Isnin, 24 Mei 2010

Kemiskinan Di Kota Politik

Daerah ku mundur kerana punya mamanda yang pendek akal
mahu kuasa tapi gagal menunai amanah.

Lihatlah tanah orang Labuan dan Wakap dirampas buat jalan raya

Lihatlah orang Kesapang dan Pintasan minum air kotor.

Bukankah itu bukti kegagalan pemimpin silam yang pegang jawatan besar
tapi gagal membela rakyatnya sendiri.

Kita hanya berbangga hidup di kota politik
yang hanya menyaksikan janji manis
dan kekayaan pejuang palsu.