Jumaat, 22 Januari 2010

Padang Jarak Padang Tekukur



Kota Belud terutama Kampung Labuan, Wakap, Tanjung Pasir dan Tanjung Wakap bagai padang jarak padang tekukur digeledah banjir besar.

Siti risau andai masalah perparitan meliputi pengairan tertimbus, sungai dikambus dan pembetung kecil serta sedikit di laluan Kudat Bypass gagal diatasi akan mengakibatkan banjir besar berulang.

Yang menderita adalah rakyat marhaen, sudah lah sawah tiada, cari rezeki buat warung kopi diarah roboh, kini rumah ditenggelami banjir lah pula.

Nasib rakyat tidak boleh diabaikan hanya semata-mata taksub dengan kuasa dan mahu menjadikan rakyat hamba.

Hidup memang pendek tapi gunakanlah usia yang singkat itu untuk berbakti kepada rakyat bukan membelakangkan amanah yang akhirnya terjerumus dalam golongan munafik.

Siti bukan mengajar... kalau silap ulama dan ustaz tolong betulkan.

Kalau Siti dituduh bimbang dengan rakyat sehingga terlupa umur adalah singkat... Siti senangkan hati dengan memikirkan "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang mengubah nasib sendiri".

Siti mahu berusaha memberi kesedaran terhadap kepentingan membela diri dan meningkatkan ekonomi berbekalkan ilmu yang Siti ada.

Mari kita berjuang di landasan kebenaran...