Jumaat, 4 Jun 2010

USBO Nan "HEBAT"

Dalam USBO orang berkelulusan rendah tanpa segan silu menulis dalam surat khabar dan laman sesawang mengenai orang Bajau yang kononnya berkelulusan rendah.

Mungkin kerana terlalu berbangga dengan ranking pangkat dan gaji yang dianggapnya nombor satu menyebabkan beliau terlupa dia hanyalah penulis upahan berkelulusan rendah setaraf si ulun, Pardan Maji.

Dalam USBO orang membeli degree dan master bangga mendengar penghinaan bangsa Bajau berpelajaran rendah sehingga lupa dia berkelulusan IJAZAH SARJANA DENGAN BELIAN.

Dalam USBO, ada arahan pernah dikeluarkan supaya memecat saudara seagama dan sebangsa untuk meneruskan DASAR KEMISKINAN RAKYAT.

Supaya bertambah "pengemis" di rumahnya dalam usaha mengekalkan tampuk kekuasaan yang bakal dilegasikan kepada anak lelakinya majistret di Australia.

Itulah hebatnya USBO.