Rabu, 27 Januari 2010

Yong Teck Lee Lawat Kawasan Diabai Salleh


Siti memang banyak mendengar cerita kebaikan Datuk Yong Teck Lee disampaikan penduduk Likas dan Inanam.

Namun Siti baru mendengar cerita sebuah kampung di Dalam DUN Usukan yang tidak pernah dilawati wakil rakyatnya ketika itu Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak telah dilawati Yong.

Itulah namanya Kampung Tanjung Pasir atau rakyat setempat memanggilnya Torong Ungus.

Mengikut seorang penduduk Kampung Torong Ungus (penulis rahsiakan atas faktor keselamatan) Yong datang ke kampung itu atas pelawaan mereka selepas berpuluh-puluh jemputan ditongsampahkan Salleh.

Yong tidak keberatan memenuhi jemputan itu dan membawa bersama Salleh melawat kampung berkenaan kerana beliaulah Adun Usukan dan Ahli Parlimen Kota Belud ketika itu.

Yong menggeleng-gelengkan kepala kerana banyak rumah usang di kampung itu tidak disenaraikan dalam Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Selain tiada perhubungan jalan kampung sempurna.

Yang ada jalan kampung batu kerikil dan tanah hitam yang dibina zaman British lagi.

Salleh berdiri di bawah pokok nangka memerhatikan Yong, ligat ke sana ke sini menemui rakyat.

Yong turut bertanya rakyat di hadapan Salleh, YB kamu tidak pernah datang kah?.

"Tiada Datuk' laung mereka dan merah menyala muka Salleh menanggung malu.

Di sinilah episod ini berlaku:

Mengikut penduduk di tebing sungai Buah Bekat, Salleh telah dimalukan Datuk Yong kerana ramai rakyat miskin di situ tidak pernah mendapat pembelaaan menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Yong Teck Lee menyusur masuk ke bawah kolong (rumah) dan punya terkejutnya beliau melihat langit membiru kerana lantai rumah itu dan atapnya bocor.

Ini bukan sokongan kepada SAPP cuma mengatakan, inilah hikayat hidup pemimpin kebanggaan rakyat, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.