Jumaat, 21 Mei 2010

ISU TANAH GUGAT BN KATA DR MAX

KITA HARAP PEMILIK TANAH SAWAH KUDAT BYPASS SEDAR PENGANIAYAAN DAN PENGHINAAN SALLEH SAID KERUAK KEPADA MEREKA DENGAN MEMASTIKAN KOTA BELUD BUKAN FIXED DEPOSIT CALON PEMBELOT, ZALIM DAN KAKI SYABU.


KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili bimbang Barisan Nasional (BN) Sabah akan tumbang pada pilihan raya umum akan datang sekiranya isu setempat berkaitan tanah gagal ditangani dengan bijak dan cepat mulai sekarang.

Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata isu utama adalah berkaitan tanah rakyat membabitkan pertindihan permohonan serta pengambilan untuk projek pembangunan meliputi jalan raya, pengairan dan saliran pertanian dan diambilalih syarikat besar.

Katanya, isu itu perlu diselesaikan segera kerana menjadi masalah utama yang boleh menggugat pengaruh BN di Negeri di Bawah Bayu.

"Isu tanah sangat relevan di Sabah dan ia dilihat boleh menumbangkan BN sekiranya kerajaan tidak sensitif dan melakukan tindakan cepat untuk menanganinya.

"Misalnya kita tengok isu tanah semasa pilihan raya kecil Parlimen Sibu di Sarawak, minggu lalu, walaupun beberapa keputusan sudah dibuat bagi menyelesaikannya seperti pengumuman premium baru tanah di Sarawak dan penyelarasan atau kadar sama rata untuk premium pajakan tanah, namun semuanya sudah terlambat," katanya.

KITA HARAP PEMILIK TANAH SAWAH KUDAT BYPASS SEDAR PENGANIAYAAN DAN PENGHINAAN SALLEH SAID KERUAK KEPADA MEREKA DENGAN MEMASTIKAN KOTA BELUD BUKAN FIXED DEPOSIT CALON PEMBELOT, ZALIM DAN KAKI SYABU.