Isnin, 21 Jun 2010

Sabung Baror


BAROR Sawi, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud menggunakan sepenuhnya kepakaran beliau bersabung ayam untuk membuat percaturan merai keuntungan dalam pemilihan G2 pergerakan itu.

Beliau bijak memilih `ayam tambatan' yang boleh memberi projek kepadanya dengan merestui Fadzli Juanas, suami kepada Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

Percaturan Baror juga akan membawa impak jangka panjang dalam karier politiknya apabila Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin memberi KPI kepadanya dengan melaporkan kebaikan Baror terhadap suaminya kepada PM yang mencerahkan peluangnya bertanding mewakili BN di DUN Tempasuk akan datang.

Sama-sama kita tunggu nasib Baror dalam percaturan sabung ayamnya.