Rabu, 9 Disember 2009

Musli Oli Tekad Bertanding Kerusi Parlimen KB PRU- 13




Pada 4 Disember 2009, Saudara Musli Oli (MO) secara terbuka mendedahkan hajatnya bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengakuan dibuat dalam blog Siti dan diulas kakak kesayangan Siti, Kelapa Mawar dalam blognya.

Kenyataan terbuka itu mendapat reaksi positif dan sinis daripada beberapa bloggers.

Siti bangga kerana blog Siti yang tidak seberapa itu menjadi medan MO mengumumkan hasratnya.

Sebagai penghormatan, Siti juga ingin mengisytiharkan secara rasmi akan terus sokong Saudara MO dan dalam proses berpindah Daerah Mengundi dari Kerusi Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Api-Api ke Parlimen Kota Belud dan DUN Usukan.

Berikut reaksi MO dalam blog Siti.

Salam Siti,

Samada Siti masih sokong saya atau tidak. Samada sokongan itu benar atau olok-olok, ingin saya istihar dan tegaskan saya, MUSLI BIN HJ OLI akan bertanding kerusi Parlimen KB pada PRU 13 atau PRK jika ada kekosongan.

Jangan soal apa parti kerana parti tidak penting kepada perjuangan saya.

Saya mau pertahankan legasi keluarga kerana abg saya pernah bertanding PAS dan Pak Cik saya Magit Julan pernah bertanding parlimen sebagai calon Bebas..

Soal menang dan kalah bukan isu kerana ini adalah peluang terakhir saya membawa perub ahan kepada rakyat Kota Belud.

salam MO

Disember 04, 2009