Selasa, 12 Januari 2010

UMNO Bahagian Kota Belud Pelopor Program `Kecundang Rakyat'





Pertama, tahniah kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak atas pelantikan sebagai Penasihat Sains kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berstatus menteri dan berkuatkuasa mulai 4 Jan lalu.

Semoga pelantikan itu tidak menyibukkan SSK sehingga terlupa perjuangan membela rakyat menerusi Umno Bahagian Kota Belud.

Kita bimbang SSK asyik memberi jawapan saya menteri sains kepada CM sehingga lupa amanah parti yang mahu menjadi `Juara Rakyat'.

Ini sama seperti akhir Disember lalu apabila tiada `Program Balik Sekolah' untuk membantu pelajar miskin membeli pakaian sekolah dan peralatan persekolahan anjuran Umno Bahagian Kota Belud kerana SSK sibuk dengan pelan logo baru BN.

Ini berbeza dengan bahagian lain di seluruh negara yang menjuarai rakyat apabila menganjurkan Program Balik Sekolah.

Dulu tak pangkah BN ketika jadi calon PBS, sekarang memandai-mandai pula gubah logo BN.

Ayah dan ibu Siti yang mengundi BN sejak pilihan raya pertama pun tidak mengilhamkan logo baru.

Kita bimbang SSK yang terkenal dengan sikap dan sifat `kecundang rakyat' gagal menunaikan amamah ahli Umno selepas menjawat jawatan baru penasihat sains CM.

Tadi Siti dengar Berita RTM mengenai program pendidikan meliputi pengesanan murid miskin layak tinggal asrama, bantuan khas pelajar miskin dan data e-kasih untuk penerima KWAMP menjadi fokus program Juara Rakyat dalam bulan Januari.

Umno Kota Belud tidak buat apa-apa pun kecuali merai kejayan SSK di KK.

Inilah bukti Umno Kota Belud amal program `kecundang rakyat'.