Ahad, 11 Julai 2010

Menang Musli Kerana Wang Salleh





Jika BANDUAN KASTAM @ Tauke PERKOSA, Encik Musli Oli menang pemilihan pada mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Kota Belud, hari ini, itu kerana wang.

Bukan kerana kematangan ahli UMNO berpolitik seperti helah yang dijadinya strategi konon dirinya bersih.

Banyak wang rasuah berlegar di Kota Belud sejak akhir-akhir ini dan ahli parti yang menjadi perwakilan bijak mererbutnya.

Mereka yang beri dan ambil rasuah ini bukan ahli sejati tetapi manusia yang diperdagangkan sama seperti mangsa pemerdagangan orang.

Kata Musli ahli UMNO Kota Belud semakin bijak memilih padahal yang memilih itu perwakilan yang kecil kelompoknya bukan semua ahli parti.

Ramai ahli parti bukan penerima dan pemberi rasuah seperti Seliu Liu, tidak berminat menjadi perwakilan pun.

Percayalah, jika Musli menang itu kerana tajaan Salleh. Rasuah lah bah itu!