Isnin, 7 Disember 2009

Masa Rakyat Usukan Malukan Pandikar Jika Bertanding Di DUN Usukan Guna Sentimen Kaum Seperti 1982


Warga emas ini makan sireh kelitip ketika menunggu giliran mengundi pada pilihan raya umum ke-12 lalu. Pada byelection 1982 mereka undi TSP atas faktor Usno dan mereka cukup marah selepas TSP khianati Almarhum Tun Mustapha dengan lompat Bersih.




Salam Kanda Kelapa Mawar yang Siti sayangi dan hormati...

Coretan Siti bagi mengulas posting kakak ini hanya berkongsi fakta.

Kenyataan kakak Jika TSP di Usukan, laluannya begitu mudah, malahan TSP boleh memperolehi majoriti besar kerana masyarakat di Usukan masih menyimpan pengaruhnya. Terkecuali jika ada calon PAS yang benar-benar berkarisma dan anak tempatan. Terlebih lagi jika itu anak dari suku Iranun... bagi Siti silap dan boleh memerangkap calon BN di Usukan andai mereka dari etnik Iranun termasuklah TSP.

Usukan majoriti pengundi adalah Bajau dan jika isu kaum menjadi sandaran TSP sukar untuk TSP menang di sana kerana akan berlaku isu "KETUANAN BAJAU" seperti isu KETUANAN IRANUN di DUN Tempasuk pada PRU-12 lalu.

Pada pilihan raya kecil Usukan awal 1980-an yang dimenangi Usno menerusi TSP, ia bukan kerana faktor undi Iranun semata-mata tapi undi Bajau juga memihak kepada TSP atas pengaruh Tun Mustapha.

Kak Kelapa Mawar juga selalu cakap, kita bina kerajaan masa depan bukan perbaiki runtuhan kerajaan masa lalu.

Dulu lain kak ooi, sekarang lain juga.

Selepas Perkampungan Iranun seperti Merabau, Kota Peladok, Rudang dan Tamau dipindahkan ke DUN Tempasuk, jumlah pengundi Iranun di DUN Usukan semakin berkurangan.

Yang ada kekal antaranya Payas-Payas, Pantai Emas, Peladok dan sedikit di Tanjung Batu.

Isu Ketuanan Iranun turut melanda Usukan pada PRU-12 yang terbukti apabila DARD tewas di DM Pantai emas.

Perlu diingat calon PBS seperti Yasser Arafat dan Pinjaman Hashim pernah guna isu Iranun di DUN Usukan tetapi gagal, begitu juga calon PAS, Nordin Aloh yang hilang deposit.

Begitu juga ketika pilihan raya umum 1990, TSP bekerja keras bantu Drs Edham Haji Sakmud (Calon Akar anak kelahiran Kampung Wakap (bapa) dan Kota Peladok (Ibu) di DUN Usukan tapi gagal.

Situ harap, jangan gunakan isu kaum dalam konteks DUN Usukan, takut tsunami Tempasuk melanda Usukan.

Musli Oli boleh memang di DUN Usukan andai isu kaum jadi sandaran TSP/BN-Umno.

Siti selalu dengar cerita ibu Siti, ramai orang Bajau marah TSP kerana tinggalkan Tun Mustapha selepas diberi peluang bertanding di DUN Usukan.

Pengundi itu masih ramai hidup dan hanya menunggu masa mengundi pembangkang sebagai tanda protes mereka jika TSP jadi calon atau pakai isu kaumnya.


Begitu juga DUN Tempasuk, Kadamaian mahupun Parlimen Kota Belud... jangan guna isu kaum.

Dalam byelection 1982 tu selain kawasan seperti kota peladok, merabau, rudang dan Tamau dalam DUN Usukan.

Kampung Bajau seperti Pirasan, Siasai, Siasai Dundau, Siasai Jaya, Pirasan, Kimo-Kimo, Lentigi dan Paka-Paka dalam DUN Kadamaian.

Adakah masyarakat Iranun akan leka bila melihat kehadiran TSP dan hanya takut beliau dicabar profesional muda etnik itu.

Adakah profesional Bajau seperti Dr Saijan Samit yang terbukti pengaruhnya pada PRU 2004 akan berdiam diri atau kembali mengatur strategi menawan kerusi itu.

Mungkin juga saudara Ir Solymone bekas Jurutera JKR Kota Belud akan menjejaki DARD ke KB dengan tumpuan DUN Usukan kerana Siti difahamkan moyangnya asal Pirasan.

Juga ramai saudara di Kampung Siasai, Kota Belud, Sembirai, Timbang Dayang, Labuan, Wakap dan Kulambai.

Jika dibandingkan Solymone di Kampung Bunga, Tenghilan dengan DARD di Kampung Serusop, Kampung Bunga lagi lebih dekat ke Kota Belud. Dan satu lagi fakta Ir Solymone lebih dekat dengan masyarakat Kota Belud.

Atau juga Datu Tiga Belas Datu Zainal Abidin, Jenar Lamdah, Badery Haji Suhod dan Jame Alip akan mencuba nasib.

Adakah pengundi Labuan, Wakap, Sembirai, Timbang Dayang, Lebak Engad, Kuala Abai, Suang Punggur, Belud Tanduk dan Kulambai yang dulu undi TSP atas faktor Tun Mustapha akan mengundinya semula.

Adakah generasi muda Bajau memilih TSP selepas perjuangan DHMJ dikhianati etnik Iranun di DUN Tempasuk pada PRU Ke-12?

Adakah isu grazing reserve Kuala Pintasan membabitkan rakyat Labuan dan Wakap (termasuk bermastautin di Sembirai, Jawi-Jawi dan Lebak Engad) boleh ditangani
TSP apatah lagi Siti difahamkan mereka marah dengan ladang burung unta di atas tapak yang dituntut mereka sudah dipindah milik kepada keluarga TSP.

Jika rekod lama juga menjadi sandaran, pada pilihan raya 1990, undi DHMJ lebih banyak berbanding TSP di DUN Tempasuk tetapi itu cerita lama, esok lain.

Sedang ketika itu seorang lagi calon mendapat sokongan orang Bajau iaitu Datuk Mohd Noor Mansor (Presiden Berjaya ketika itu).

Justeru, Siti tidak setuju dengan kenyataan kakak ku yang manis, Kelapa Mawar bahawa TSP akan menang mudah dengan majoriti besar seperti kejayaannya di DUN Usukan itu pada pilihan raya terdahulu (pembetulan kak, ketika itu TSP menang tipis).

Ternyata kenyataan kakak bahawa TSP akan menang mudah kecuali ditentang calon PAS di kalangan anak Iranun berpengaruh adalah tidak tepat.

Berikut Keputusan Pilihan Raya Umum ke-11 dan Ke-12


Jumlah Pengundi: 15,816
Peratusan Kaum: B/I: 89.48% B/B/I: 5.86% C: 4.62% L: 0.04%
1. Datuk Japlin Akim@Abd. Hamid (BN) (7,964)
2. Mohd. Shukor Abdul Mumin (PKR) (3,941)
Majoriti: 4,023

Japlin Akim @ Abd Hamid (BN - UMNO) 5950
@ Saijan Samit (IND - IND) 4215
x @ Nordin Aloh (OPP - PAS) 413
x @ Ibrahim Linggam (OPP - BERS) 122
Maj: 1735