Isnin, 18 Januari 2010

Rakyat Biasa Cabar Penasihat Sains CM



Bagai terpaku dan tersedak Siti bila membaca blog Panglima Wakap Embo Wakap, Biduk Diki Lamak Diki dan seliu-liu yang mencabar Penasihat Sains Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak supaya menjawab menggunakan kaedah sains bahawa banjir besar yang melanda Kampung Labuan dan Wakap bukan akibat Kudat Bypass cadangan SSK.

Kalau sayalah SSK, saya akan letak jawatan kerana gagal menjawab soalan rakyat biasa, tiada pendidikan dan hidup bergelumang dengan lumpur dan selut sawah yang mahukan jawapan beliau dari sudut sains.

Dari aspek lain, Siti bangga kerana orang kampung yang dihina, dirampas tanah dan dipersenda kini boleh mencabar orang yang berbangga dengan darjatnya.

Orang kampung Tanjung Wakap yang dulu terpencil dalam hutan dan tebing sungai kini bangkit membela keluarga dengan soalan yang mencabar sehingga SSK berdiam diri.

Jalan itu ilham SSK dan beliau wajib menjawab soalan rakyat yang boleh digunakan pihak berkuasa untuk menangani banjir pada masa depan.

Siti juga percaya kini semakin ramai anak petani berjaya dalam hidup dan mereka inilah golongan berilmu yang menjadi penasihat kepada ibu bapa mereka dan orang kampung.

Tahap pemikiran mereka dalam konteks banjir besar akibat Kudat Bypass gagal dijawab SSK dari sudut sains seperti mereka pinta.

Pesan saya kepada SSK... JANGANL LAGI CUBA-CUBA HINA ORANG LABUAN DAN WAKAP DAN JAWAB SOALAN KAMI - GUNAKAN FAKTA SAINS UNTUK MENYANGKAL KUDAT BYPASS BUKAN PUNCA BANJIR BESAR DI KAMPUNG WAKAP DAN LABUAN!