Khamis, 10 Disember 2009

Mukaris Haji Etok Dulu Sokong TSP, Sekarang Tidak








Sebagai menjawab tulisan rakan bloger yang bernama Siti Farhana Wee Abdullah (SFWA) mengenai kejayaan Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia membangunkan masyarakat Tempasuk sewaktu beliau menjadi wakil rakyat.

Terpanggil kepada saya mendedahkan rintihan orang kuat Pandikar yang ditimpa musibah iaitu Saudara Mukaris Haji Etok seorang penyokong kuat Tan Sri Pandikar...

Itulah reaksi kepada tulisan Siti, masa zaman bungar-bungaran dulu.

Amu tagal digulu, okon miagal di baino kata orang Tempasuk, sekarang Siti bukan lagi penyokong setia TSP.

Siti tiada hasrat mempersenda saudara Mukaris ketika itu.

Saudara Mukaris adalah antara penyokong TSP di DUN Usukan pada 1982 yang kini beralih angin kepada pemimpin lain seperti juga rakyat Usukan yang pernah menyokongnya dulu.

So, ini mengukuhkan lagi fakta makan sireh kelitip bahawa TSP tidak akan menang mudah jika kembali dicalonkan di Usukan.

Kalau lawannya Razak Rakunman atau Ruslan Haji Mansor... Siti yakin TSP akan kalah.

Ruslan Haji Mansor biarpun berketurunan Iranun tapi ramai saudara di perkampungan Bajau dan dibantu sikapnya yang tidak perkauman.

Razak pula low profile dan mesra rakyat pelbagai kaum bukan seperti abangnya yang suka menyamar, Musram Rakunman.