Isnin, 25 Januari 2010

Cerita Sedih di Tebing Sungai Buah Bekat



Siti masih menangis mendengar rintihan rakyat marhaen yang diabaikan bekas wakil rakyat mereka di Kampung Tanjung Pasir dan Tanjung Wakap, Kota Belud.

Bukan wang Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak yang dipinta tetapi keadilan beliau sebagai YAB, YB dan pak menteri.

Selama menjadi YB di Parlimen Kota Belud dan Usukan, Salleh tidak pernah melawat Tanjung Wakap sehingga terlupa rakyat kampung itu masih minum air kotor dari sumber perigi tiub, hujan, perigi dan sungai.

Apa punya pemimpin begini... asyik kejar jawatan CM tapi rakyat yang mengundi BN diketepikan.

Buah Bekat terletak di antara Kampung Tanjung Pasir dan Tanjung Wakap.

Di sinilah lahirnya tok mudim terkenal Allahyarham Mah Adan.

Buah Bekat dalam pentadbiran Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tanjung Wakap.

Kampung ini juga dikenali sebagai Empulau.

Buah Bekat adalah muara sungai yang menjadi pertemuan Suang Matai (Sungai Mati) dengan Sungai Tempasuk.

Jika di Kampung Tanjung Wakap, Salleh tidak pernah melawat, beliau pernah datang ke Kampung Tanjung Pasir atas pelawaan Datuk Yong Teck Lee (ketika itu Ketua Menteri Sabah yang melawat kampung itu).

Mengikut penduduk di tebing sungai Buah Bekat, Salleh telah dimalukan Datuk Yong kerana ramai rakyat miskin di situ tidak pernah mendapat pembelaaan menerusi Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).


Yong Teck Lee menyusur masuk ke bawah kolong (rumah) dan punya terkejutnya beliau melihat langit membiru kerana lantai rumah itu dan atapnya bocor.

Inilah hikayat hidup pemimpin kebanggaan rakyat, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak.