Isnin, 9 Ogos 2010

YKB Retorik dan Penipuan Salleh


Selepas menghina orang Bajau miskin dan berpelajaran rendah berikutan rebranding USBO pada 2006, Salleh Said keruak GAGAL menjadi pemimpin agung kaumnya untuk memartabatkan rumpun BAJAU yang dihinanya dalam dua bidang itu.

Tiada program untuk membantu menaja anak Bajau yang hidup dalam kemiskinan sama ada bidang akademik mahu pun perniagaan untuk membuktikan beliau pejuang sejati bukan sang penghina.

Akhirnya penghinaan tinggal penghinaan.

Salleh Said Keruak terus menipu @ retorik dengan mengaktifkan semula Yayasan Kota Belud (YKB) yang semua sedia maklum gagal dalam misinya, lalu mati tanpa nisan.

Kini dihidupkan semula, seperti bangkai bernyawa.

Ini petikan seorang facebooker mengenai YKB yang indah khabar dari rupa, ibarat madu bersantan racun berbisa:

"Tahniah dan syabas kepada Yang Berbahagia Datuk Seri Salleh Tun Said kerana mengaktifkan semula YKB. Masyarakat Kota Belud yang kebanyakkannya dibelenggu kemiskinan sangat mengharapkan peranan YKB untuk meringgankan beban mereka. YKB yang memfokaskan pembangunan pendidikan , kesihatan dan ekonomi adalah diharapkan dapat memainkan peranannya membantu dalam usaha kerajaan melaksanakan sistem penyampaian sebagai faktor penting dalam menjayakan transformasi kerajaan.
Usaha YKB untuk menjanamakan semula yayasan ini sebagai Yayasan Kemajuan Bumiputera ( YKB ) sangat dialu-alukan. Ini adalah selaras dengan slogan 1 Malaysia ‘Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan’. Program - program pendidikan ( modal insan ), kesihatan ( gaya hidup sihat ) dan ekonomi perlu diberi keutamaan agar yayasan ini benar-benar dapat memenuhi aspirasi rakyat Kota Belud khususnya Malaysia amnya.

Dah lah tu Salleh Said Keruak, bagus bekerja daripada banyak bercakap tapi dusta.