Khamis, 13 Mei 2010

USBO Mengarut!


Pada 2006, Persatuan Seni Budaya Bajau (PSBB) melakukan penjenamaan semula atau rebranding daripada nama Melayu PSBB kepada nama Inggeris, United Sabah Bajau Organisation (USBO).

Nama lama PSBB adalah Persatuan Sabah Bajau Bersatu.

Alangkah terkejutnya Siti apabila Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said Keruak mengisytiharkan bangsa Bajau itu miskin dan berpelajaran rendah beberapa hari selepas rebranding.

Kenyatan itu seolah-olah Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah meminggirkan kaum Bajau, walhal Salleh juga adalah bekas Ketua Menteri Sabah.

Ini menimbulkan pelbagai konflik apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Japlin Akim bingkas menyanggah dengan mengatakan tiada etnik di Sabah dipinggirkan kerajaan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri Umno Bahagian Kota Belud di Kampung Taun Gusi (Ketika itu Ketua Bahagian adalah Datuk Musbah Jamli) dengan tegas mengatakan `tiada etnik terpinggir'.

Punya mengamuknya Musli Oli yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) USBO yang bingkas mempertahankan kenyataan Salleh.

Kenyataan Salleh menghina kaumnya sangat terkutuk kerana dalam perjuangan kuncinya adalah ikhlas... kalau kita membantu biarlah seperti tangan kanan menghulur tanpa disedari tangan kiri.

Kalau mahu berjuang, berjuanglah seikhlasnya tidak payah heboh-heboh macam ayam yang bertelur sebiji riuh sekampung.

Selepas empat tahun berlalu, tiada pun pembelaan USBO untuk memajukan ekonomi dan pendidikan anak Bajau.

Penghinaan tinggal penghinaan.

Namun baru-baru ini, Musli bingkas marah apabila bloggers Sang Kelembai didakwanya menghina orang Bajau sehingga membiarkan bukan Bajau menjadi CM walhal rumpun Bajau adalah majoriti ahli Umno di Sabah.

Apa motif Musli, pasti mahu mengampu CM yang berjiwa rakyat, Datuk Seri Musa Aman.

Semua orang tahu Sang Kelembai kawan baik Musli dan Salleh yang mengimpi jawatan CM adalah boss si Musli yang mengupahnya RM16,000 untuk memecat Seliu Liu.