Jumaat, 13 November 2009

Salleh pemimpin sejati, Pandikar Amin sukar dicari ganti



Salam. Tidak perlu Siti ulas panjang siapa Datuk Seri Panglima Haji Salleh Tun Said Keruak dan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia kerana semua sedia maklum dua tokoh hebat ini cukup dikenali bukan saja di Malaysia malah di peringkat dunia.

Salleh, Bekas Ketua Menteri Sabah dikenali sebagai pejuang sejati rumpun Bajau di seluruh dunia meliputi benua Asia, Afrika, Eropah, Oceania, Amerika Utara dan Amerika Latin.

Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, Speaker Dewan Rakyat pula adalah bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Ahli-Ahli Parlimen/Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Negara-Negara Komanwel (CPA).

Kini jawatan Pengerusi CPA disandang oleh seorang lagi anak rumpun Bajau iaitu Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia).

Ibu Pejabat CPA adalah di Westminster House, Mill Bank, London.

Sebab itulah Siti kata Salleh pemimpin sejati, Pandikar Amin sukar dicari ganti.

Namun gandingan Aktivis masyarakat, Saudara Musli Oli dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), pagariku Almuddin Kaida yang dalam firasat Siti bakal YB Parlimen Kota Belud dan DUN Tempasuk bakal dinanti kredibiliti mereka.

Sejauh mana prestasi mereka akan teruji bila sudah mendapat mandat daripada rakyat.

Sekarang mungkin ramai mencaci dan pada masa depan ramai pula mencuci persepsi lalu dan akhirnya mereka itulah kaki ampu.

Siapa sangka Adun Kunak, YB Nilwan Kabang dan Adun Sulabayan, YB Datuk Harman Mohamad boleh menjadi YB ketika nama mereka tersingkir pada era kegemilangan silam dan muncul pada era hampir kemalapan masa depan.

Sedangkan Musli dan Almuddin tampak masih bertenaga, bersemangat waja dan pada prestasi gemilang.

Apapun, kita serahkan kepada yang maha kuasa... kita manusia biasa hanya upaya merancang dan Tuhan penentu segalanya.