Ahad, 15 November 2009

Kota Belud Pesat Membangun Seiring Wawasan 2020








ADA yang marah sama Siti bila Siti katakan, CM Musa Aman terhutang budi kepada Musli dan kata mereka Umno itu sendiri yang terhutang budi kerana tanpa Musli jawatan CM tidak akan disandang parti itu sepanjang masa.

Hebatnya perjuangan warga Kota Belud.

Kota Belud daerah asal-usul atuk Siti, sebelah ibu memang daerah unggul di Bumi Malaysia.

Mana ada daerah lain di Borneo yang ada dua bekas Ketua Menteri dari susur galur keluarga sama... kecuali famili Tun Said Keruak.

Mana ada daerah memiliki pakej istimewa muka buminya yang diliputi laut, belantara, gunung-ganang, air terjun, sungai dan kebudayaan pelbagai etnik melainkan Kota Belud.

Tanah juga subur untuk pertanian. Siti kagum menjadi sebahagian daripada warga daerah Kota Belud biarpun tidak pernah menetap di situ.

Namun ibu Siti sering bercerita kepada Siti tentang keistimewaan Kota Belud.

Berdasarkan pembangunan Kota Belud (Siti petik dari laman sesawang Keruak.com) termasuk artikel Kota Belud dari pekan koboi kini bandar satelit, ternyata kemajuan daerah ini mendahului daerah lain.

Kota Belud mendahului zamannya.

Rakyat Kota Belud berbanggalah dengan kejayaan legasi famili Tun Said yang merintis dan merealisasikan kemajuan ini.

Kota Belud tidak akan tertinggal dari arus perdana pembangunan negara dan Kota Belud tidak akan menjadi punca kegagalan Wawasan 2020 seperti dibimbangi oleh Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri, Datuk Haji Musbah Jamli.

Kenyataan kononnya Kota Belud antara daerah termiskin di Malaysia hanyalah propaganda pihak tertentu untuk menidakkan kegemilangan `empayar' Tun Said yang memercu keterbilangan daerah ini.

Ini dibantu pembabitan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Lihatlah Tempasuk pada era Pandikar, tiada kemiskinan relatif pun dan jauh sekali kemiskinan tegar.

Semua rakyat minum air paip termasuk paip graviti dan tiada pula guna perigi dan perigi pam, semua kampung ada elektrik (nyaun makai lampung pam) dan rangkaian jalan raya aspal ada di semua kampung.

Lain lagi ladang getah di perkampungan Kadazandusun manakala orang Bajau dapat jambatan gantung.

Cuma Siti bimbang, kejayan itu mula merudum selepas ketiadaan Salleh dan Pandikar dalam landskap YB Kota Belud.

Tidak apa, akan datang mereka akan muncul semula dengan Pandikar menjadi TYT, Salleh CM, Timbalan Presiden PBS, Almuddin Kaida DCM dan aktivis masyarakat, Musli Oli selaku Ahli Parlimen.

Kita sama-sama tunggu ya.


Salam perjuangan.