Jumaat, 1 Januari 2010

Imbasan 2009: Kudat Bypass Isu Hangat 2009, SSK Ternyata Menindas Rakyat, 2010 Tahun Mencabar Pembasmian Kemiskinan di Kota Belud




05/12/2006:

JALAN KOTA BELUD-KUDAT BY-PASS HAMPIR SIAP
Category: General

Posted by: keruak
KOTA BELUD: Projek pembinaan jalan raya Kota Belud-Kudat By-Pass yang dinantikan ramai pengguna kini sudah pada peringkat akhir pelaksanaan dan dijangka siap tidak lama lagi.

Projek berharga RM39,183,390 itu meliputi lapan kilometer dari KM75.6 ke KM85.3 Jalan Kudat, bakal mengatasi masalah kesesakan di kawasan pekan Kota Belud yang dialami sejak sekian lama.

Menerusi jalan pintas baru itu, pengguna dari ibu negeri menuju ke bahagian utara Sabah dan sebaliknya tidak lagi perlu memasuki kawasan pekan.

Mengikut perancangan, projek berkenaan dijadualkan siap pada 14 Januari 2007.

Apabila dibuka kepada lalulintas kelak, projek berkenaan bukan saja memanfaatkan pengguna jalan raya tetapi juga penduduk kampung di sepanjang laluan baru berkenaan, sekali gus menggerakkan kegiatan sosioekonomi penduduk setempat.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Seri Salleh Said Keruak, ketika ditemui baru-baru ini berkata projek jalan raya berkenaan bukan saja mengatasi masalah kesesakan lalulintas di sekitar pekan, tetapi juga memendekkan perjalanan ke utara Sabah .

Berikutan jalan yang lebih singkat, maka masa perjalanan juga akan dapat dikurangkan.

Salleh berkata projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek pembangunan jalan raya yang dilaksanakan di kawasan Parlimen Kota Belud.

Projek jalan yang dilaksana ialah Ranau By-Pass sejauh 34 kilometer dengan kos RM48,228,275 yang sudah pun siapkan pada tahun 2002.

Projek berkenaan juga banyak membantu pembangunan ekonomi setempat selain memudahkan pengguna jalan raya ke daerah Ranau.

(Petikan Keruak.com. 15/12/2006)

Di sebalik isu membelakangkan rakyat ini, MP dan ADUN di Kota Belud perlu bekerja keras melaksanakan projek jalan raya yang tidak bersifat menindas rakyat pada masa depan.

Ini termasuk menaiktaraf jalan Kampung Kinata.

Projek peningkatan ekonomi seperti pertanian, perikanan dan pelancongan inap desa harus dilaksanakan.

Projek berkenaan hendaklah mengutamakan kebajikan bukan penindasan seperti Kudat Bypass.

Salleh tidak pernah jumpa pemilik sawah yang kehilangan tanah seperti dalam laporan keruak.com ini, sebaliknya membuat kesimpulan sendiri.

Dahulukan rakyat dalam konteks implementasi bukan kata indah yang menghina rakyat jelata.

Contohnya, jikalau melibatkan tanah jangan ditanya orang lain seperti dilakukan SSK sehinga rakyat menderita hilang rezeki seperti coretan berterusan seliu-liu lewat blognya.

Siti bagi lima bintang kepada kakak Kelapa Mawar, Solymone dan seliu-liu yang serius membela rakyat tertindas.

Salam 2010.. cemerlang menegak kebenaran bukan hebat pada kata-kata seperti SSK, TSP dan Baror Sawi al ubat batuk na sabung ayam...