Jumaat, 18 Disember 2009

Pemuda Umno Kota Belud Ibarat Telur Temburuk






Kota Belud memang pernah melahirkan pemimpin pergerakan pemuda yang hebat seperti Ripin Haji Suod dan Datuk Japlin Haji Akim.

Itu cerita lama, kini semuanya sudah berubah kerana dua pemimpin tertinggi bukan di kalangan generasi hebat.

Mereka dipilih kerana pengaruh pihak tertentu yang tidak mahu ada pemimpin hebat dari kalangan Pemuda.

Akhirnya golongan profesional muda seperti Tajul Radim tersungkur.

Siapa sangka golongan yang dulu penagih syabu dan kaki sabung ayam kini berlaga hero mengeluarkan kenyataan jangan hampiri kegiatan dilarang agama dan undang-undang itu.

Tiada pelapis tiadalah pemimpin masa depan, adakah kita mahu gandingan Baharul Sawi-Arshad Bistari membentuk kepemimpinan Parlimen Kota Belud, DUN Usukan atau DUN Tempasuk pada masa depan.

Bagi Siti, bagus lagi undi rosak atau langsung tidak mengundi daripada memilih mereka.

Kepemimpinan memerlukan pendidikan dan moral tinggi, bukan ijazah dibeli dan bukan juga cakap bermoral tapi sebenarnya `temburuk' (telur buruk).

Masanya belum terlambat kerana ada lagi pemilihan Umno dan pada pemilihan akan datang jangan lagi bagi muka kepada golongan telur temburuk ini sama ada dalam kepemimpinan Pemuda mahupun Bahagian, Wanita dan Puteri.

Perwakilan perlu matang, bukannya fikir wang dan terpengaruh oleh `tukang urut ayam' di belakang calon bertanding.

Baharol pernah berkata, perubahan perlembagaan parti memberi peluang kepada golongan terpelajar memilih pemimpin peringkat Pusat.

Beliau bukan dalam golongan terpelajar dalam konteks memiliki degree, master dan PhD asli.

Malah kenyataannya salah kerana peluang golongan terpelajar masih boleh ditutup oleh undi akar umbi yang majoritinya bukan golongan berilmu.

Ternyata kenyataan Baharol ini secara automatik membuktikan beliau sendiri tidak minta diundi kerana bukan dalam golongan terpelajar.

So, akan datang tolaklah dia andai dia mahu bertanding AJK Bahagian, G7 mahu pun jawatan Timbalan dan Naib Ketua Bahagian.

Pilih pemimpin berwibawa, berpendidikan dan telus, bukannya telur temburuk yang akhirnya menjejaskan reputasi Umno Bahagian Kota Belud keseluruhannya.