Rabu, 11 November 2009

Salleh, Almuddin dan Musli Gandingan Mantap Untuk Rakyat





























Salam dari rakyat biasa yang tidak terpinggir dalam gagasan 1Malaysia.

Saya mahu menganalisis masa depan politik Kota Belud yang cerah perjalanannya selepas berlaku perubahan demi perubahan bukan saja di peringkat daerah malah menjangkau luar lingkaran sehingga ke peringkat negara.

Tiga tokoh iaitu Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Almuddin Kaida dan Musli Oli seorang aktivis sosial, penulis, bloggers serta kerap menjadi G7 Umno Bahagian Kota Belud layak menjadi calon BN dalam Pilihanraya Umum Ke-13.

Salleh bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Usukan, Almuddin (DUN Tempasuk) dan Musli (Parlimen Kota Belud).

Salleh seterusnya akan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah berdasarkan track recordnya yang menjadi Ketua Menteri Terbaik Sabah ketika ini mengatasi ayahandanya, Allahyarham Tun Haji Said Keruak, Bapa Kemerdekaan Sabah, Almarhum Tun Datu Mustapha Datu Harun dan Bapa Pembangunan Sabah, Datuk Harris Salleh.

Ketika Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah hanya setahun lebih negeri kita pesat membangun daripada negeri termiskin di Malaysia dimercunya antara lima termaju di Malaysia.

Bayangkan andai tiada sistem penggiliran Ketua Menteri ketika itu, Sabah akan menjadi negeri termaju di Malaysia mengatasi Selangor, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur itu sendiri.

Salleh wajar diberi sokongan.

Ramai yang hairan kenapa saya pilih Pagariku Almuddin sebagai calon di DUN Tempasuk... alasan saya mudah, inikan 1Malaysia yang tidak salah wakil PBS bertanding di kerusi asal Umno.

Inilah masanya Umno berkorban dengan membuktikan dirinya tidak tamak kuasa seperti didakwa pihak tertentu.

Almuddin boleh menjadi contoh merealisasikan 1Malaysia menerusi penggiliran kawasan pilihan raya.

Kalau LDP dihargai dengan menyerahkan DUN Merotai kepada mereka kenapa pula PBS yang menjadi aset kekuatan BN selepas Umno tidak dihormati.

Jangan calonkan Almuddin berdasarkan parti atau kuota kaumnya, Iranun sebaliknya berasaskan perjuangan sejati, ketulusan, ketelusan dan mesra rakyatnya.

Pilihanraya Umum 1999 Pagariku Almuddin hampir dicalonkan di DUN Tempasuk tapi last minute diganti dengan Salam Gibang.

Namun beliau terus setia kepada parti dan tidak pernah melompat seperti Adun Kiulu, Louis Rampas dan Ketua Pemuda PBS, Datuk Jahid Jahim.
Beliau juga terus mencurah bakti kepada rakyat tanpa mengira kaum.

Saya percaya, Almuddin akan dilantik ke kerusi Timbalan Ketua Menteri (kuota Bumiputera Islam) yang sejak 15 tahun lalu dimonopoli Umno. Ini berdasarkan merit beliau layak memegang jawatan itu.

Denakan Musli pula sudah terbukti pengaruhnya dalam G7 Umno Bahagian Kota Belud, juga seorang bloggers yang kritis dan inovatif ideanya.

Aktivis masyarakat yang pernah diugut dan ditampar dikhalayak ramai kerana perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.

Peristiwa itu langsung tidak menimbulkan dendam kesumatnya dengan sesiapa malah terus membela masyarakat.

Beliau adalah pelajar terbaik Sabah dalam STPM pada 1970-an dan seterusnya menjadi graduan Ekonomi Universiti Malaya (UM) seperti pak cik saya, Datuk Haji Yahya Lampong (kami sama-sama orang Papar yang kuat hubungannya dengan Kota Belud).

Musli boleh membantu Salleh dan Almuddin memajukan ekonomi rakyat Kota Belud yang mula merudum selepas ketiadaan Salleh dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ada yang bertanya, macam mana dengan Tan Sri Pandikar, jawablah Siti?... Saya kata hanya jawatan TYT yang sesuai untuknya selepas menjadi Speaker Dewan Rakyat.

Adun Tempasuk, Datuk Musbah Jamli pula ditolak ahli Umno Bahagian, begitu juga Ahli Parlimen, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang aso no di Tuaran.

Jomo Tuaran pan nemanan ni, ngini sab purun ti?

Musram Rakunman macam mana? jawab saya kalau dalam blog pun menyamar, macam mana pula nak jadi YB nanti dijualnya kita (saya tidak tahu pun rekod lama apa barang berharga yang pernah dijualnya). Maaf ya pagariku Musram bloggers yang maha hebat menyamar seperti dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda atau Hikayat Umar Umayyah di bumi Arab.

Sekian. Ini hanya analisis penganalisis kerdil. Gambar pembangunan Kota Belud era Salleh jadi MP Kota Belud disertakan.