Selasa, 24 November 2009

Salleh Bakal Setiausaha Agung PBB, Pandikar Amin Ketuai UNDP





SIAPA sangka dua anak Malaysia kelahiran Sabah, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia bakal menggegarkan dunia.

Salleh bakal Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) manakala Pandikar Amin selaku Ketua Pentadbir Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP).

Salleh bakal menggantikan Ban Ki-moon dari Korea Selatan manakala Pandikar Amin mengambilalih tugas Helen Clark dari New Zealand.

Nama Pandikar Amin mula menjadi idaman PBB selepas kejayaan cemerlang sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Persatuan Anggota Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam Negara-negara Komanwel (CPA).

Ini dibantu kejayaannya memajukan rakyat pelbagai kaum di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk sehingga tiada lagi kemiskinan.

Rangkaian jalan raya semua aspal sehingga ke tangga rumah penduduk.

Semua penduduk DUN Tempasuk minum air paip dengan tiada minum air telaga tiub, air telaga, air hujan dan air sungai.

Semua rakyat juga menikmati bekalan elektrik dan telekomunikasi merangkumi telefon talian tetap dan komputer ada rangkaian broadband serta streamyx.

Rakyat yang dulu miskin kini ada ladang kelapa sawit, ladang getah, jelapang padi, ladang lembu tenusu dan ladang lembu pedaging.

Manakala bagi nelayan mereka ada kelong, ladang rumpai laut dan kolam ikan komersial, kolam kupang berskala besar dan kolam tiram untuk pasaran luar negara.

Kejayaan ini diperlukan dan akan diterjemahkan PBB untuk membangunakn negara miskin.

Salleh pula bakal menjadi Setiausaha Agung PBB kerana karismanya menyatukan masyarakat pelbagai kaum di Sabah ketika menjadi Ketua Menteri dan penyatuan rumpun Bajau sedunia dalam USBO.

Malah usahanya membangunkan Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) bukan saja berjaya memberi peluang pekerjaan kepada rakyat pelbagai kaum malah menarik pelabur pelbagai bangsa dari seluruh dunia kecuali Israel.


Siap sangka petani miskin di Kampung Labuan dan Kampung Wakap kini menjadi jutawan selepas tanah mereka diambil untuk laluan Kudat Bypass.

Sehektar tanah bernilai RM1 juta. Dulu petani miskin kini jutawan.


Inilah kekuatan Salleh dan Pandikar Amin yang melayakkan mereka menjadi Setiausaha Agung PBB dan Ketua Pentadbir UNDP.

Kejayaan terbilang ini membolehkan mereka akan disokong dan didokong Pertubuhan Negara-Negara Asean, Pertubuhan Negara-Negara Komanwel, Kesatuan Eropah (EU), Rangkaian Kerjasama Asean-China, Kesatuan Negara-Negara Afrika, Kesatuan Negara Amerika Utara, Kesatuan Negara Amerika Latin dan Kesatuan Negara-Negara Oceania.