di KB..sinonimnya adalah ‘Bajau”..

Kuasa politik suku kaum Bajau di KB, menyaksikan beberapa orang pemimpin dari suku ini mendominasi UMNO bahagian KB. Datuk Salleh Tun Said, Hj. Musbah Jamli, Japlin Akim, kemudian tokoh baru orang Tuaran, Sdr.Rahman Dahlan..juga adalah dari suku kaum bajau.dan banyak lagi yang masih mencari tapak untuk mendirikan teratak politik peribadi mereka. Antara tokoh yang baru sahaja memenangi pemilihan wakil 7, ialah SDR Serin Dan SDR Idris Nanti yang dikatakan orang kuat DSSK. Akhirnya kita lihat UMNO KB seakan-akan di ‘Bajau’kan, sehingga amat sukar dipecahkan tradisi kepimpinan UMNO KB itu daripada jatuh ke tangan suku kaum lain.

Sekalipun Dua tokoh pemimpin Bajau iaitu DSSK dan Dt. Hj. Musbah sebagai tidak sependapat dan sealiran sehingga bahagain UMNO dikatakan terbahagi kepada beberapa team-team tertentu mengikut kecenderungan kepada pemimpin terbabit, namun ia masih lagi memberikan kekuatan moral kepada suku kaum bajau di Kb ini. DSSK bukan sahaja Berjaya merampas ketua bahagian UMNO KB dengan penuh tragis tetapi juga dikatakan banyak menimbulkan idea-idea perpecahan di kalangan kaum Bajau di KB. Hj. Musbah dicop sebagai orang MUSA AMAN yang turut menyusun strategi menjahanamkan DSSK dan konco-konconya daripada UMNO KB. Sama ada benar atau tidak…sukar untuk kita membahaskannya, kerana permainan politik bukannya seperti permainan Bowrling atau kriket.Apa yang nyata, DSSK sekali lagi diterima perwakilan sehingga mampu menjadi ketua bahagian UMNO KB sekali lagi.

Natijah daripada itu ialah orang-orang kuat DSSK kembali aktif dalam parti UMNO KB. SDR SERIN dan IDRIS NANTI adalah antara tokoh yang dikaitkan secara rapat dengan DSSK. Kemenangan orang-prang ini dalam pemilihan wakil G7 baru-baru ini sekali lagi menjadi buat mulutmasyarakat Kota Belud. Namun yang demikian, ada lagi yang paling mengejutkan iaitu apabila Orang Cina yang diistilahkan oleh Dayang Wulan sebagai “bukan teras’ dalam UMNO juga turut mendapat tempat. Selain daripada kerana kekuatan sampul berkepala raja…kerapatan dengan DSSK juga antara faktornya. Akibat secara langsung dari kemenangan seorang"cina" ini ialah UMNO KB seakan turut di "Cina "kan selain selama ini di " Bajau "kan.


Kalau kesan penjajahan Portugis di Melaka,melahirkan golongan BABA NONYA..mungkin UMNO di Kota Belud pula…mewujudkan golongan BANA ( BA = BAjau, NA = ciNA). Dan kalau dalam bahasa Bajau KB, BANA membawa maksud BENAR/BETUL.