Jumaat, 4 Disember 2009

BN Tewas Andai KDM Kembali Bertaut















Bila Siti mengatakan fakta ini, bezanya, Tengku Razaleigh Hamzah (TRH) boleh menang biarpun wakil parti apa termasuk S46 sehingga Kelantan ditawan Pas + S46 (Angkatan Perpaduan Ummah) pada 1990.

Di Sabah ada Tun Fuad Stephens, Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang setanding dengan TRH.

Tun Fuad Stephens ketuai Berjaya tumbangkan Usno pimpinan Bapa Kemerdekaan Sabah, Tun Datu Mustapha Datu Harun manakala Pairin jatuhkan kerajaan Berjaya pimpinan Datuk Harris Mohd Salleh.

Mereka menjadi hero apabila menumbangkan parti gergasi yang dilihat sukar untuk ditewaskan parti ikan bilis.

Manakala Lajim runtuhkan kerajaan PBS selepas lompat Umno-BN pada 1994.

Sedang TSP dan SSK hanya boleh menang calon BN-Umno (Akar menang atas ehsan Umno di Tempasuk pada 1994) dan kubu USNO di Usukan (Pandikar diundi atas sentimen Usno bukan kerana dia Pandikar).

Jika mereka tidak takut kuasa rakyat, pasti akan bertanding PRU-12 lalu sebagai calon parti Pembangkang atau Bebas.

Saya cabar anda, kalau berani keluar Umno dan tubuhkan parti baru... Usbo kah dan sebagainya.

Buktikan anda setanding TRH, Fuad Stephens, Pairin dan Lajim.

Dulu lain, apabila Pandikar tidak pernah menang calon Akar dan Bersih, juga Salleh kecundang calon Berjaya dan PBS.

Kita mahu fakta baru dalam PRU Ke-13.

Biarkan parti tempatan memerintah macam di Sarawak.

Di situ kita ulas kehebatan mereka...

Salam dari Padang Pasir nan tandus dari Siti Farhana Wee Abdullah.


Ini jawapan Belum Pandikar iaitu orang kuat TSP atau mungkin dia inilah TSP.

Salam sekali lagi,

1. Nampaknya benci sangat sdri Siti Farhana ni kepada TSP dan DSSK.. kenapa agaknya ya?.. Sdr mempertikaikan kebolehan mereka, bagaimana pula dengan sdri?..

kalau betul sdri berkebolehan jadi pemimpin, mcm mana kalau sdri saja yang buat parti sendir dan tanding mereka?.. baru tau siapa yang lebih hebat..

kalau setakat pandai kritik, budak sekolah rendah pun pandai kritik sdri.. ATAU... sdri ada agenda tersembunyi barangkali... kalau benar, teruskan saja..

saya dan yang lain-lain tidak kisah kerana bak kata pepatah "Anjing yang menyalak bukit tidak akan menyebabkan bukit itu runtuh"..

Kebudak-budakan betul jawapan Belum Pandikar... macam anak buah Siti sikit-sikit jawab adik masih kecil selepas tidak dapat menjawab soalan adiknya.

Patut Belum Pandikar menyampaikan hujah positif... apa kekuatan TSP kalau bentuk parti baru bersama SSK.

Siti yang dicabar ini bukan politicianlah saudara!

Macam mana dengan komposisi kaum yang setara di Tempasuk... jika pun Iranun kononnya majoriti sikit, belum tentu menang andai KDM bersatu seperti pada era kegemilangan PBS dulu.

Ini kerana undi Bajau boleh berubah seperti berubahnya pola undi Iranun kepada BN dalam pilihan raya lalu.

Kalau pandai membela diri atau pemimpin tertentu tiada guna juga jika alasan macam budak-budak ooi Belum Pandikar.

Tidak payah fikir pun anak saudara Siti tahu bukit boleh diruntuhkan Bob the Builder.

Apa macam kalau di Tempasuk BN calonkan TSP, PKR, Awang Laiman Ekin, SAPP, Suwah Boleh dan atas permintaan penyokongnya Salam Gibang jadi calon Bebas.

Suwah Boleh kan boleh menang (sure boleh)!

Undi Iranun berpecahkan, undi Bajau pergi BN, Bebas dan SAPP.

Tidak semua orang Iranun suka TSP dan begitu juga orang Bajau bah kan!

Berikut statistik pengundi N6 - TEMPASUK pada PRU-12 dengan 13,968 pengundi yang mungkin tidak jauh bezanya dengan PRU-13 dengan mengambil kira kematian dan perpindahan pengundi.

Bumiputra Islam: 67.8 (Bajau, Iranun, KDM dan Cina)
Bumiputra Bukan Islam: 31.4 (KDM dan Cina)
Cina: 0.63 (Cina)
Lain-lain: 0.12

Dengan pecahan undi Bumiputera Islam yang kecil majoritinya dan ditambah perpecahan pengundi Islam manakala KDM bersatu ke mana TSP aduhai Belum Pandikar?