Sabtu, 22 Mei 2010

Pegawai MDKB Yang Durjana!


Ada pegawai MDKB yang asyik kutuk orang pakai facebook sehingga lupa tanggungjawab menjaga harta kerajaan dan rakyat yang diamanahkan seperti tapak jualan kerbau hidup ini.

Bagus letak jawatanlah daripada makan gaji buta.

Siapa pegawai MDKB durjana yang dimaksudkan adinda Mutiara Tumpang Buas.


KOTA BELUD: Tapak jualan kerbau dan lembu hidup di Tamu Kota Belud di sini, tidak ubah seperti jerangkap samar yang boleh memerangkap orang ramai dan pelancong berikutan kewujudan tiga lubang konkrit dipercayai kunci paip, merentangi kawasan itu.

Kawasan menempatkan lembu dan kerbau sebelum dijual yang kini dipenuhi semak turut membimbangkan kerana dikhuatiri menjadi sarang haiwan berbisa seperti ular dan kala jengking.

Walaupun penjualan kerbau dan lembu hidup tidak lagi dijalankan di Tamu Kota Belud sejak awal 1990-an, tapak penjualan ternakan itu seharusnya dipulihara dan diselenggara sebagai destinasi pelancongan yang dengan sendirinya menguntungkan rakyat daerah terbabit.

Penduduk Kampung Beluang Pasik di sini, Lin Harun, 55, berkata Majlis Daerah Kota Belud (MDKB) wajar menjadikan tapak itu lokasi pelancongan dengan membina arca kerbau dan lembu ditimbang atau ditambat sebagai simbolik tapak itu pernah melalui zaman kegemilangan sebagai pusat jualan tunggal ternakan hidup di negara ini.

"Ia boleh menjadi daya tarikan tambahan Tamu Kota Belud seperti di zaman lampau hingga menarik pelancong dari luar negara melawat untuk menyaksikan sendiri keunikan urus niaga ternakan hidup.

"Ada pelancong yang pernah berkunjung sekitar 1980-an datang bertanyakan lokasi tapak berkenaan dan terkejut melihat keadaannya sekarang.

"Kita harap pihak berkuasa tempatan (PBT) akan memperbaiki keadaan supaya sejarah gemilang Kota Belud terpelihara," katanya.

Penduduk Selebuyu, Nontong Dela, 40, yang sempat menyaksikan urus niaga kerbau dan lembu di tapak berkenaan pada zaman kanak-kananya, meminta MDKB membersihkan kawasan berkenaan secara berkala.

Daripada terbiar dipenuhi semak-samun, katanya, adalah lebih baik jika MKDB membersihkan kawasan berkenaan dan memeliharanya supaya tidak lagi dianggap pemandangan menyakitkan mata.