Isnin, 26 Julai 2010

Baror Nak Beli PhD Sains Tulen Untuk Bela Dato' Salleh




Petang tadi Siti jalan-jalan di pekan Kota Belud untuk membuat tinjauan kehidupan rakyat, sesampainya di sebuah restoran dekat Pasar Besar Kota Belud ada seorang lelaki cakap besar konon Dato' Salleh layak jadi Penasihat Sains Ketua Menteri manakala Seliu Liu, tok Panglima Wakap dan Siti Farhana adalah orang yang kolot.

Siti tanya kawan di pasar, siapa lelaki bertempik tu, mereka kata itu Penasihat Politik dan Kontraktor Dato' Salleh, Pardan Maji namanya.

Siti menggeleng-geleng kepala, memikirkan kenapakah Salleh lantik beliau jadi penasihat sedangkan berkelulusan rendah setaraf ayam sabung Baror Sawi dan suka ponteng kerja.

Tindakan Pardan Maji membela Dato' Salleh menggunakan fakta sains yang lebih bodoh daripada Pak Pandir sebenarnya menghina Dato' Salleh.

Kenapakah cerdik pandai tidak membela Dato' Salleh, harapkan si Pardan Maji yang rendah akademik pula.

Apakah ini bukti cerdik pandai sudah habis dipancung dan dibunuh Dato' Salleh.

Sepatah Pardan cakap, 1,001 siswazah bergelak ketawa kerana fakta dan figure dicanang adalah sifar markahnya.

Loyar buruk kata orang Kota Belud.

Niah kelebanan dawah tapi serita ni ko tetoh tetoh.

Kenapakah si Banduan Kastam, Musli Oli tidak membantu, apakah perutnya sudah sendat makan rasuah dan duit upah membunuh kerjaya ummah sehingga terdiam macam ular sawah kekenyangan.

Atau otaknya sudah kotor kerana asyik menghina dan mengutuk orang.

Dalam riuh Pardan Maji, seorang penyokong Dato' Salleh tiba-tiba membesarkan suara... nanti kau Seliu Liu, Siti Farhana dan Panglima Wakap, kawan kami Baror Sawi si penagih syabu, ubat batuk dan kaki sabung ayam serta membeli Sarjana Matematik di Cotabato City akan melanjutkan pengajian dalam bidang Doktor Falsafah (PhD) Sains Tulen.

Destinasi pengajian Baror Sawi adalah Cotabato University.

Beliau sudah merunding Prof di sana untuk mengurnianya PhD Sains Tulen untuk berdebat dengan bloggers mempersendahkan Dato' Salleh.

Nama pun PhD palsu dan bloggers yang menjadi sasarannya tidak gentar. Sehelai bulu roma tidak meremang.

Musli Oli yang terkenal dengan kelantangan memperjuangkan isu anti degree, master dan PhD palsu tiba-tiba memberi restu demi kepentingan politik dan memastikan penindasan Dato' Salleh diteruskan.

Eh! Eh! Eh!, Baror Sawi nak beli PhD untuk bela Dato' Salleh lah.