Jumaat, 14 Mei 2010

Salleh Kasih Londod Kami



Dalam ruangan ini Siti tidak berminat mengulas ratapan subuh Arab (awal pagi) Musli Oli meminta seorang pegawai penyiasat membelasah Seliu Liu.

Siti mahu bercerita pasal SSK ke London kami yang `londod' (lemas) dalam banjir angkara Kudat Bypass yang diilhamnya.

SSK Penasihat Sains CM, kami yang mampus akibat teori sains politiknya yang membelakangkan rakyat, yang menindas rakyat.

SSK Ketua Bahagian Umno Kota Belud, kami yang hilang kepercayaan kepada parti kerana beliau bijak mencipta `lengkebu' (lubuk dalam) tempat menenggelamkan kampung kami.

Apa lagi yang ada pada kami,

1. Sawah hilang, banjir menimpa.

2. Tanah dirampas, warung dirobohkan.

Apa kelayakan Salleh Said Keruak menjadi penasihat sains CM sedangkan beliau lulusan sains politik.

Sains itu nature dengan kajian emperikal, pemerhatian benar, hipotesis, diuji baru kesimpulan, baru bertindak, bukan seleweng fakta, manipulasi dan reka dapatan, akhirnya mewujudkan methodologi sampah macam mamanda sang mantan bendahara Salleh Said Keruak.