Ahad, 15 November 2009

Kota Belud oh Kota Belud...semerbak namamu di planet bumi



Siti dapat komen ini: Mana ada air paip di kampung-kampung dari zaman TSP (Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia) dan DSSK (Datuk Seri Salleh Said Keruak) sehingga sekarang ini, apa lagi miskin tegar. Bukankah KB (Kota Belud) sampaikan diisthiarkan menjadi daerah termisikin di Sabah. - Blogers Bruce Lee.

Bruce Lee oh Bruce Lee itulah kamu ni langsung tidak mengenal dek untung, umpama kapal besar yang tiada nahkoda.

Ketika era TSP menjadi Menteri Perhubungan dan Kerjaraya semua masalah loji penapisan air bersih dan saluran paip berjaya diselesaikan membolehkan semua rakyat KB kini menikmati bekalan air bersih termasuk paip graviti. Tiada lagi minum air lopak, perigi, telaga tiub dan air hujan.. eh eh eh eh rabunkah atau buat-buat rabun.

Ketika TSP menjadi Menteri Pertanian dan Perikanan masalah pengairan sawah dan jeti pendaratan ikan berjaya dibereskan. Siapa yang untung orang kita juga Bruce Lee.

Ketika DSP menjadi Menteri Belia dan Sukan Sabah - belia Kota Belud memperoleh peluang besar mengikuti pelbagai latihan untuk pembangunan modal insan. Eh eh Bruce Lee tak ikutkah program berfaedah itu atau ketika itu u di Hong Kong belajar kungfu.

SSK jangan ditanya kerana era kegemilangan Sabah dicapai ketika beliau menjadi Ketua Menteri... Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) yang menarik ribuan pelabur domestik dan global memberi peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat khususnya Kota Belud.

Kudat Bypass menjadikan Kota Belud persinggahan pelancong antarabangsa kerana wujud pelbagai produk pelancongan antaranya di Rampayan Laut (Pusat Kraftangan Iranun dan Ladang Burung Unta).

Siapa yang untung... orang kita juga Bruce Lee sayang. Lainlah kalau u ini hanya pandai komen tapi tidak reti berusaha (maaf usik mengujik aje).

U ini tidak ubah seperti bloggers chips more yang asyik mengkritik Kudat Bypass konon jalan penindasan padahal orang kampung dia ramai dapat pampasan... ada yang jadi jutawan pun.

Kuda Berhias juga satu hal... adakah dikatanya dia hanya pandai tanam lada dan tidak tahu berbicara... jelapang padi yang diasaskan Salleh kan ada... tanamlah padi kerana bil import beras Sabah mencecah RM900 juta setahun.

Ada RM1 bilion berlegar di sawah daerah anda dan terserah kepada pesawah untuk mengaut labanya.

Maafkan Siti... hanya gurauan tapi berisi.