Isnin, 23 November 2009

Almuddin Kaida di Tempasuk, Wetrom di Tandek
























Siti sependapat dengan pandangan bloggers Watasikadi dan Datu Sulaiman bahawa Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Almuddin Kaida boleh bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk dengan kompromi dua parti komponen Barisan Nasional (BN) terbesar Sabah iaitu Umno dan PBS.

Namun Siti tidak bersetuju pertukaran kerusi DUN Tempasuk dengan DUN Kadamaian seperti dicadangkan kedua-dua bloggers itu.

Mereka sependapat, Almuddin bertanding di DUN Tempasuk manakala Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Belud, Saudara Awadnir Matanggal di Kadamaian.

Siti setuju dengan cadangan Almuddin bertanding di DUN Tempasuk dengan menukar kerusi itu dengan DUN Tandek di Kota Marudu yang ditandingi Umno.

Maksud Siti, Ketua Umno Bahagian Kota Marudu, Wetrom Bahanda bertanding di DUN Tandek.

Siti membesar di Kota Marudu dan tahu aspirasi rakyat yang sekian lama mengidam wakil rakyat di kalangan anak tempatan.

Sejak merdeka sehingga sekarang tiada anak tempatan yang menjadi YB sehingga Kota Marudu menjadi antara daerah termiskin di Malaysia.

Sebagai pemimpin berprinsip, Wetrom mampu berjuang dan memajukan ekonomi, pendidikan dan kemudahan infrastruktur semua rakyat di daerah Kota Marudu.

Perjuangan beliau bukan saja rumpun Kadazandusun malah menjangkau semua kaum termasuk Bajau dan Iranun.

Pencalonan Almuddin membolehkan beliau mengembalikan imej PBS yang pernah diwakili calon Bumiputera Islam sebagai menteri penuh dalam Kabinet Persekutuan (Tan Sri Kasitah Gaddam selaku Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi - Kasitah kemudian masuk Umno) dan Datuk Baharom Abu Bakar Titingan (Timbalan Ketua Menteri).

Agak lama Bumiputera Islam yang setia bersama PBS ketiadaan calon Menteri Penuh dalam Kabinet namun kehadiran Almuddin akan merubah catatan itu.

Manakala kehadiran Wetrom membawa tuah kepada rakyat asal Kota Marudu yang sudah sekian lama menanti YB anak tempatan.

Sama-sama kita nanti.