Jumaat, 13 November 2009

Ceramah Musli Oli, ada isi tapi disalah erti


























Penulis buku politik dan aktivis Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)yang tidak asing lagi di Sabah, Saudara Musli Oli adalah di antara Penceramah Jemputan yang telah menjayakan Seminar PIBG Peringkat Daerah Kota Belud pada 22 Oktober 2009.

Memang wajar Musli atau nama penanya Khalid al-Walid diberi peluang dari perspektif keupayaan beliau muncul pelajar terbaik Sabah dalam STPM pada 1975.

Juga anak jati Kota Belud yang kedua muncul graduan Ijazah Ekonomi Dengan Kepujian dari Universiti Malaya (UM), antara universiti terunggul di Malaysia dan pernah muncul antara terbaik dunia.

Graduan pertama adalah Mantan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia merangkap mantan Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Haji Yahya Lampong (pak cik Siti yang jauh susur galur keluarga tapi dekat dihati).

Terima kasih kanda Norawi Haji Kata kerana memberi peluang kepada denakan Musli.

Contohilah kebaikan beliau dan jangan dipandang dari sudut negatif.

Jika negatif kita fikir maka negatiflah kandungan ceramah itu.

Memang ada yang menyanggah fakta pasal kaum Punjabi yang dijadikan contoh oleh denakan Musli.

Cuma Siti juga ingin bertanya kepada diri sendiri dan harap ada Ustaz dan ulama menjawabnya tentang Hadis: Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam".

Apapun, bagi Siti ia ceramah yang bagus dan perlu diambil perhatian.

Harap ceramah ini mengangkat imej denakan Musli sebagai pemberi motivasi kepada warga Kota Belud.

Untuk rekod ceramah itu diadakan di Dewan Seminar Pejabat Pelajaran Daerah Kota Belud (Kampung Botung).