Selasa, 5 Januari 2010

SSK, Baror, TSP dan Pardan di Ambang Kota Belud Bumi Subur Yang `Kontang' Ekonomi








Kota Belud hanyalah umpama tanah subur yang kontang di bawah kepimpinan SSK, TSP dan Baror...

TSP semasa pemerintahannya di DUN Tempasuk menjalankan projek berat sebelah iaitu bina jalan bernilai jutaan Ringgit di kawasan Iranun, buat ladang getah bernilai Ratusan Ribu Ringgit di perkampungan KDM dan buat jambatan hanya bernilai RM500 di kampung masyarakat Bajau.

"tetapi esok dan hari hari mendatang tidak menjanjikan apa apa jika kita leka dan tidak berusaha. kita tinggalkan 2009 dalam lipatan kenangan, kita tempuh 2010 dgn penuh cabaran"....

Kata-kata Baror Sawi ini menggambarkan betapa rendahnya martabat orang lain yang ditinggalnya dalam belukar syabu, ubat batuk dan besaung.

Juga penghinaan kepada perwakilan yang dibelinya RM50 seorang ketika bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Kota Belud.

Setakat berpesan apa halnya, bagus gunakan sedikit harta rakyat yang kamu bolot untuk menyediakan perniagaan kecilan kepada mereka supaya meninggalkan tabiat yang melekakan.

Ya lah... ahli-ahli Umno terutama anggota pemuda memang berusaha cuma keadaan tidak mengizinkan kerana mereka tiada kabel di atas untuk meminta projek bukan macam Baror Sawi guna saja jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Kota Belud dan Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Sabah, projek datang melimpah ruah macam emas....

Mungkin saudara Baror juga terlupa yang anda leka berusaha mencari harta sehingga terlupa peranan sebagai Ketua Pemuda yang diamahkan perwakilan (perwakilan dibeli RM50 seorang).

Anda lupa menyediakan prasarana pertanian, perniagaan kecil-kecilan dan penubuhan konsortium kontraktor untuk bersama merebut projek yang ada dengan syarat jangan terlebih makan sehingga rakyat yang menderita.

Cakap memang mudah... apa kah kelekaan yang dimaksudkan Baror kita tidak tahu...

Mengutuk orang (Baror suka kutuk Datuk Musbah Jamli dan orang-orangnya)... itu juga tersenarai sebagai leka berusaha menjatuhkan orang lain bah encik... itu bukan persaingan sihat! Itu leka namanya!

Saya tidak pernah nampak Baror melawat rakyat miskin yang perlukan duit menyekolahkan anak pada sesi persekolahan 2010... ini pun leka juga... ops lalai!

Baror ini sama sahaja dengan Datu Seri Panglima Salleh Salleh Said Keruak asyik bercakap tapi rakyat menderita tidak diambil tahu...

Itu namanya tidak berusaha membela rakyat... itu namanya leka mengejar kekayaan dan pangkat tetapi bila memperolehinya lalai dan enggan menunaikan amanah.

Pardan Maji Si Ulun SSK tu pun sama juga, konon-kononnya mahu buat statement ibu bapa perlu membantu program anti dadah di sekolah sehingga terlupa kawan baiknya si Baror juga masih ada peninggalan pengaruh kepada muda-mudi yang kekal menjadi penagih dadah, ubat batu dan sabung ayam..

Pardan tidak layak membuat kenyataan itu kerana dia hanyalah graduan universiti Ulun Langau Lemiang.

TSP pula ketika pemerintahannya menjalankan projek berat sebelah iaitu bina jalan jutaan Ringgit di kawasan Iranun, buat ladang getah Ratusan Ribu Ringgit di Kampung KDM dan buat jambatan RM500 di kampung Bajau.

Sebab itulah... Kota Belud hanyalah umpama tanah subur yang kontang di bawah kepimpinan SSK, TSP dan Baror...