Khamis, 7 Januari 2010

UMNO Bahagian Kota Belud Lemah Membela Ahlinya!



















Ketika Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Umno semua bahagian (Kecuali Kota Belud) membawa anak orang miskin membeli pakaian dan keperluan sekolah... ke mana pemimpin bahagian dan sayap parti Umno Bahagian Kota Belud?











Ke mana SSK, Baror Sawi, Eyung Latun dan Masnatu Satong ketika ramai orang miskin anak ahli Umno Bahagian Kota Belud memerlukan wang untuk menyekolahkan anak pada sesi persekolahan 2010?

Orang miskin memerlukan perjuangan membantu mereka!

Adakah mereka lupa jasa ahli Umno yang memilih mereka sehingga memegang jawatan sekarang?

Kalau asyik bercerita kehebatan Umno membela rakyat tapi tidak berbuat apa-apa sia-sia saja harapan rakyat!

Itu perjuangan palsu untuk kepentingan diri sendiri!

SSK mahu kembali menerajui Umno Bahagian Kota Belud kerana mahu kembali berkuasa sebagai Ketua Menteri Sabah!

Baror pula bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kota Belud kerana mahu mempertahankan projeknya dan legasi bossnya, TSP.

Pada masa sama Baror ada hajat mahu jadi YB Parlimen Kota Belud ganti Datuk Abdul Rahman Dahlan dan mencaturkan SSK bakal YB Usukan dan TSP di DUN Tempasuk.


Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kota Belud, Eyung Latun seperti kita sedia maklum memang tiada harapan jadi YB namun ada semangat memimpin pergerakan Wanita Umno Bahagian.

Entah apa misinya kita tak pasti?

Ketua Puteri Umno Bahagian Kota Belud, Masnatu Satong pula masih samar-samar perjuangannya.


Kasihan orang Kota Belud hanya diperalatkan untuk mengundi SSK dalam pilihan raya dan pemilihan Umno Bahagian.

Dan selepas menang rakyat serta perwakilan akan ditinggalkan.

Jumpa semula pada pilihan raya atau pemilihan akan datang dengan menghulurkan RM50 saja!

Tak sedar-sedar diri juga rakyat Kota Belud diperalatkan...

Harap akan datang ia tidak berulang!

Undilah pemimpin yang ada wawasan membela rakyat bukannya yang asyik melobi jadi YB biarpun tahu dirinya gagal...

Rakyat minum air kotor dan bangsa Bajau dihina miskin dan berpelajaran rendah itulah bukti kegagalan SSK!

Ketika Ketua Bahagian, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Umno semua bahagian (Kecuali Kota Belud) membawa anak orang miskin membeli pakaian dan keperluan sekolah... ke mana pemimpin bahagian dan sayap parti Umno Bahagian Kota Belud?

Sembunyi atau sibuk menjenamakan logo parti... tak payah fikir tu Datuk Seri kerana BN masih kuat di Sabah.


Yang lemah adalah rakyat tak dibela dan asyik dijadikan hamba wang RM50...

Mana juga pembelaan untuk orang Bajau yang SSK hina miskin dan berpelajaran rendah selapas rebranding USBO tiga tahun lalu!

Bayak cakaplah kamu orang ini tapi gagal!