Isnin, 9 November 2009

Salleh Pemimpin Agung Kota Belud



























DATUK Seri Panglima Haji Salleh Tun Haji Said Keruak bukan saja `ROJO SAMA' malah beliau adalah pemimpin agung masyarakat pelbagai kaum di Kota Belud atau `ROJO TI' (RAJA KITA).

Justeru adalah merugikan jika kita menolak kepemimpinannya.

Tanyalah orang Bajau, Kadazandusun, Iranun dan Banjar... semua mengaku Salleh adalah dari bangsa mereka.

Orang Bajau kata Tun Said berketurunan Bajau dan disanggah etnik Kadazandusun kononnya berdarah kaum mereka

Manakala orang Banjar kata Toh Puan Hajah Bandung Datuk Haji Hasbollah Arshad berdarah kaum mereka namun kata orang Iranun beliau adalah dari susur galur bangsa mereka.

Begitulah hebatnya pemimpin kesayangan kita ini.

Salleh juga popular di Indonesia dan Filipina sebagai pemimpin agung rumpun Bajau USBO.

Hakikatnya perjuangan Tun Said dan diteruskan puteranya Salleh membina Loji Pembenihan Padi di Timbang Menggaris, Kota Belud memanfaatkan rakyat tanpa mengira kaum dan sewajarnya Salleh diangkat sebagai `ROJO TI' bahasa Bajau bermaksud RAJA KITA.



KOTA KINABALU: Presiden USBO, Datuk Seri Salleh Said, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Umum Partai Hati Nurani Rakyat (HANURA), Jenderal (R) TNI H. Wiranto, S.H. di Kantor Dewan Pengurus Pusat Hanura, Jl. Diponegoro No. 1, Jakarta pada Khamis (27 November 2007).

Hadir sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah Yus Usman Sumanegara, SE, MM (Sekretaris Jenderal Partai Hanura) dan salah seorang pemimpin masyarakat Bajau di Indonesia yang juga dari Partai Hanura, Gunawan Yiedri, SE., MM.

Antara perkara yang disentuh dalam perbincangan ialah hubungan kerjasama antara masyarakat Bajau Malaysia dan Indonesia.

Gambar adalah Datuk Seri Salleh Said, telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Umum Partai Hati Nurani Rakyat (HANURA), Jenderal (R) TNI H. Wiranto, S.H. di Kantor Dewan Pengurus Pusat Hanura, Jl. Diponegoro No. 1, Jakarta pada Khamis (27 November 2007) dan pembangunan Kota Belud.